KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana di sini disambung semula 8 pagi ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis ketika dihubungi memaklumkan pencarian akan difokuskan di sekitar kawasan mangsa, Muhammad Riqullah Mohd Shafie, 10, dipercayai terjatuh sehingga ke kawasan tebing Sungai Kemensah.
Petang semalam, seorang kanak-kanak lelaki dikenali Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan berusia lapan tahun ditemukan lemas dipercayai hanyut dalam longkang di jalan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata ibu bapa kepada kedua-dua mangsa akan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana pengabaian terhadap kanak-kanak.
Beliau berkata kejadian itu dipercayai berlaku ketika dua kanak-kanak itu sedang bermain air di kawasan longkang terbabit sebelum tergelincir dan dihanyutkan arus.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memerhatikan anak-anak dengan tidak membiarkan mereka bermain tanpa pengawasan," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023
Pencarian akan difokuskan di sekitar kawasan mangsa dipercayai terjatuh sehingga ke kawasan tebing Sungai Kemensah. - Foto BERNAMA
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
Mangsa bot karam Long Menjawah belum ditemukan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini masih belum menemukan dua mangsa yang hilang dalam kejadian bot karam di Long Menjawah, Belaga petang semalam.
Warga emas, cucu dilapor hilang ketika ke kebun durian
Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun bersama cucunya yang berusia 12 tahun dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu pada Ahad.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Lelaki diserang buaya ketika jala ikan di Pantu
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dimulakan pagi ini, kerana keadaan malam tadi sudah terlalu gelap.
Remaja lemas selepas terjatuh dalam kolam tadahan
Seorang remaja berusia 15 tahun lemas selepas terjatuh ke dalam kolam tadahan air di sebuah kawasan kebun kelapa sawit di Parit Shafie, di sini, semalam.
Dua nelayan dilaporkan tidak pulang selepas memancing
Kedua-dua lelaki itu telah ke laut dengan sebuah bot untuk memancing ikan sekitar 7 pagi semalam dan sepatutnya balik ke jeti itu pada 6 petang.
Operasi kesan lelaki dikhuatiri lemas diperluas - APMM Terengganu
Operasi semalam yang membabitkan kawasan seluas 50.4 batu nautika, ditamatkan pada 7 petang kerana keadaan gelap dan ombak bergelora.
SAR mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands diteruskan pagi ini
Operasi bermula pada 8.30 pagi dengan melibatkan 158 anggota serta pegawai dari Pahang, Perak dan Selangor.
Tiga lelaki ceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai sesat 9 jam
Salim berkata pendaki tersebut didapati tidak mempunyai permit untuk memasuki hutan simpan serta tanpa kawalan jurupandu atau MGP.