Kementerian Kesihatan akan mengetatkan saringan di semua pintu masuk negara berikutan laporan seorang pelancong dari Oman disahkan dijangkiti Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) di Thailand, semalam.
Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya juga mengambil langkah proaktif dan sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghalang penularan MERS-CoV di negara ini.
"Sudah pasti langkah berjaga-jaga akan dipertingkatkan terutama di pintu masuk utama dan lapangan terbang dengan menjalankan pemeriksaan menggunakan kelengkapan yang ada termasuk pemeriksaan suhu badan terhadap pelancong asing yang datang ke sini.
"Setakat ini, kita meneruskan pemantauan seperti biasa dan jemaah yang baru pulang dari mengerjakan umrah turut diberikan panduan kesihatan supaya lebih peka dengan wabak MERS-CoV. Orang ramai terutama pelancong perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan segera jika mempunyai simptom virus berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri upacara sembahyang sempena Thaipusam di Kuil Chettiar, Jalan Kebun Bunga di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar bahawa pihak berkuasa Thailand mengesahkan kes kedua MERS-Cov pada Ahad, selepas pemeriksaan kesihatan ke atas seorang lelaki berusia 71 tahun dari Oman disahkan dijangkiti sindrom berkenaan.
Ahli perniagaan itu tiba di Bangkok, Thailand pada Jumaat dan susulan itu Kementerian Kesihatan Thailand menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas 37 individu termasuk anak lelakinya yang menaiki penerbangan sama.
Dr Subramaniam berkata beliau juga yakin Thailand dapat mengawal penularan wabak berkenaan dan orang ramai tidak perlu panik mengenai perkara berkenaan.
Sementara itu, beliau yang juga Presiden MIC mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang sambutan Thaipusam yang berlangsung di seluruh negara.
"Sepanjang lawatan saya dari kuil di Ipoh, Perak, Batu Caves di Selangor dan Pulau Pinang, saya nampak pihak polis komited mengawal lalu lintas dan membuat pemantauan bagi menjaga keselamatan orang ramai terutama penganut Hindu.
"Saya tengok beribu-ribu anggota polis menjalankan tugas, ini memberi keyakinan kepada penganut Hindu untuk menunaikan ibadat dalam suasana yang selamat. Terima kasih kepada PDRM," katanya.
Bernama
Mon Jan 25 2016

SUBRAMANIAM: Pemantauan diteruskan seperti biasa dan jemaah yang baru pulang dari mengerjakan umrah turut diberikan panduan kesihatan.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.

Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan lepasan SPM dilonggar kepada tiga kredit
Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan bagi lepasan SPM dilonggarkan kepada hanya tiga kredit berkuat kuasa Januari lalu hingga Disember 2026.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilapor sebuah portal.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.

Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.