KUCHING:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 10 kes positif COVID-19 di negeri itu.
Dengan perkembangan itu jumlah kes positif COVID-19 di negeri itu meningkat kepada 856 kes setakat ini.
Menurut pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, empat kes yang dikesan melibatkan Kluster Greenhill.
“Kes terbaharu melibatkan dua kontak rapat kepada kes ke-818 yang berumur 2 dan 58 tahun manakala dua kes lagi merupakan kontak sosial kepada kes dalam kluster ini yang berumur 20 dan 26 tahun.
“Kesemua kes menjalani ujian saringan di fasiliti kesihatan kerajaan pada 27 Oktober 2020 dan keputusan ujian pada 28 Oktober 2020 mendapati kes-kes ini adalah adalah positif COVID-19," kata Uggah.
Tambahnya kesemua kes berkenaan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.
BACA: Peningkatan kes positif COVID-19 di Green Hill membimbangkan - Uggah
BACA: COVID-19: Virus dari Kluster Greenhill mudah berjangkit - Dr Sim Kui Hian
Selain itu Kluster Baki juga mencatatkan pertambahan tiga kes baharu melibatkan ahli keluarga kepada kes 768 dan 775 berusia 12 hingga 20 tahun.
Manakala tiga kes lagi melibatkan satu kes dikesan menerusi aktiviti pengesanan aktif di Galacity, Kuching dan dua kes merupakan jangkitan luar negara dari Kalimantan Barat, Indonesia.
“Kedua-dua kes ini masuk melalui kebenaran di bawah pendekatan pelancongan perubatan (medical tourism) melibatkan pesakit dan pengiring yang mendapat kebenaran masuk untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kuching.
“Mereka masuk ke Sarawak pada 21 Oktober 2020 dan disahkan positif pada 28 Oktober 2020 selepas menjalankan ujian saringan kali kedua,” tambah Uggah.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Uggah turut memaklumkan ima kluster masih aktif iaitu Kluster Bah Arnab, Kluster Baki, Kluster Greenhill, Kluster Seladah dan Kluster Putra.
Astro Awani
Thu Oct 29 2020

Dua kes positif COVID-19 Di Sarawak hari ini merupakan jangkitan luar negara dari Kalimantan Barat, Indonesia.- FOTO:UKAS

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Kitak urang maok nangga wayang sik? Sabar dolok... dua hari gik
JPBN Sarawak bersetuju membenarkan panggung wayang untuk kembali beroperasi berkuatkuasa mulai 10 Oktober jam 12.01 pagi.

COVID-19: Satu kluster baharu dikesan di Sarawak
Satu kluster baharu iaitu Kluster Mador dikesan di Sarawak pada Sabtu.

Enam kes baharu di Sarawak, Bintulu dan Lawas kini berstatus kuning
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan enam kes positif COVID-19 hari ini.

Kanak-kanak dua tahun antara lapan kes positif COVID-19 baharu di Sarawak
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan lapan kes positif COVID-19.

Satu kes positif COVID-19 di Kuching, Lundu kini zon hijau
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan pertambahan satu kes positif COVID-19 di Kuching.

Kluster Putra Bintulu tamat, dua kes positif COVID-19 di Sarawak
Kluster Putra di Bintulu diisytiharkan tamat selepas tidak mencatatkan pertambahan kes positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari.

Sarawak catat pertambahan 10 kes positif COVID-19 hari ini
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 10 kes positif COVID-19 di negeri itu.