SELAYANG: Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di Mahkamah Sesyen Selayang pada jam 8.55 pagi.
Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah dipercayai akan didakwa berhubung kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar negeri itu.
Menerusi semakan laman mahkamah, Muhammad Sanusi akan didakwa di hadapan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.
Kenderaan polis yang membawa beliau masuk ke bangunan mahkamah pada jam 8.55 pagi sebelum Menteri Besar Kedah itu difahamkan masuk ke laluan bertentangan dengan lokasi media berkumpul.
Bagaimanapun, petugas media masih bersedia di lobi mahkamah untuk mengikuti sebarang sidang media, sekiranya ada.
Muhammad Sanusi, 48, yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam dilihat tenang dan tersenyum kepada pihak media ketika berjalan masuk ke bangunan berkenaan.
Ridauddin Daud
Tue Jul 18 2023
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di Mahkamah Sesyen Selayang pada jam 8.55 pagi melalui pintu belakang iaitu di laluan bertentangan dengan lokasi media berkumpul. - Gambar fail
Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok
MetMalaysia memaklumkan, daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua kementerian bermula hari ini
Langkah ini selaras dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik serta responsif kepada keperluan rakyat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan Amerika Syarikat menangguhkan kenaikan tarif import ke atas Kanada dan Mexico.
Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM
Sebelum pelantikan ini, Arman Rumaizi memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2022.
Remaja perempuan maut diserang jerung ketika berenang di Australia
Mangsa yang berusia 17 tahun mengalami kecederaan yang mengancam nyawa dan tidak dapat diselamatkan.
Impian Kripto ASEAN: Masa Depan Ekonomi Digital
Impian Kripto ASEAN merujuk kepada visi untuk mengintegrasikan dan memajukan teknologi kriptowang dan blockchain dalam rantau ASEAN. Inisiatif ini bertujuan untuk memanfaatkan potensi aset digital bagi memacu pertumbuhan ekonomi, inovasi, dan keterangkuman kewangan di seluruh negara anggota.
AWANI Ringkas: Tumpuan Dewan Rakyat | Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto
Nico Gonzalez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro (RM277.4 juta).
ASEAN Kita:Timor Leste | The road to full membership
Join our exclusive discussion on ASEAN Kita with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, as we explore Timor-Leste’s journey towards full ASEAN membership, the challenges ahead, and what this means for the region.
Addressing Klang Valley’s High-Rise Condo Woes
How can the industry work together to set new benchmarks and create lasting value for high-rise communities? This discussion delves into the ongoing challenges faced by high-rise condominium owners in Klang Valley, including issues related to construction quality, rising maintenance costs, and long-term property value retention.
Guna Akta Hasutan bertentangan janji reformasi Kerajaan Perpaduan - Muhyiddin
Kerajaan hari ini semakin galak menggunakan instrumen undang-undang menekan lawan politik mereka, tegas Muhyiddin.
Sanusi didakwa: PM Anwar gesa semua pihak hormat proses mahkamah
Anwar tegaskan beliau tidak campur tangan pendakwaan terhadap Muhammad Sanusi, sebaliknya, laporan dibuat oleh Dewan Diraja Selangor.
Sanusi didakwa kerana PRN - Awang Hashim
Awang berkata, apa yang berlaku terhadap Sanusi adalah proses undang-undang dan pernah dihadapi Pas sejak dari dahulu lagi.
Sanusi tiba di mahkamah, masuk ikut 'pintu belakang'
Kenderaan polis yang membawa beliau masuk ke bangunan mahkamah pada jam 8.55 pagi.
Sanusi didakwa: Anggota polis, media mula 'berkampung' di Mahkamah Sesyen Selayang
Sanusi akan didakwa berhubung kenyataan mempertikai kewibawaan institusi Kesultanan Selangor.