Seorang maut manakala lima lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta bertembung di Kampung Titi Batu, Batu 18, dekat sini hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.23 petang.
Katanya, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu kereta jenis Proton Iswara dan Proton Iriz yang bertembung di bahagian hadapan. Mohamadul Ehsan berkata, ekoran perlanggaran itu pemandu kereta Proton Iriz berusia 31 tahun maut di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu.
Sementara penumpang di sebelah pemandu Proton Iriz berusia 31 tahun mengalami kecederaan parah akibat tersepit di tempat duduk.
Manakala pemandu dan penumpang kereta Proton Iswara pula yang berusia 19 hingga 21 turut parah di kaki dan tangan akibat tersepit.
Katanya, anggota bomba terpaksa menggunakan alatan khas untuk memotong besi sebelum kesemua mangsa yang tersepit dapat dikeluarkan.
Mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sementara mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut.
Rakyat Syria teruja sambut penerbangan domestik pertama Penerbangan domestik pertama Syria akhirnya belepas dari Damascus dan mendarat di Aleppo pada Rabu, satu peristiwa signifikan semenjak kejatuhan Presiden Bashar al-Assad.
Dua angkasawan NASA hanya boleh pulang pada Mac 2025 Kepulangan dua angkasawan yang terkandas di angkasa akibat masalah teknikal Starliner Boeing, tidak akan berlaku "sebelum akhir Mac 2025," kata Pentadbitan Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan, NASA pada Selasa. dalam satu kenyataan media, nasa berkata, penangguhan itu adalah bagi membolehkan ia menganalisa kapsul SpaceX 'Dragon' untuk membawa angkasawan tersebut kembali ke bumi.
Banduan Filipina dihantar pulang selepas 15 tahun di penjara Indonesia Mary Jane Veloso yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia, akhirnya kembali ke Manila pada pagi tadi selepas melalui rundingan panjang selama bertahun-tahun antara kedua-dua negara.
10 rakyat Palestin terkorban akibat serangan Israel Api yang marak kelihatan di runtuhan bangunan pada awal pagi Sabtu, selepas tentera Zionis Israel membedil sebuah rumah berhampiran Hospital Kamal Adwan di Semenanjung Gaza. serangan itu mengenai kediaman yang terletak hanya di luar hospital, mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 nyawa terkorban.
Nissan, Honda bincang langkah penggabungan Dua pembuat kenderaan terkemuka, Honda Motor Co. dan Nissan Motor Co telah memulakan pembincangan untuk penggabungan, satu langkah yang bakal menjadikan mereka pengeluar kenderaan ketiga terbesar di dunia. Memetik laporan AP, kedua-dua entiti tersebut sedang menimbang kemungkinan untuk menubuhkan syarikat induk yang bakal memberi saingan kepada Tesla Inc dan BYD Co.
Astro Shaw Cinematic Universe pacu era baharu perfileman negara Peneraju utama industri perfileman tempatan, Astro Shaw terus mengorak langkah dengan memperkenal projek baharu, Astro Shaw Cinematic Universe. Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, ia adalah platform untuk menjalin kerjasama bersama pihak industri dan bakat anak seni tempatan bagi mengembangkan naratif filem yang berkualiti.
PdPR kurang sesuai ketika banjir, emosi guru dan pelajar terjejas Kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang disarankan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika musim banjir mungkin kurang relevan di lokaliti tertentu. Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Mohd Nazri Abdul Rahman berpendapat, kesihatan mental pelajar dan guru ketika berdepan banjir kebiasaannya terjejas dan ia merencatkan suasana pembelajaran.
Pelajar Malaysia dalam keadaan selamat, kerajaan belum berhasrat bawa pulang Kerajaan belum berhasrat untuk membawa pulang lebih 50 pelajar Malaysia di Syria memandangkan mereka berada dalam keadaan selamat dengan bekalan makanan yang mencukupi di kolej masing-masing.
Presiden Turkmenistan tiba untuk lawatan dua hari Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow tiba di Malaysia untuk memulakan lawatan sulung beliau ke negara ini, yang bermula Rabu. Pesawat khas yang membawa Berdimuhamedow selamat mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7.20 malam.
Menteri Luar Malaysia, Turkmenistan adakan perbincangan menjelang lawatan presiden Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan telah bertemu rakan sejawatnya dari Turkmenistan, Rashid Meredow, bagi membincangkan isu-isu dua hala yang menjadi kepentingan bersama.
Gangguan sistem: Hospital Sultan Abdul Halim aktifkan BCP Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani telah mengaktifkan pelan kesinambungan perkhidmatan (BCP) secara berperingkat.
Bapa Baddrol Bakhtiar meninggal dunia Mustafa Khalid memaklumkan, Allahyarham baharu selesai menjalani pembedahan bagi penyakit angin pasang di HSAH.
Padah berlumba, dua maut, lima parah berlanggar sesama sendiri Dalam kejadian jam 2.35 pagi itu, ketujuh-tujuh mangsa cedera parah selepas tercampak di atas jalan raya.
Remaja maut kemalangan motosikal, dua adik cedera parah Mangsa berumur 17 tahun yang menunggang motosikal jenis Demak meninggal dunia di tempat kejadian.
JKN Kedah minta henti tular video pesakit COVID-19 didakwa dibiarkan mati Pihaknya sangat kesal dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan video berkenaan.
'Saya akan ditidurkan, maafkan semua' - Status terakhir penyanyi lagu asli sebelum meninggal dunia Allahyarham merupakan penyanyi lagu-lagu asli dan pemenang tempat ketiga pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan pada 2009.
Tikam anak saudara kerana dadah Suspek dipercayai minta wang daripada kakaknya untuk beli dadah namun berlaku pertengkaran mulut antara mereka selepas suspek tidak diberikan wang.
Pelajar IPT meninggal dunia selepas dilapor tidak sedarkan diri Mangsa dikatakan mengalami sakit kepala dan sempat mengejutkan rakan serumah sebaik dia terjaga dari tidur pada jam 3 pagi.
42 kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim positif COVID-19 Seramai 42 kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dikesan positif COVID-19 sehingga hari ini, kata Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo.
Penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 di Kedah kritikal Antara hospital yang berada pada tahap kritikal ialah Hospital Sultanah Bahiyah dengan penggunaan 92 peratus atau 134 daripada keseluruhan 145 katil.