DRUMNADROCHIT: Pencarian terbesar raksasa Loch Ness selama beberapa dekad berakhir dengan beberapa laporan tentang kemungkinan kelibatnya nampak - tetapi masih tiada bukti bahawa raksasa dalam cerita rakyat Scotland itu benar-benar wujud, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ketua projek Alan McKenna berkata beliau telah menerima beberapa video dan panduan daripada orang ramai yang menonton kamera penstriman langsung yang dihalakan ke arah tasik di Tanah Tinggi Scotland itu.
Banyak masa diperlukan untuk meneliti data, menyusun fakta, katanya.
Dron yang dilengkapi kamera pengimejan haba masih berlegar di atas Loch Ness, tasik sedalam 230 meter pada waktu petang.
Menurut penganjur - Pusat Loch Ness untuk pelawat dan peminat daripada kumpulan sukarelawan Loch Ness Exploration - pemburuan dua hari itu merupakan pencarian paling sistematik bagi raksasa yang sukar difahami atau dibayangkan itu yang diberi nama jolokan Nessi, sejak 1972.
Berpuluh-puluh sukarelawan dari seluruh dunia berada di 17 pos pemerhatian di sekitar tasik dengan ratusan lagi peminat makhluk itu menonton Loch Ness melalui kamera web.
McKenna dan pasukannya keluar ke tasik beberapa kali dan menurunkan mikrofon bawah air yang dipanggil hidrofon.
Semasa ujian pada Jumaat, "bunyi aneh" kedengaran, katanya. Pemeriksaan di tempat yang sama pada Ahad, bagaimanapun, tidak menemukan sebarang bukti. Oleh itu, tidak jelas sama ada bunyi itu disebabkan oleh gas atau haiwan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023

McKenna dan pasukannya keluar ke tasik beberapa kali dan menurunkan mikrofon bawah air yang dipanggil hidrofon. - Foto REUTERS
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Pencarian raksasa Loch Ness berakhir dengan kemungkinan kelibatnya nampak, tetapi tiada bukti
Dron yang dilengkapi kamera pengimejan haba masih berlegar di atas Loch Ness, tasik sedalam 230 meter pada waktu petang.