ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyangkal dakwaan sebahagian besar daripada jumlah rizab simpanan negeri adalah hasil daripada aktiviti pembalakan.
Beliau berkata, rizab negeri sebanyak RM600 juta yang tertinggi dalam sejarah negeri Kedah adalah hasil daripada perbelanjaan berhemah dan sumber pendapatan negeri.
Justeru, beliau berharap dengan penjelasan itu dapat melenyapkan dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan lonjakan rizab negeri dengan hasil yang dikaut menerusi aktiviti pembalakan secara meluas.
“Tak perlu layan tuduhan liar seperti itu, yang pasti sangkaan mereka rizab melonjak berpunca daripada hasil pembalakan adalah meleset sama sekali.
“Dari mana punca hasil tinggi itu, biarlah menjadi rahsia kerajaan. Saya akur ada sesetengah pihak gemar bersangka buruk terhadap pihak lain,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Muhammad Sanusi berkata, hasil daripada aktiviti pembalakan bukan penyumbang utama atau terbesar kepada rizab simpanan negeri ini.
“Pembalakan tidak ada duit (bayaran) baharu sebab mereka (syarikat konsesi) sudah bayar (premium) sebelum ini. Ada sedikit saja yang buat bayaran untuk baki bagi memproses lesen penebangan dan cukai kayu balak,” katanya lagi.
Menurutnya, rizab negeri tidak boleh dibelanjakan sewenang-wenangnya dan perlu mendapat kelulusan dalam belanjawan.
“Bukan senang-senang nak belanja duit itu, kena ada kelulusan dan ada puncanya. Ketika zaman Nabi Yusof, satu sistem ekonomi diperkenalkan dan menjadi rujukan sehingga kini, iaitu baginda suruh tuai tanaman waktu subur dan simpan sehingga musim kemarau.
“Masa kemarau barulah simpanan itu dikeluarkan. Kita (Kedah) belum sampai waktu kemarau lagi,” katanya.
Muhammad Sanusi turut menjawab persoalan beberapa pihak yang membangkitkan keperluan menggunakan rizab negeri untuk membantu mangsa bencana kepala air di Baling.
“Isu bencana di Yan dan Baling atau di kawasan lain, kita masih boleh kendalikan dengan sempurna, tidak ada kegagalan. Malah negeri sudah pun peruntukkan sejumlah dana yang munasabah untuk bantuan bencana di mana saja di negeri ini,” katanya.
Menurutnya, pelbagai bantuan dari seluruh negeri turut disalurkan secara terus kepada penduduk sama ada dalam bentuk kewangan, barangan mahupun tenaga sukarelawan.
“Oleh itu, buat masa ini tiada keperluan untuk kita gunakan rizab negeri dalam perkara berkaitan,” ujarnya.
Sebelum ini, dalam sebuah program anjuran parti di Kompleks Pas Kedah, Muhammad Sanusi memaklumkan, Kedah memiliki rizab sehingga RM600 juta selepas Pas mengambil alih kerajaan pada tahun 2020 hingga kini.
“Kita ada simpanan tetap sebagai rizab negeri RM600 juta untuk dibelanjakan pada masa kita sesak (terdesak). Sekarang ini bukan sesak lagi, jangan suruh belanja duit itu.
“Betul-betul kena simpan untuk perbelanjaan masa depan kerana kita tak tahu lagi ekonomi akan datang macam mana. Kalau ekonomi merudum, Insya-Allah hutang-hutang pinjaman dan untuk kebajikan kita boleh gunakan. Sekarang masa untuk menyimpan,” katanya.
Muhammad Sanusi memberitahu, pentadbiran Pas yang diterajui Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak (9 Mac 2008-5 Mei 2013) turut merekodkan simpanan rizab negeri yang tinggi sebanyak RM320 juta.
“Masa ambil alih kerajaan ketika itu simpanan rizab RM180 juta. Kita bersaing dengan Pulau Pinang RM700 juta dan Selangor RM3 bilion.
“Masa Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar tinggal RM40 juta. Nak bayar gaji pegawai pun tak lepas sebab sebulan kena peruntukkan RM23 juta. Maka kerajaan pada masa itu berhutang dengan Putrajaya dan sekarang kita bayar setahun RM10 juta hutang berkenaan dengan Putrajaya,” katanya lagi.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Aug 02 2022
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyangkal dakwaan sebahagian besar daripada jumlah rizab simpanan negeri adalah hasil daripada aktiviti pembalakan. - Gambar fail
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Sanusi sangkal dakwaan rizab melonjak hasil aktiviti balak
Rizab negeri Kedah sebanyak RM600 juta adalah hasil daripada perbelanjaan berhemah dan sumber pendapatan negeri, kata Menteri Besar.