Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak akan meneliti dengan mendalam mengenai isu Festival Filem Malaysia ke-28 yang menjadi kontroversi.
Menurut Salleh, beliau akan melihat perkara itu sebaik sahaja kembali ke Kuala Lumpur dari Sabah Isnin ini.
"Saya mengikuti perbahasan mengenai isu ini melalui media sosial dan saya juga dihubungi oleh banyak pihak," katanya dalam satu mesej ringkas kepada Astro AWANI.
FFM28 terus bergelumang dengan kontroversi apabila ramai penggiat industri seni tanah air mempersoalkan rasional mewujudkan pengasingan mengikut bahasa.
Malah ada di antara mereka bertindak memboikot dan menarik diri daripada menyertai FFM28 yang disifatkan bercanggah dengan agenda perpaduan negara.
Penganjuran anugerah berprestij itu tahun ini menyaksikan buat kali pertama pencalonan bagi Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik dibahagikan kepada dua iaitu bagi 'Filem Dalam Bahasa Malaysia' dan 'Filem Bukan Dalam Bahasa Malaysia'.
Ia sebagai penambahan kepada kategori Filem Terbaik yang telah diasingkan mengikut bahasa sejak penganjuran FFM27.
Bercakap kepada Malay Mail Online baru-baru ini, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Kamil Othman berhujah keputusan Festival Filem Malaysia (FFM) tahun ini membahagikan pencalonan untuk kategori Filem Terbaik berdasarkan bahasa ialah bertujuan mempromosi bahasa kebangsaan.
Menurut Kamil, kedua-dua yang dikategorikan di bawah Filem Terbaik - Bahasa Malaysia dan Bukan Bahasa Malaysia - adalah sama dari segi tarafnya.
Astro Awani
Sat Aug 06 2016

SALLEH: Saya mengikuti perbahasan mengenai isu ini melalui media sosial dan saya juga dihubungi oleh banyak pihak. -Gambar fail

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Projek LRT Laluan Mutiara: 100 lot tanah akan diambil
Kerja fizikal projek LRT dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, dengan tender untuk Pakej Tiga Projek LRT telah dibuka sejak Disember 2024.

Zayn Rayyan alami masalah pertuturan serius - Doktor
Zayn Rayyan didiagnosis sebagai receptive and expressive language delay.

Sekurang-kurangnya 137 terbunuh di Gaza dalam serangan Israel sejak gencatan senjata
Israel dituduh menggunakan sekatan dan kebuluran sebagai taktik pembunuhan perlahan, menyebabkan malapetaka kemanusiaan di Gaza.

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Finas umum perubahan kategori di FFM28
Finas mengumumkan baharu penganjuran FFM28 selaras dengan keputusan kerajaan membenarkan semua filem dipertandingkan dalam semua kategori tanpa pengasingan bahasa.

Saya akan teliti isu kontroversi FFM28 - Salleh Said
FFM28 terus bergelumang dengan kontroversi apabila ramai penggiat industri seni tanah air mempersoalkan rasional mewujudkan pengasingan mengikut bahasa.