Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM1.5 bilion untuk Lembaga Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) untuk mempercepatkan projek infrastruktur di kawasan tanah tinggi Bahagian Miri.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embah berkata dengan adanya lebih banyak kesalinghubungan seperti jalan raya dan kemudahan lain di kawasan tanah tinggi, kerajaan negeri merancang untuk membuka lebih banyak aktiviti pertanian yang boleh menjana lebih banyak pendapatan.
"Setakat ini, kami telah memperuntukkan sejumlah RM345.9 juta untuk empat projek jalan raya dan satu jambatan, kami juga membelanjakan RM20 juta untuk projek bekalan air untuk Long Silat dan Long Jekitan," katanya pada sesi bertemu rakyat di Kampung Long Jeeh, Baram di sini pada Selasa.
Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak berkata untuk projek pertanian, salah satu tumpuan utama adalah penanaman tanaman makanan dan untuk memastikan kejayaan projek, ia akan melibatkan penyertaan sektor swasta.
"Kami akan membantu pekebun kecil dan kami akan membawa syarikat-syarikat besar serta menanam tanaman seperti durian, pisang, kopi, nanas dan lain-lain untuk eksport," katanya.
Mengenai perkembangan lain, Uggah menafikan dakwaan oleh pihak-pihak tertentu bahawa kerajaan negeri berhasrat untuk "merampas" Tanah Adat Bumiputera melalui kajian perimeter yang sedang dijalankan oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.
"Operasi (kajian perimeter) adalah untuk mengenal pasti tanah NCR mereka dari tanah kerajaan negeri," katanya sambil menambah kajian itu akan diperluaskan ke kawasan lain di Baram.
Mengenai cadangan penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), beliau berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendiriannya untuk menolak cadangan itu kerana ia akan menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat terutama di rumah panjang dan kampung-kampung luar bandar.
Pada majlis yang sama, Uggah meluluskan geran RM20,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampong Panjang Jeeh serta mengedarkan benih durian Durian Musang King kepada pemmpin komuniti di kawasan tersebut.
Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Gerawat Gala.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 22 2019
![Sarawak percepatkan pembangunan di kawasan tanah tinggi Sarawak percepatkan pembangunan di kawasan tanah tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51484144094_DouglasUggahEmbas.jpg)
Uggah berkata, Gabungan Parti Sarawak tetap menolak cadangan penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung oleh kerajaan PH kerana ia akan menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat. - Gambar fail
"Pesawah terus dibantu dengan pemberian subsidi" - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata Kerajaan tetap komited terus beri subsidi dan insentif pada pesawah seperti bayaran insentif upah baja, bantuan racun bagi mengawal penyakit tanaman.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kalau terjerit walaupun duduk, saya boleh halau keluar" - Timbalan Speaker
Kekocahan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Shah Alam menyuarakan semasa perbahasaan isu pembelaan pesawah.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
Kerajaan komited jadikan industri padi tunjang utama keterjaminan makanan negara - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kerajaan komited untuk menjadikan industri padi sebagai tunjang utama kepada keterjaminan makanan negara dengan sokongan padu dari semua pihak
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"AI pada ketika ini sangat rancak digunakan" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata platfom media sosial juga berusaha untuk menangani masalah penyalahgunaan AI
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kita dapati ada yang beberapa platfom yang sering kali di salah guna" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata beberapa langkah yang telah diambil termasuk mengenakan menarik balik exemption oder (pas diplomat) yang memerlukan platfom memenuhi syarat seperti mendaftar dengan MCMC.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Usaha ini menyumbang pada penambahbaikkan" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata MCMC telah melaksanakan sesi libat urus secara berterusan dengan penyedia platfom media sosial.
"Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikkan, menjadikan lebih efisien dan berkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikkan, menjadikan lebih efisien dan berkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
SERY antara usaha KBS untuk perusahaan sosial - Timbalan Menteri KBS
Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata program Social Entreprenuership Rural Youth (SERY) dianjurkan untuk meningkatkan perusahaan sosial di penempatan terpencil.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Tidak boleh hanya bergantungan pada pembangunan belia"- Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata agensi dan pertubuhan di Malaysia anjurkan kerjasama yang lebih strategik dan beri tumpuan kepada cabaran belia meningkat dewasa seperti pembangunan ekonomi
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Mohon peruntukan dari Kementeriaan Kewangan"- Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Kerja Raya berkata Kementerian Kerja Raya telah melantik syarikat PBH Asset Management untuk melaksanakan penyelenggaraan Lebuh raya Pan Borneo dalam tempoh 3 tahun.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"1 peratus belum siap, melibatkan pengalihan utiliti" - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Kerja Raya berkata program kolaborasi JKR Malaysia, JKR Sarawak dan JKR Sabah bagi memastikan usaha pembangunan rakyat dapat berjalan lancar.
