KUCHING: Sarawak akan menubuhkan Pihak Berkuasa Pelancongan Tasik dalam tempoh lima tahun bagi tujuan mengawal selia pembangunan aktiviti pelancongan di tasik-tasik dalam negeri, kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Openg.
Beliau berkata tasik buatan manusia yang diwujudkan susulan pembinaan empangan di Sarawak merupakan sumber air yang boleh dijadikan tarikan pelancong.
"Sebenarnya terdapat tiga sumber tenaga daripada empangan kita. Yang pertama adalah elektrik hidro, kedua ladang solar dan ketiga ialah hidrogen itu sendiri. Dari situ kita boleh bangunkan sektor perkhidmatan kita," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Industri Ketua Menteri Sarawak 2021 di sini.
Sementara itu Abang Johari mengulangi tekad beliau untuk merealisasikan hasrat bagi memastikan Sarawak memiliki syarikat penerbangan sendiri seperti yang dijanjikan sebelum ini, kerana menurutnya ini akan mewujudkan kesalinghubungan yang mudah dalam negeri di samping memberi impak yang baik kepada ekonomi.
Beliau berkata selepas memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 Disember lepas, beliau telah mewujudkan kementerian baharu yang memberi tumpuan kepada tenaga dan kelestarian alam sekitar kerana menyedari aspek kepentingan mengurus ekonomi di tengah-tengah kebimbangan global mengenai perubahan iklim.
"Kita ingin mengambil bahagian dalam perkara ini (pembangunan mampan), persoalan mengurangkan pelepasan karbon dan mempunyai persekitaran yang bersih ke arah ekonomi hijau," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022

Pemandangan Pusat ternakan ikan air tawar di Empangan Hidro Elektrik Batang Ai yang terletak kira-kira 270 km dari Bandaraya Kuching. - Gambar fail BERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Pencarian raksasa Loch Ness berakhir dengan kemungkinan kelibatnya nampak, tetapi tiada bukti
Dron yang dilengkapi kamera pengimejan haba masih berlegar di atas Loch Ness, tasik sedalam 230 meter pada waktu petang.

Bot terbalik di tasik, angka korban meningkat
Tragedi berlaku di Tasik Laguna, tenggara Manila, beberapa jam selepas Taufan Doksuri melanda utara Filipina.

Lelaki warga Nepal lemas, jatuh tasik ketika kutip bola golf
Seorang lelaki warga Nepal ditemukan lemas selepas disyaki terjatuh ke dalam tasik ketika mengutip bola golf di sebuah kelab golf di Kempas Lama di sini, pada Khamis

Separuh tasik, takungan air terbesar di dunia semakin mengering
Perubahan iklim dan penggunaan tidak mampan adalah punca utama kepada situasi tersebut.

Empat mayat dengan kesan tembakan ditemukan di Narathiwat
Polis telah mengenal pasti 10 suspek yang terlibat dalam kedua-dua kes ini.

Lelaki maut ditetak sebelum dihumban dalam tasik
Pemeriksaan mendapati terdapat tiga kesan tetak di bahagian kepala dan pergelangan tangan kiri mangsa yang hampir putus.

Suzaini nekad terjun, bantu mangsa terbabas ke dalam tasik
Ketika kejadian dia sedang memandu di sekitar tasik itu sebelum ternampak sebuah kereta di hadapannya terbabas dan terus terjunam.

Lelaki ditemui lemas selepas tergelincir dalam tasik
Seorang lelaki yang dipercayai tergelincir ke dalam tasik di Taman Bandar Puteri Hill Park, dekat sini, ditemui lemas pada Selasa.

Sarawak rancang tubuhkan Pihak Berkuasa Pelancongan Tasik - Abang Johari
Tasik buatan manusia itu merupakan sumber air yang boleh dijadikan tarikan pelancong.

Helikopter bawa 16 penumpang terhempas di Kamchatka, Rusia
Helikopter tersebut dilaporkan terjunam ke dalam tasik di hutan simpan Kronotsky.