ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang didakwa gagal mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah.
Sanusi mendakwa Saifuddin yang juga Pengerusi Bersama tidak memanggil mesyuarat lebih setahun bagi membincangkan projek infrastruktur kerajaan Persekutuan di Kedah dengan kerajaan negeri sejak majlis tersebut ditubuhkan.
Menurutnya, perkara itu tidak seharusnya berlarutan kerana ia berkait dengan peruntukan di bawah Persekutuan dan sebahagiannya terletak bawah kuasa negeri seperti tanah.
“Tak buat mesyuarat, saya tak sukalah. Mesyuarat itu penting untuk selaraskan antara agensi kerajaan negeri dan agensi Persekutuan di Kedah.
“Ini tanggungjawab masing masing, kerja sedang berjalan, ada fungsi bawah negeri sebab isu tanah dan ada fungsi Persekutuan berkaitan peruntukan, jadi kena selaraskan,” katanya pada sidang akhbar selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ditangguhkan pada Khamis.
Sanusi berkata, beliau telah mengemukakan kebimbangannya itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri baru-baru ini.
“Saya cadangkan jika Saifuddin sibuk dengan urusan kementerian, beliau sepatutnya wakilkan Menteri Kabinet lain untuk hadiri mesyuarat tersebut.
“Kalau sibuk sangat, ganti dengan orang lain sebab kuasa panggil mesyuarat ada pada beliau, bukan dekat saya walaupun pengerusi bersama. Mereka datang Kedah pun tak bagi tahu. Saya rasa benda ini tak boleh berlarutan,” ujarnya.
Pada Rabu, kerajaan Persekutuan dilaporkan akan menjalankan analisis menyeluruh berhubung faktor yang menyebabkan kelewatan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di Kedah sebelum mempertimbangkan dana tambahan, seperti dicadangkan kerajaan negeri.
Saifuddin berkata, beliau berhasrat membincangkan perkara itu dalam pertemuan dengan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri negeri sebelum membuat sebarang keputusan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 07 2024
Sanusi mendakwa Saifuddin tidak memanggil mesyuarat lebih setahun bagi membincangkan projek infrastruktur kerajaan Persekutuan di Kedah.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Amirudin tidak tahu pembatalan tempahan dewan program Himpunan Anak Kedah
Amirudin berkata beliau tidak mengetahui atau terlibat dengan apa jua keputusan berkaitan pembatalan tempahan dewan untuk Majlis Himpunan Anak Kedah.
Penjawat awam di Kedah dapat bonus RM2,000
Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada 5,600 kakitangan awam dan anggota pentadbiran di negeri itu.
PRN: Pendakwaan terhadap Sanusi tak akan sebabkan 'gelombang hijau' di enam negeri
Parti Amanah Negara (Amanah) yakin pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini tidak akan menyebabkan 'gelombang hijau' di enam negeri.
Pandu uji kereta: Sanusi serah kepada polis untuk siasat
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan beliau memandu uji kenderaan di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan.
Jumlah sebenar tuntutan konsesi balak bernilai RM1.5 bilion - Sanusi
Tuntutan itu melibatkan kira-kira 40 syarikat dengan jumlah 131 kelulusan konsesi dan kawasan seluas 22,098 hektar di Hutan Simpan Ulu Muda.
'Keputusan penangguhan pemilihan UMNO belum muktamad, boleh terbatal'
Keputusan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan selepas Perhimpunan Agung parti tahun depan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO dilihat boleh terbatal dengan suara majoriti perwakilan.
'Najib hadapi risiko jika pemilihan UMNO 2016 ditangguh' - Sanusi Junid
Najib disifatkan berdepan risiko besar seandainya desas-desus pemilihan parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 ditangguh sehingga selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.