Bakat yang ada tidak disia-sia, malah dimanfaatkan sepenuhnya untuk melakukan sesuatu perubahan terutamanya bagi tujuan yang cukup murni.
Itu pegangan yang sentiasa diketengahkan pemuzik berbakat besar, Alena Murang dan rakan band-nya Joshua Maran, Jonathan Wong, Jimmy Chong dan Herman bagi membantu mereka yang memerlukan.
Insiden kebakaran yang berlaku di rumah panjang Belukun di Long Sela’an, Baram, Miri pada 8 Jun lalu lantas menarik perhatian mereka untuk menggerakkan insiatif konsert amal bagi meraih sumbangan buat komuniti yang terlibat dalam musibah itu.
“Konsert ini akan diadakan pada 21 Jun secara dalam talian di laman Facebook saya dan ia akan berlangsung selama satu jam.
“Situasi seperti ini secara peribadi pernah berlaku pada kami dua tahun lalu dan pengalaman kehilangan tempat tinggal amat perih,” katanya kepada Astro AWANI, baru-baru ini.
Justeru, Alena turut menyeru orang ramai untuk bersama-sama tampil menyokong inisiatif seperti ini bagi mengembalikan semangat mereka untuk meneruskan kehidupan meskipun kini tanpa rumah yang menjadi tempat berteduh sejak bertahun lamanya.
“Ia boleh ditonton secara percuma dan kami meminta ihsan anda untuk bersama melakukan sumbangan yang akan disalurkan kepada rumah panjang itu,” ujarnya.
Dia turut menyeru kepada peminat muzik sape untuk sama-sama menyaksikan konsert amal itu di laman Facebook Alena Murang yang akan distrim secara langsung bermula jam 8 malam, Ahad, waktu Malaysia dan satu petang bagi London pada hari yang sama.
Terdahulu, rumah panjang yang terletak di selatan Miri itu terlibat dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 11.05 pagi, sekali gus meranapkan kediaman 60 penghuni yang kini tinggal sehelai sepinggang.
Bagi yang ingin melakukan sumbangan dana, seperti yang dikongsi oleh Alena, ia boleh disalurkan melalui akaun: Alena Murang, Maybank Malaysia: 511-2340-226-50, Paypal kepada alena.murang@gmail.com ATAU akaun ketua rumah panjang, Peter Tingang Lalo, Maybank Malaysia: 161-1811-658-53.
Nickyson Nyambar
Fri Jun 19 2020
![Pemuzik Alena Murang seru masyarakat bantu mangsa kebakaran melalui konsert digital Pemuzik Alena Murang seru masyarakat bantu mangsa kebakaran melalui konsert digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61592552204_AlenaMurangraihd.jpg)
Alena Murang adalah merupakan salah seorang anak Sarawak yang berjaya melakar nama di pentas dunia dengan persembahan muzik sapenya. Terbaharu, Alena tampil dengan inisiatif murni untuk membantu mangsa kebakaran. -Gambar Ihsan Alena Murang
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
Minyak sawit: CPOPC ramal pertumbuhan sederhana dalam pengeluaran
Walaupun pengeluaran Indonesia dijangka pulih, faktor seperti hasil yang tidak stabil dan menurun, peningkatan bilangan pokok kelapa sawit tua dan tidak produktif, dan kadar penanaman semula yang rendah berkemungkinan menghasilkan pertumbuhan kecil dalam pengeluaran minyak sawit.
Kem. Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli tahun ini – Rafizi
Rafizi berkata ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi menerusi pelan hala tuju itu.
![Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739435910_GasexplosioninTa.jpg)
Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera
Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.
![Ciri penterjemahan teks terbina WhatsApp akan diproses terus dari peranti Ciri penterjemahan teks terbina WhatsApp akan diproses terus dari peranti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739431249_WhatsApp.jpg)
Ciri penterjemahan teks terbina WhatsApp akan diproses terus dari peranti
Pengguna dilihat perlu memuat turun pek bahasa pilihan, selepas selesai semua teks perbualan atau dari dalam saluran boleh diterjemah secara automatik.
Industri gas: Akses kepada pembiayaan cabaran peralihan tenaga lebih mampan
Malaysia serta negara setara di rantau ini yang amat bergantung kepada gas asli, yang telah dikenal pasti untuk pertumbuhan sosioekonomi.
AirAsia X: Penumpang melonjak 41% kepada lebih 4 juta pada 2024
Kapasiti tempat duduk juga meningkat sebanyak 35% tahun ke tahun kepada 4.8 juta tempat duduk tahun lepas.
KDNK 2024: Ekonomi dijangka kukuh, menepati unjuran
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang hingga 5.3% pada 2024, namun cabaran ketidaktentuan global pada 2025 menuntut persediaan kerajaan.