“99 peratus siap dan ini adalah projek kerajaan yang bernilai RM16.1 bilion”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“99 peratus siap dan ini adalah projek kerajaan yang bernilai RM16.1 bilion”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Banjir Sarawak: 13 sekolah dan kampung di pedalaman Miri dinaiki air Banjir Sarawak: 13 sekolah dan kampung di pedalaman Miri dinaiki air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630733151_TBBANJIRMIRI.jpg)
Banjir Sarawak: 13 sekolah dan kampung di pedalaman Miri dinaiki air
Sekurang-kurangnya 13 buah sekolah dan beberapa kampung di pedalaman Miri dinaiki air susulan hujan berterusan sejak Jumaat malam.
![Ubah modus operandi, penduduk pedalaman sukar dapatkan BPN - Ahli Parlimen Baram Ubah modus operandi, penduduk pedalaman sukar dapatkan BPN - Ahli Parlimen Baram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61605685163_AnyiNgau.jpg)
Ubah modus operandi, penduduk pedalaman sukar dapatkan BPN - Ahli Parlimen Baram
Penduduk di pedalaman ada yang terpaksa sewa bot dan penginapan dengan harga yang tinggi bagi mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional.
![Petronas jalankan penilaian struktur pelantar susulan insiden Dayang Topaz Petronas jalankan penilaian struktur pelantar susulan insiden Dayang Topaz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603808415_TBDayangTopaz.jpg)
Petronas jalankan penilaian struktur pelantar susulan insiden Dayang Topaz
Syarikat minyak negara itu berkata penilaian menyeluruh terhadap struktur pelantar itu sedang dilakukan.
![Doa Nurul Izzah, Anwar buat Allahyarham Cikgu Nur Anisah Doa Nurul Izzah, Anwar buat Allahyarham Cikgu Nur Anisah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71599366718_CikguNuranisah.jpg)
Doa Nurul Izzah, Anwar buat Allahyarham Cikgu Nur Anisah
Nurul Izzah mendoakan agar Allah mengurniakan syurga firdaus kepada Allahyarham Nur Anisah yang beliau anggap sebagai pendidik tersayang.
![Enam menara komunikasi baru dibina di Baram Enam menara komunikasi baru dibina di Baram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81596442728_ZahidiZainulAbidin.jpg)
Enam menara komunikasi baru dibina di Baram
Enam menara telekomunikasi baharu sedang dibina di Parlimen Baram dalam usaha menambah baik perkhidmatan jalur lebar di kawasan tersebut.
![Masalah bekalan air bersih di Long Bedian selesai Masalah bekalan air bersih di Long Bedian selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51595830868_LongBedian.jpg)
Masalah bekalan air bersih di Long Bedian selesai
Projek bekalan air Long Bedian yang siap pada 11 Februari lalu beri manfaat kepada lebih 400 isi rumah, sekolah dan klinik.
![Pemuzik Alena Murang seru masyarakat bantu mangsa kebakaran melalui konsert digital Pemuzik Alena Murang seru masyarakat bantu mangsa kebakaran melalui konsert digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61592552204_AlenaMurangraihd.jpg)
Pemuzik Alena Murang seru masyarakat bantu mangsa kebakaran melalui konsert digital
Dana yang berjaya diraih melalui konsert tersebut akan disalurkan kepada mangsa kebakaran rumah panjang Belukun, Long Sela'an di Baram, Miri.
![Sarawak percepatkan pembangunan di kawasan tanah tinggi Sarawak percepatkan pembangunan di kawasan tanah tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51484144094_DouglasUggahEmbas.jpg)
Sarawak percepatkan pembangunan di kawasan tanah tinggi
Dengan adanya lebih banyak kesalinghubungan seperti jalan raya dan kemudahan lain di kawasan tanah tinggi, kerajaan negeri merancang untuk membuka lebih banyak aktiviti pertanian.
![Pilihanraya Sarawak: Pembangunan inklusif bukan sekadar janji 'manis dibibir' Najib Pilihanraya Sarawak: Pembangunan inklusif bukan sekadar janji 'manis dibibir' Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71461937062_Najib.jpg)
Pilihanraya Sarawak: Pembangunan inklusif bukan sekadar janji 'manis dibibir' Najib
Pembangunan yang bersifat inklusif oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sekadar menabur janji manis atau retorik politik tetapi disusuli dengan perancangan yang jelas.
!['Empangan di Sarawak mampu bertahan gempa lebih besar daripada di Sabah' 'Empangan di Sarawak mampu bertahan gempa lebih besar daripada di Sabah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/41433930986_295x200.jpg)
'Empangan di Sarawak mampu bertahan gempa lebih besar daripada di Sabah'
Sarawak Energy beri jaminan projek-projek tenaga hidro syarikat itu direka berdasarkan piawaian teknikal antarabangsa tertinggi bagi reka bentuk empangan.