Wed Dec 18 2024
Nissan, Honda bincang langkah penggabungan
Dua pembuat kenderaan terkemuka, Honda Motor Co. dan Nissan Motor Co telah memulakan pembincangan untuk penggabungan, satu langkah yang bakal menjadikan mereka pengeluar kenderaan ketiga terbesar di dunia.
Memetik laporan AP, kedua-dua entiti tersebut sedang menimbang kemungkinan untuk menubuhkan syarikat induk yang bakal memberi saingan kepada Tesla Inc dan BYD Co.

Rakyat Syria teruja sambut penerbangan domestik pertama
Penerbangan domestik pertama Syria akhirnya belepas dari Damascus dan mendarat di Aleppo pada Rabu, satu peristiwa signifikan semenjak kejatuhan Presiden Bashar al-Assad.
Dua angkasawan NASA hanya boleh pulang pada Mac 2025
Kepulangan dua angkasawan yang terkandas di angkasa akibat masalah teknikal Starliner Boeing, tidak akan berlaku "sebelum akhir Mac 2025," kata Pentadbitan Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan, NASA pada Selasa.
dalam satu kenyataan media, nasa berkata, penangguhan itu adalah bagi membolehkan ia menganalisa kapsul SpaceX 'Dragon' untuk membawa angkasawan tersebut kembali ke bumi.

Banduan Filipina dihantar pulang selepas 15 tahun di penjara Indonesia
Mary Jane Veloso yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia, akhirnya kembali ke Manila pada pagi tadi selepas melalui rundingan panjang selama bertahun-tahun antara kedua-dua negara.
10 rakyat Palestin terkorban akibat serangan Israel
Api yang marak kelihatan di runtuhan bangunan pada awal pagi Sabtu, selepas tentera Zionis Israel membedil sebuah rumah berhampiran Hospital Kamal Adwan di Semenanjung Gaza.
serangan itu mengenai kediaman yang terletak hanya di luar hospital, mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 nyawa terkorban.
serangan itu mengenai kediaman yang terletak hanya di luar hospital, mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 nyawa terkorban.
Nissan, Honda bincang langkah penggabungan
Dua pembuat kenderaan terkemuka, Honda Motor Co. dan Nissan Motor Co telah memulakan pembincangan untuk penggabungan, satu langkah yang bakal menjadikan mereka pengeluar kenderaan ketiga terbesar di dunia.
Memetik laporan AP, kedua-dua entiti tersebut sedang menimbang kemungkinan untuk menubuhkan syarikat induk yang bakal memberi saingan kepada Tesla Inc dan BYD Co.
Memetik laporan AP, kedua-dua entiti tersebut sedang menimbang kemungkinan untuk menubuhkan syarikat induk yang bakal memberi saingan kepada Tesla Inc dan BYD Co.
Astro Shaw Cinematic Universe pacu era baharu perfileman negara
Peneraju utama industri perfileman tempatan, Astro Shaw terus mengorak langkah dengan memperkenal projek baharu, Astro Shaw Cinematic Universe.
Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, ia adalah platform untuk menjalin kerjasama bersama pihak industri dan bakat anak seni tempatan bagi mengembangkan naratif filem yang berkualiti.

PdPR kurang sesuai ketika banjir, emosi guru dan pelajar terjejas
Kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang disarankan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika musim banjir mungkin kurang relevan di lokaliti tertentu.
Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Mohd Nazri Abdul Rahman berpendapat, kesihatan mental pelajar dan guru ketika berdepan banjir kebiasaannya terjejas dan ia merencatkan suasana pembelajaran.

Pelajar Malaysia dalam keadaan selamat, kerajaan belum berhasrat bawa pulang
Kerajaan belum berhasrat untuk membawa pulang lebih 50 pelajar Malaysia di Syria memandangkan mereka berada dalam keadaan selamat dengan bekalan makanan yang mencukupi di kolej masing-masing.
Presiden Turkmenistan tiba untuk lawatan dua hari
Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow tiba di Malaysia untuk memulakan lawatan sulung beliau ke negara ini, yang bermula Rabu.
Pesawat khas yang membawa Berdimuhamedow selamat mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7.20 malam.

Dua tahanan teluk Guantanamo rakyat Malaysia tiba di tanah air
Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, selamat tiba di tanah air, pada Rabu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep akan menjalani proses pemulihan terlebih dahulu sebelum kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

1BestariNet: Tiada pertuduhan dikenakan oleh SPRM - YTL
YTL Power International Bhd mengumumkan bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan kepada anak syarikatnya YTL Communications Sdn Bhd berkaitan dengan projek 1BestariNet oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
KTMB: Tiada keperluan PAC siasat isu pajakan tren China - Loke
Tiada keperluan untuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyiasat perolehan aset tren penumpang rangkaian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) secara pajakan berjumlah RM10.7 bilion.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, ini kerana kontrak itu masih lagi di peringkat rundingan dengan kerajaan China.

Malaysia mahu contohi China untuk capai kemajuan
Malaysia mahu mencapai kemajuan bersama melalui kerjasama erat dengan China yang memfokus kepada langkah menggalakkan pengagihan kekayaan saksama, meningkatkan kemahiran rakyat dan membasmi kemiskinan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha China dalam menoktahkan kemiskinan dan pemulihan semula kawasan luar bandar sememangnya harus dipuji kerana sejak empat dekad lepas, negara itu berjaya mengeluarkan lebih 800 juta rakyatnya daripada kemiskinan tegar.

10 Berita Pilihan - (18 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 19 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.