![Karya Alena Murang, 'Warrior Spirit' menang Anugerah Muzik Video Dunia Terbaik di Buenos Aires Karya Alena Murang, 'Warrior Spirit' menang Anugerah Muzik Video Dunia Terbaik di Buenos Aires](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639731792_BuenosAiresMusicV.jpg)
Karya Alena Murang, 'Warrior Spirit' menang Anugerah Muzik Video Dunia Terbaik di Buenos Aires
Selain Alena, turut menerima anugerah di BAMV Fest adalah selebriti terkemuka dunia seperti Lil Nas X, Doja Cat an Megan Thee Stallion.
![RWMF diadakan secara maya menerusi Shopee Live RWMF diadakan secara maya menerusi Shopee Live](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623767560_RWMFShopee.jpg)
RWMF diadakan secara maya menerusi Shopee Live
Tahun lalu, festival tersebut dibatalkan berikutan penularan COVID-19 dan kali ini kembali secara maya.
![Rainforest World Music Festival 2021 dianjur secara dalam talian Rainforest World Music Festival 2021 dianjur secara dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623313871_Rainforestworldmu.jpg)
Rainforest World Music Festival 2021 dianjur secara dalam talian
Penganjuran Rainforest World Music Festiva (RWMF) tahun ini akan dianjurkan secara penstriman percuma bermula 18 Jun sehingga 20 Jun 2021.
![Pandemik tidak halang Alena cipta 'masterpiece' buat peminat Pandemik tidak halang Alena cipta 'masterpiece' buat peminat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61617252117_TBALENASKYSONGS.jpg)
Pandemik tidak halang Alena cipta 'masterpiece' buat peminat
Dengan rentak unik, lagu-lagu yang dihasilkan Alena Murang menerusi album Sky Songs diharap dapat tembus ke corong radio dan media komersial
!['Meno' luahan rindu Alena Murang pada kampung halaman 'Meno' luahan rindu Alena Murang pada kampung halaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61611783357_TBMENOALENOMURANG.jpg)
'Meno' luahan rindu Alena Murang pada kampung halaman
Lagu dalam bahasa Kelabit, 'Meno', menjadi buah tangan terbaharu gadis berbakat kelahiran Bumi Kenyalang ini buat peminatnya.
![Alena Murang... Ini duta penghubung budaya Malaysia dengan masyarakat luar Alena Murang... Ini duta penghubung budaya Malaysia dengan masyarakat luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607516360_AlenaMurang.jpg)
Alena Murang... Ini duta penghubung budaya Malaysia dengan masyarakat luar
Penceritaan dalam sesebuah karya penting untuk memberi gambaran kepada masyarakat dunia khasnya dalam memperkenalkan keunikan Malaysia.
![Midang Midang karya Alena Murang menang Anugerah Penggayaan Terbaik di Argentina Midang Midang karya Alena Murang menang Anugerah Penggayaan Terbaik di Argentina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61606817800_AlenaMurangMidan.jpg)
Midang Midang karya Alena Murang menang Anugerah Penggayaan Terbaik di Argentina
Alena mengungguli anugerah itu melalui Festival Video Muzik Bueno Aires 2020, selain tercalon untuk kategori Video Antarabangsa Terbaik.
![Alena julang nama Sarawak di persada muzik dunia - Abdul Karim Alena julang nama Sarawak di persada muzik dunia - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604470687_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Alena julang nama Sarawak di persada muzik dunia - Abdul Karim
Pencalonan Alena Murang bagi dua kategori mampu membuka mata pencinta muzik global mengenai keindahan muzik Sarawak dan keindahan alam semulajadinya.
![Alena Murang dicalon untuk Anugerah Festival Video Muzik Buenos Aires Alena Murang dicalon untuk Anugerah Festival Video Muzik Buenos Aires](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81605615172_AlenaMurang.jpg)
Alena Murang dicalon untuk Anugerah Festival Video Muzik Buenos Aires
Penyanyi dan bintang Sape kelahiran Sarawak, Alena Murang dicalonkan bagi anugerah Video Antarabangsa Terbaik dan Penggayaan Terbaik menerusi lagunya, Midang-Midang.
![Pemuzik Alena Murang seru masyarakat bantu mangsa kebakaran melalui konsert digital Pemuzik Alena Murang seru masyarakat bantu mangsa kebakaran melalui konsert digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61592552204_AlenaMurangraihd.jpg)
Pemuzik Alena Murang seru masyarakat bantu mangsa kebakaran melalui konsert digital
Dana yang berjaya diraih melalui konsert tersebut akan disalurkan kepada mangsa kebakaran rumah panjang Belukun, Long Sela'an di Baram, Miri.