KUCHING: Sarawak bersedia untuk mengecapi kemajuan lebih besar kerana ia memiliki persekitaran sosial merentasi kaum dan jantina yang boleh memacu pembangunan negeri itu, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata senario ini selari dengan ramalan pakar bahawa teknologi dan ilmu akan menjadi asas kepada kemajuan pada masa hadapan dan kerajaan negeri telah menetapkan dasar sedemikian bagi memenuhi keperluan masa depan.
"Kami menggubal dasar yang inklusif. Kita lihat masa depan bukan lagi berdasarkan jantina, bukan lagi berdasarkan kaum, tetapi masa depan bergantung kepada kemampuan individu itu sendiri," tambahnya.
"Hari ini dan masa depan dunia bergantung kepada teknologi. Kami di Sarawak menggunakan Strategi Pembangunan pascaCOVID-19 yang akan menumpukan kepada pengetahuan, bermakna pendidikan adalah kuncinya," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Kebangsaan Wanita Dayak di sini hari ini.
Menurutnya, selain dikurniakan sumber tenaga yang melimpah ruah yang turut menyemarakkan pembangunan masa depan, Kerajaan Negeri terus menyediakan infrastruktur asas di kawasan penempatan luar bandar khususnya bekalan elektrik bagi memastikan pembangunan itu dapat dinikmati di seluruh negeri.
"Apabila anda ingin mengubah orang, keperluan asas mesti ada, walaupun ia sangat mahal. Pengalaman saya sendiri apabila anda mengamanahkan saya sebagai ketua eksekutif anda, tanggungjawab adalah untuk mendapatkan wang bagi membekalkan elektrik ke kawasan luar bandar negeri kita," katanya sambil menambah bahawa Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM4 bilion untuk bekalan elektrik luar bandar sejak 2017.
Abang Johari berkata wanita Dayak khususnya di kawasan pedalaman Sarawak akan memperoleh manfaat daripada pembangunan ini kerana ia memberi mereka peluang menjalinkan hubungan dengan wanita di bandar bagi mengembangkan aktiviti ekonomi mereka.
"Jika wanita Dayak luar bandar mempunyai hubungan rangkaian dengan wanita bandar, maka bidang pemasaran anda telah berkembang dan ini akan menjadi sumber pendapatan dan membawa perubahan kepada wanita luar bandar," katanya.
Beliau berkata perancangan masa depan Sarawak juga dipuji negara lain dengan yang terbaharu oleh Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia Michalis Rokas yang berkata bahawa dasar negeri itu selaras dengan rancangan masa depan EU.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022
Sarawak bersedia untuk mengecapi kemajuan lebih besar kerana ia memiliki persekitaran sosial merentasi kaum dan jantina yang boleh memacu pembangunan negeri itu, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. - Gambar fail/BERNAMA
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan meyakinkan malam ini
Empat peserta akan mempertaruhkan kombinasi lagu, dinamika persembahan dan interaksi memukau demi memikat hati juri.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
KDN cadang RUU tahanan rumah untuk individu direman
Insiden buli UPNM, suspek tekap sterika didakwa hari ini
#AWANInews #AWANIpagi
Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
KDN cadang RUU tahanan rumah untuk individu direman
Insiden buli UPNM, suspek tekap sterika didakwa hari ini
#AWANInews #AWANIpagi
ACL2: Muangthong United berpesta jaringan ke atas Cebu
Poramet Arjivirai paling menyerlah dengan jaringan hatrik, sambil Felicio Brown Forbes dan Kakana Khamyok turut hasilkan jaringan berganda.
Terlanggar cermin sisi kereta, penunggang motosikal maut digilis lori
Motosikal yang ditunggang seorang lelaki melalui lorong tengah menghala ke Johor Bahru telah terlanggar cermin sisi sebuah kereta di lorong kanan.
Dua beranak maut ditikam: 'Suspek bukan kekasih mangsa' - Keluarga
Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, suspek bukan kekasih mangsa seperti yang ditular di media sosial.
Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Asia Barat, tekan Hamas - Pakar
Presiden Terpilih AS, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Asia Barat.
