MUAR: Jabatan Perhutanan Negeri Johor menyasarkan penanaman empat juta pokok menjelang 2025, dengan penglibatan setiap lapisan masyarakat di negeri ini dalam usaha menjayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.
Pengarahnya Datuk Salim Aman berkata, aktiviti penanaman pokok itu adalah selaras dengan Program Penghijauan Malaysia yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap pengekalan hutan, dan tahun ini sebanyak satu juta pokok dijangka dapat ditanam, dalam usaha mencapai sasaran empat juta pokok yang ditetapkan.
Beliau berkata sebagai permulaan pihaknya akan melibatkan generasi muda yang terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, agar mereka menjadi pemangkin kepada masyarakat untuk mengekalkan kehijauan bumi dengan melaksanakan aktiviti penanaman pokok.
"Selain menanam pokok, pelajar berkenaan juga didedahkan dengan pelbagai jenis pokok hutan seperti meranti, kempas, kundang hutan, saga dan kasai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada Program Penghijauan Malaysia, Melalui Kempen Penanaman 100 juta Pokok, 'Hijaukan Bumi, Azam Tahun Baru 2022' di Kompartmen 8 Hutan Simpan Ayer Hitam Utara di sini, semalam.
Program yang membabitkan penanaman 500 pokok hutan itu mendapat kerjasama UTM serta sukarelawan EcoNinja komuniti setempat, dan program turut dihadiri Timbalan Pengarah Institut Sultan Iskandar UTM Dr Robiah Suratman.
Salim berkata orang ramai, organisasi dan agensi kerajaan yang ingin menyertai program itu boleh mendaftar di aplikasi Penghijauan Malaysia menerusi telefon pintar atau laman sesawang dan memuat naik maklumat berkenaan pokok ditanam.
"Kita akan memberikan hadiah istimewa kepada individu yang paling banyak menanam pokok menerusi program itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 02 2022
Salim berkata orang ramai, organisasi dan agensi kerajaan yang ingin menyertai program itu boleh mendaftar di aplikasi Penghijauan Malaysia menerusi telefon pintar atau laman sesawang dan memuat naik maklumat berkenaan pokok ditanam. - Bernama
Harga minyak naik didorong data pertumbuhan ekonomi AS
Harga minyak meningkat pada Selasa, disokong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta jangkaan bahawa aktiviti ekonomi global akan meningkatkan permintaan minyak.
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
AWANI Borneo [24/12/2024] – Kes Bunuh ‘Amoi’ | ‘Hotspot’ Banjir | Sambutan Sederhana
Tumpuan AWANI Borneo 24 Dis 2024 bersama Pia Ernadya
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
Sambutan di Sibu sederhana, penduduk raikan bersama keluarga
Penduduk di Sibu sambut Krismas di bandar dan pulang kampung halaman ketika Gawai.
Selami nilai kasih sayang, kukuhkan semangat persaudaraan
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengajak rakyat Sarawak menyelami nilai kasih sayang bersama keluarga dan sahabat handai, memohon kemaafan serta mengukuhkan semangat persaudaraan yang tulus antara satu sama lain sempena sambutan Krismas.
Pengusaha bot penambang ambil langkah berjaga-jaga
Pengusaha atau pengendali bot penambang di daerah Sandakan sentiasa memastikan keselamatan penumpang terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.
Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
Seorang pemandu e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita, Nurul Asikin Lan, yang mayatnya ditemui di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan pada 14 Disember lepas.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.
Kuala Lumpur perlu lebih banyak spesies pokok - Fahmi
Kerajaan berharap dapat mewujudkan program penanaman pokok lebih mampan melibatkan Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
20,000 pokok bakau ditanam di Tawau hasil kerjasama strategik
Inisiatif menanam pokok secara besar-besaran itu merupakan sebahagian daripada Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Kempen 'Roots for the Future' capai agenda penghijauan, tanam 100 juta pokok menjelang 2025
Dalam usaha menangani cabaran global perubahan iklim, CDC ambil langkah majukan ekosistem mampan, sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2024.
Myanmar lancarkan kempen 'Seorang Pelancong, Sebatang Pokok'
Kempen itu menggalakkan sektor pelancongan menyumbang kepada pemeliharaan alam semula jadi dan pengurangan kesan pelepasan gas rumah hijau.
Bertengkar dengan jiran, warga emas maut dipukul dengan kayu
Hanya kerana menanam pokok di laluan masuk ke rumah, seorang warga emas berusia lewat 60-an maut dipukul jirannya.
Simbolik penanaman 25,000 anak pokok untuk kelahiran bayi di Pahang
Penyediaan anak pokok itu akan diagihkan kepada 13 Parlimen di negeri ini mengikut jumlah kelahiran di sebuah kawasan.
KASA sasar tanam sejuta pokok bakau untuk bendung hakisan, pelihara ekosistem
KASA menggesa semua lapisan masyarakat terutama belia terbabit secara aktif dalam aktiviti penanaman pokok bakau bagi mencapai sasaran sejuta pokok dalam tempoh 10 tahun akan datang.
China ikrar tanam 70 bilion pokok menjelang 2030
Ia satu tanggungjawab untuk menghijaukan planet, memerangi perubahan iklim dan meningkatkan kemampuan hutan menyerap dan menyimpan karbon.
Satu bayi, satu pokok akan dilaksana di Pahang
Bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Pahang untuk melaksanakan inisiatif itu, yang dijangka dilancarkan selepas hari raya.