KUALA LUMPUR: Sarawak mengorak langkah dengan mengangkat kedudukannya sebagai peneraju pelancongan bertanggungjawab dan destinasi utama ekopelancongan serta destinasi tumpuan acara perniagaan di Asia Tenggara.
Langkah tersebut dilakukan menerusi pengukuhan hubungan antara Industri Pelancongan Sarawak dengan United Nations World Tourism Organisation (UNWTO) pada rundingan dua hala yang berlangsung di Ibu Pejabat UNWTO di Madrid, Sepanyol, hari ini.
Mengetuai delegasi ke Madrid, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata harapan Sarawak agar hubungan kukuh dengan UNWTO dapat membawa manfaat kepada industri pelancongan Sarawak, ke arah menjadi destinasi lestari yang terkenal.
Selain itu, ujarnya Sarawak juga mensasarkan Pentauliahan Indeks Kelestarian Destinasi Global (Global Destination Sustainable Index).
"Untuk mengekalkan keseimbangan sumber aslinya, Sarawak juga akan memulakan inisiatif ekonomi biru yang lestari dengan mengambil pendekatan holistik bagi merealisasikan ekonomi berasaskan Kelestarian Lautan.”
"Acara ikonik Sarawak, iaitu Rainforest World Music Festival (RWMF) dan Borneo Jazz Festival telah melaksanakan inisiatif pelancongan bertanggungjawab seperti Program EcoGreenPlanet, di mana sebahagian hasil jualan tiket dalam talian telah disalurkan kepada aktiviti penanaman semula pokok.
"Aspirasi Sarawak untuk menanam 35 juta pokok bertujuan menyumbang ke arah sasaran Malaysia menanam 100 juta pokok di bawah Program Penghutanan Semula negara, dalam usaha menangani perubahan iklim global," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam masa yang sama, Karim berkata Pelan Tindakan Kelestarian Alam Sekitar (Sustainable Environment Blueprint) Sarawak, merangkumi kedua-dua Ekonomi Hijau dan Biru untuk memastikan landskap yang kukuh dalam aspek kelestarian serta perlindungan alam sekitar, di mana jalinan di antara keperluan industri dan alam sekitar dapat diseimbangkan.
Pada mesyuarat berkenaan, UNWTO turut mengesyorkan agar Sarawak terlibat dalam inisiatif utama mereka termasuk ‘INSTO, One Planet initiatives, Best Tourism Village and the World Tourism Barometer’, yang bakal menjadi pemangkin kepada usaha Sarawak ke arah pembangunan lestari.
Selain itu, UNWTO mengesyorkan agar Sarawak menyertai Perhimpunan Agung UNWTO Sesi ke-25 pada 2024 dan CAP-CSA ke-35 di Kemboja pada Jun ini.
Astro Awani
Fri Mar 17 2023

Abdul Karim (enam dari kiri) mengetuai delegasi di Ibu Pejabat UNWTO di Madrid Sepanyol - Foto/ Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.

Malaysia seru menteri pelancongan ASEAN pupuk semangat komuniti serantau
Kerjasama diperlukan untuk melindungi warisan dan masyarakat serantau dan memperkukuh kehadiran ASEAN di persada global.

Pemain industri pelancongan perlu tonjolkan identiti Negeri Sembilan - Tan
Pemain industri pelancongan perlu menonjolkan sembilan identiti Negeri Sembilan yang merangkumi adat, seni bina, makanan tradisional, busana, bunga, muzik, tarian, lagu dan permainan tradisional.

Pahang rekod 5.9 juta pelancong dengan anggaran perbelanjaan RM5.3 bilion
Pahang merekodkan 5.9 juta kedatangan pelancong dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM5.3 bilion dalam tempoh enam bulan bermula Januari tahun ini.

Pihak berkepentingan pelancongan diminta tingkatkan usaha jayakan VM2026
Pihak berkepentingan dalam industri pelancongan diminta untuk meningkatkan usaha menjayakan kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), titah Pemangku Raja Perlis.

Tahap kesedaran aspek keselamatan sektor pelancongan masih rendah - NIOSH
Masih ramai yang lihat isu keselamatan dalam industri pelancongan sebagai sesuatu yang kecil berbanding sektor pembinaan dan pengilangan.

AirAsia tawar 10 juta tempat duduk promosi ke lebih 130 destinasi bermula hari ini
AirAsia kembali menawarkan kempen Tempat Duduk PERCUMA dengan 10 juta tempat duduk promosi untuk terus menyokong industri pelancongan.

Malaysia Airlines lancar MHplus secara global untuk tingkat perkongsian pasaran utama
MHplus akan tersedia dalam enam negara seperti Malaysia, Indonesia, India, Australia, Singapura dan United Kingdom, berkuat kuasa 23 Jan 2024.

#DahSampai: Pemain industri pelancongan perlu kreatif, teroka pelbagai platform
Infrastruktur harus sentiasa dinaik taraf selari dengan pakej-pakej yang ditawarkan bagi menarik minat pelancong dalam dan luar negara.

SMK Tinggi Batu Pahat sekali lagi juara 'Inter-school Competition' Hari Perakaunan Antarabangsa Taylor's
Platform inklusif dan pemerkasaan untuk pelajar pamer kecekapan dalam perakaunan, kemahiran pemikiran kritis, serta kerjasama berpasukan.