KUCHING: Sarawak menghentikan import babi, daging babi dan produk babi dari Sabah berkuat kuasa serta merta susulan berita melaporkan lapan daripada 13 sampel babi dari Pitas, Sabah diuji positif dengan jangkitan virus demam babi Afrika (ASF).
Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata sekatan itu dibuat di bawah Seksyen 8 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau menasihatkan orang ramai di Sarawak supaya tidak membeli atau membawa masuk babi serta produk babi dari Sabah, atau negara-negara jiran.
"Mereka yang didapati melanggar arahan ini atau mengimport haiwan mahupun produk haiwan ini tanpa permit adalah melakukan kesalahan (di bawah Seksyen 8 Ordinan berkenaan) yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM5,000 dan/atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan," katanya.
Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) juga akan mengetatkan langkah-langkah keselamatan bio dalam negeri terutama di bahagian Limbang, yang bersempadan dengan Sabah, di samping meningkatkan pengawasan penyakit ASF di seluruh Sarawak.
"JPVS juga akan meningkatkan kempen kesedaran dan langkah-langkah penguatkuasaan bagi memastikan virus itu tidak memasuki negeri. Sarawak masih bebas daripada jangkitan demam babi Afrika," katanya.
Uggah berkata JPVS telah menjalankan beberapa sesi libat urus dan kesedaran berhubung ASF dengan pemegang taruh yang berkaitan seperti penternak, pengimport, Malaysia Airport Holdings Berhad, dan juga lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan di Sarawak berhubung sekatan itu.
"JPVS akan terus menguatkuasakan Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 bagi memastikan daging babi dan produk babi diimport dari negara-negara yang bebas ASF.
Pada masa ini, Sarawak mempunyai jumlah populasi 30,000 ekor 'sows' (babi betina dewasa) yang menghasilkan 455,000 ekor babi setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 22 2021
![Sarawak sekat import babi, produk babi dari Sabah Sarawak sekat import babi, produk babi dari Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41610817013_DouglasUggah.jpg)
Uggah nasihatkan orang ramai di Sarawak supaya tidak membeli atau membawa masuk babi serta produk babi dari Sabah atau negara-negara jiran. - Bernama
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
![Cuaca panas, kering: JPBN Sarawak akan bermesyuarat - Uggah Cuaca panas, kering: JPBN Sarawak akan bermesyuarat - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681626345_TBunggah.jpg)
Cuaca panas, kering: JPBN Sarawak akan bermesyuarat - Uggah
Mesyuarat itu akan memberi tumpuan perbincangan dan usaha pencegahan kejadian jerebu.
![Muak, cukup-cukuplah projek sakit! - Uggah Muak, cukup-cukuplah projek sakit! - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660966394_Muak.jpg)
Muak, cukup-cukuplah projek sakit! - Uggah
Tegas Uggah, penting untuk semua pihak kini menyediakan program dan SOP untuk memastikan sifar projek sakit pada tahun-tahun akan datang.
![Isi biji dabai sehebat pistachio dapat jadi produk baharu Sarawak Isi biji dabai sehebat pistachio dapat jadi produk baharu Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655763006_buahdabai.jpg)
Isi biji dabai sehebat pistachio dapat jadi produk baharu Sarawak
Sebelum ini dabai hanya dikenali kerana keenakan isinya yang menjadi satu produk unik dari Sarawak.
![PRN Sarawak: Pertembungan tiga penjuru di DUN Bukit Saban PRN Sarawak: Pertembungan tiga penjuru di DUN Bukit Saban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638760447_bukitsaban.jpg)
PRN Sarawak: Pertembungan tiga penjuru di DUN Bukit Saban
Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya, Charlie Keling mengumumkan nama-nama calon selepas Penamaan Calon tamat pada jam 10 pagi.
![Sarawak sekat import babi, produk babi dari Sabah Sarawak sekat import babi, produk babi dari Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41610817013_DouglasUggah.jpg)
Sarawak sekat import babi, produk babi dari Sabah
Uggah nasihatkan orang ramai di Sarawak supaya tidak membeli atau membawa masuk babi serta produk babi dari Sabah atau negara-negara jiran.
![Rabies: Laporkan jumlah anjing di premis - Uggah Rabies: Laporkan jumlah anjing di premis - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/51560327347_TBAMARDOUGLAS.jpg)
Rabies: Laporkan jumlah anjing di premis - Uggah
Semua pemilik ladang di Sarawak perlu melaporkan jumlah keseluruhan anjing kepunyaan pekerja mereka, termasuk yang berkeliaran, di premis kediaman masing-masing.
![Pelbagai skim pertanian bantu tingkat ekonomi rakyat luar bandar Pelbagai skim pertanian bantu tingkat ekonomi rakyat luar bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51484144094_DouglasUggahEmbas.jpg)
Pelbagai skim pertanian bantu tingkat ekonomi rakyat luar bandar
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan akan terus berusaha menambah pendapatan rakyat luar bandar dengan mengadakan pelbagai program pertanian serta rancangan e
![Tujuh persetujuan dicapai dalam mesyuarat Petronas dan Sarawak Tujuh persetujuan dicapai dalam mesyuarat Petronas dan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41456739781_KLCCPETRONAS.jpg)
Tujuh persetujuan dicapai dalam mesyuarat Petronas dan Sarawak
Tujuh persetujuan berhubung pengambilan lebih ramai anak tempatan Sarawak dalam Petronas dicapai secara baik dalam mesyuarat antara kerajaan negeri Sarawak dan Petronas di Pejabat Perdana Menteri.