KUCHING: Sarawak kini mempunyai satu pasukan khas yang dinamakan 'Immune Belt Enforcement Team' (IBET) bagi mengawal penularan wabak rabies dengan lebih proaktif terutamanya di kawasan sempadan negara.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pasukan IBET dibekalkan dengan kenderaan dan kelengkapan canggih bagi membolehkan mereka menjalankan tugas di lokasi pedalaman yang terpencil.
"Keadaan rabies di Sarawak terkawal tetapi kita tidak boleh mengambil mudah kerana wabak itu boleh meragut nyawa...kita mempunyai kawasan yang agak luas dan sempadan kita melebih 1,000 ribu kilometer.
"Anjing ini tidak ada pasport, mereka boleh berkeliaran ke mana-mana sahaja. Justeru, kita perlu bekerjasama dengan masyarakat setempat atau ketua masyarakat untuk mengenal pasti anjing penduduk tempatan atau anjing liar," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran IBET di sini hari ini.
Abang Johari berkata setiap anjing yang dikenal pasti akan dimasukkan cip bagi mengesan pergerakannya sekali gus membolehkan kerajaan negeri mendapatkan data yang diperlukan dalam usaha mengekang wabak tersebut.
Berucap pada majlis itu, Abang Johari berkata dengan segala persediaan dan kelengkapan yang ada, pasukan IBET akan dapat melindungi rakyat Sarawak daripada ancaman rabies yang dibawa anjing liar dari negara jiran sekali gus menjadi penyelesaian jangka panjang.
IBET diselia Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) Pejabat Premier Sarawak dengan keanggotaan sebanyak 108 orang yang akan ditugaskan mengawal dan mengawasi sejumlah 978 buah kampung, ladang dan pos kawalan di seluruh Sarawak serta kawasan sempadannya.
Sementara itu, Pengarah UKPN Datuk Dr Chai Khin Chung yang turut berucap dalam majlis itu berkata sepanjang tempoh antara 2017 dan 2022, negeri itu telah merekodkan 45 kes rabies yang melibatkan kematian.
"Pada tahun ini iaitu sehingga September, Sarawak merekodkan 11 kes berbanding 10 kes tahun lepas," katanya.
Beliau menambah, selain penugasan mengawal wabak rabies IBET juga sedia ditugaskan untuk operasi penyakit kuku dan mulut, demam babi Afrika dan penyakit bawaan haiwan lain dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022
Abang Johari memeriksa perbarisan anggota sukarelawan Immune Belt Enforcement Team (IBET) sempena pelancaran IBET di Dataran Perayaan di Petra Jaya hari ini. - Foto BERNAMA
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.
Kes rabies di Filipina meningkat 23 peratus
Pada Ogos, DOH Filipina menyatakan sekurang-kurangnya 10 wilayah di seluruh negara menunjukkan peningkatan dalam kes rabies.
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
16 maut akibat rabies di Sarawak
Kes terbaharu melibatkan seorang wanita berusia 44 tahun yang meninggal dunia pada 12 Disember lalu.
Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.
Lebih 80,000 kes gigitan haiwan di Sarawak
Sarawak merekodkan sebanyak 88,606 kes gigitan haiwan sejak 2017, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.
15 mati akibat rabies di Sarawak tahun ini, terbaharu bangkai anjing jadi punca
Sarawak telah mengesan satu lagi kes kematian yang disyaki dijangkiti rabies daripada bangkai anjing dalam tempoh Ogos sehingga 17 Sept tahun ini.
10 kes rabies babit haiwan direkodkan di Sarawak minggu ini
Sarawak merekodkan 10 kes rabies melibatkan haiwan minggu ini, menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri Dr Adrian Susin Ambud.
Rabies di Sarawak meningkat - Stephen Rundi
Kes-kes rabies yang menjangkiti haiwan dan manusia mencatatkan peningkatan di Sarawak, dengan Kampung Narum di Marudi diisytihar sebagai kawasan terbaharu jangkitan rabies selepas seekor anjing liar.