BAYAN BARU: Malaysia sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia (WCIT) edisi tahun 2023.
Selepas Pulau Pinang, kini Kuching, Sarawak bakal mengambil alih penganjuran temasya ‘Olimpik’ yang menghimpunkan ribuan penggiat industri teknologi dan inovasi.
Majlis penyerahan penganjuran itu diterima oleh Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani selaku Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) pada Majlis Penutupan WCIT 2022 di Bayan Baru, Pulau Pinang pada Khamis.
Dalam ucapannya, Mohamad Morshidi berkata Kerajaan Sarawak berbesar hati menyambut delegasi dari seluruh dunia ke negeri Bumi Kenyalang itu.
“Kami amat teruja dan tangan terbuka untuk menganjurkan WCIT edisi tahun hadapan.
“Semestinya kami akan memberi pengalaman yang berbeza di Kuching nanti,” katanya.
Dalam majlis sama, Pengerusi Persatuan Industri Komputer Malaysia (PIKOM), Dr Sean Seah diumum sebagai Pengerusi baharu bagi World Innovation, Technology and Services Alliance (WITSA).
Harits Asyraf Hasnan
Thu Sep 15 2022

Malaysia sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia (WCIT) edisi tahun 2023. - WCIT

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Sarawak ganti Pulau Pinang anjur WCIT edisi 2023
Malaysia sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia (WCIT) edisi tahun 2023.