Perancis tuntut penjelasan PSG terkait sepanduk pro-Palestin
Perancis pada Khamis menuntut penjelasan daripada Paris Saint-Germain (PSG), kelab bolasepak terkemuka negara itu, berikutan paparan sepanduk pro-Palestin yang dianggap "tidak boleh diterima", oleh para penyokong semasa perlawanan.
Menteri Dalam Negeri Bruno Retailleau dalam kenyataan di X berkata, beliau meminta
PSG memberikan penjelasan dan kelab-kelab supaya memastikan politik tidak merosakkan sukan, yang sepatutnya menjadi sumber penyatuan.
Menteri Dalam Negeri Bruno Retailleau dalam kenyataan di X berkata, beliau meminta
PSG memberikan penjelasan dan kelab-kelab supaya memastikan politik tidak merosakkan sukan, yang sepatutnya menjadi sumber penyatuan.
Gunung Marapi meletus lagi, penduduk diminta berwaspada
Gunung Marapi di Sumatera Barat kembali mletus dan menghamburkan debu dan batu panas sekitar 800 meter dari puncaknya sejak semalam.
Salji pertama landa wilayah Al-Jawf, Arab Saudi
Wilayah Al-Jawf di Arab Saudi mengalami salji pertama, sekali gus menukar landskap gurun gersang kepada 'kawasan ajaib' musim sejuk.
Fenomena luar biasa itu berlaku selepas hujan lebat berterusan dan hujan batu yang melanda seluruh negara teluk itu.
Fenomena luar biasa itu berlaku selepas hujan lebat berterusan dan hujan batu yang melanda seluruh negara teluk itu.
SIRIM lancar inisiatif perkasa amalan ESG dalam industri
SIRIM Berhad (SIRIM) hari ini melancarkan 'SIRIM ESG Holistic Ecosystem', satu inisiatif yang bertujuan menyokong dan mempercepat amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan industri Malaysia.
Kapal Maritim Malaysia terbakar ketika berlabuh di Kuala Baram
Sebuah kapal peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang berlabuh di Kuala Baram, Miri di Sarawak terbakar lewat malam tadi.
Penganjur bersama Sukan SEA 2027 satu pelaburan buat Sarawak - Abang Johari
Kerajaan Negeri Sarawak melihat peranannya selaku penganjur bersama temasya Sukan SEA 2027 sebagai satu pelaburan yang boleh meningkatkan profil negeri itu di seluruh Asia Tenggara.
Sarawak kaji kemungkinan jana tenaga di laut guna teknologi OTEC - Abang Johari
Ini adalah satu lagi usaha berterusan kerajaan Sarawak untuk mencari sumber tenaga yang boleh diperbaharui selain gas, hidroelektrik dan solar.
HMS Spey UK berada di Sarawak untuk kunjungan pertama
Lawatan kapal peronda luar pesisir Tentera Laut Diraja British, HMS Spey mencerminkan komitmen United Kingdom untuk mengukuhkan hubungan dengan Sarawak.
Hanya dua projek JKR Persekutuan dikategorikan 'sakit' di Sarawak
Hanya ada dua projek yang dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai sakit di Sarawak, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Sarawak ada kemampuan, mahu jadi 'ASEAN Powerhouse' untuk tenaga bersih - Abang Johari
Sarawak mahu peningkatan tenaga pakar yang terdiri daripada anak-anak Sarawak dalam bidang berkaitan tenaga elektrik, dan juga kecerdasan buatan (AI).
Nusantara: PDRM tambah perjawatan JSJN di 13 daerah Sarawak
Langkah menambah perjawatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di 13 daerah di Sarawak dilakukan bagi memperkukuh keselamatan susulan pemindahan ibu negara Indonesia ke Wilayah Kalimantan Timur.
Sarawak alu-alukan bantuan saintis dalam pembentukan dasar - Abang Johari
Kerajaan negeri kini beri penekanan kepada mencari jalan memanfaatkan kekuatan, terutamanya dalam mengurangkan kesan perubahan iklim.
Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah, Labuan dan Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 3 pagi esok.
Amaran ribut petir di enam negeri petang ini
Sarawak dijangka paling terjejas dengan cuaca tersebut, antaranya di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri