KOTA SAMARAHAN: Sarawak mahu melahirkan seramai 200 doktor dalam tempoh lima tahun akan datang, bagi memenuhi keperluan pakar perubatan di semua hospital di negeri ini termasuk kawasan luar bandar, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata bagi mencapai sasaran itu, Yayasan Sarawak menawarkan biasiswa kepada graduan perubatan untuk memberi peluang kepada mereka mengikuti kursus lanjutan dalam bidang kepakaran tertentu yang lebih spesifik.
"Dari sudut nisbah doktor kepada populasi (di Sarawak), kita masih lagi rendah. Di Unimas (Universiti Malaysia Sarawak) mempunyai hospitalnya sendiri, jadi pelajar perubatan dapat menjalani latihan 'housemanship' di Hospital Unimas," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Sidang Kedua Konvokesyen Unimas Ke-26 semalam.
Beliau juga berkata kerajaan negeri, akan mengenal pasti bidang-bidang lain yang berpotensi untuk pelajarnya menerima biasiswa menerusi yayasan berkenaan, selaras dengan agenda transformasi ekonomi negeri itu menjelang 2030.
Sidang kedua konvokesyen yang dirasmikan Abang Johari sebagai Pro-Canselor Unimas, menyaksikan seramai 574 graduan memperoleh ijazah masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian.
Selain itu, istiadat kali ini turut meraikan 35 penerima biasiswa Yayasan Sarawak daripada program perubatan menerima Ijazah Sarjana Muda.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 01 2022

Sidang kedua konvokesyen Unimas yang dirasmikan Abang Johari semalam menyaksikan seramai 574 graduan memperoleh ijazah masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian. - Facebook Universiti Malaysia Sarawak
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.

Jawatan dalam Kabinet Sarawak: Abdul Karim serah kepada Premier
Abdul Karim yang memegang dua portfolio menteri dalam Kabinet negeri berkata sebarang urusan berhubung pelantikan anggota kabinet adalah hak Abang Johari.

Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengambil iktibar daripada kemelut perjalanan politik Parti Kongres di India serta Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun.

Abu Bakar dilantik Pengerusi interim AirBorneo, fokus sektor permulaan Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta
Abu Bakar akan dibantu pasukan sedia ada yang kini bertugas untuk MASwings di Sarawak dan Sabah.

Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.

Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi
Perbincangan akan dimuktamadkan dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura.

Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari
Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih.