KAJANG:Seorang peniaga kedai makan sanggup menggadai nyawa dengan terjun di kawasan tadahan air yang mempunyai kedalaman sembilan meter untuk menyelamatkan dua beradik yang lemas di Jalan Cheras Prima, Kajang, di sini petang semalam.
Badruzzaman Borhanudin, 27, yang berniaga makanan di gerai berhampiran kawasan itu berkata dia bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh seorang wanita terdapat dua kanak-kanak terjatuh ke dalam air.
“Bila sampai, saya terus terjun tetapi tidak nampak apa-apa lalu terus memanjat pokok berhampiran sebelum ternampak salah seorang mangsa dalam keadaan terapung menyebabkan saya terjun sekali lagi untuk menarik mangsa ke tebing.
"Selepas itu saya terjun kali kedua untuk menarik mayat adiknya pula dengan turut dibantu seorang lagi orang awam yang kebetulan lalu di kawasan itu. Ketika itu yang terlintas di fikiran saya, kalau sampai ajal, saya reda,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kajang malam tadi.
Dua mangsa yang ditemukan lemas itu dikenali sebagai Nur Farisah Rozilah berusia 10 tahun dan Mohd Rayan Ikram , 8.
Sementara itu, nenek saudara mangsa Nik Hasnah Yusof, 56, berkata kedua-dua kanak-kanak itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian.
“Cuma si adik beriya memberitahu ibunya dia hendak memakai baju baharu pagi tadi manakala yang si kakak pula tidur lewat semalam selain menangis apabila ayahnya hendak balik bekerja di Johor,” katanya dalam keadaan sebak.
BACA: Dua beradik lemas di kawasan tadahan air di Kajang
Nik Hasnah yang reda dengan kejadian itu berkata mangsa kebiasaannya tidak pernah pergi ke kawasan tadahan air itu dan hanya bermain basikal di sekitar kawasan taman berdekatan.
Perkarangan unit forensik turut diselubungi suasana pilu dengan kehadiran ahli keluarga yang datang setelah mengetahui kejadian itu.
Ibu mangsa yang ditemui di hospital kelihatan sedih dan mengelak untuk bercakap dengan media selain sesekali membuat panggilan telefon dengan suaminya yang baru sahaja bertolak ke Johor dan terpaksa berpatah balik susulan kejadian itu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kawasan tadahan air sebuah kawasan taman perumahan di situ berada dalam keadaan berpagar dawai, namun banyak yang telah rosak.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3 petang dan tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 05 2020

Badruzzaman menceritakan detik cemas ketika cuba menyelamatkan kanak-kanak dua beradik yang lemas di kawasan tadahan air di Jalan Cheras Prima, Kajang, 5 Okt, 2020. --fotoBERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas
Insiden terjatuh dalam kalangan warga emas sering kali diabaikan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan 684,000 kematian akibat jatuh berlaku di seluruh dunia setiap tahun.

Pekerja Bangladesh maut jatuh dari ketinggian 18 meter
Notis pemberhentian serta-merta ke atas kerja-kerja melibatkan semua struktur aliran udara pada bangunan di kawasan kejadian dikeluarkan.

Pelajar Tingkatan 1 cedera jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah
Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan sekolah di Kajang semalam.

Penyelia 'ladle crane' maut jatuh dari ketinggian 20 meter
Seorang penyelia maut selepas terjatuh dari ketinggian melebihi 20 meter ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di atas ladle crane.

Lelaki jatuh bumbung terperangkap dalam rumah jiran
Pasukan penyelamat menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak dapat bangun.

Wanita cedera parah terjatuh ke dalam lubang benam panas
Mangsa sedang berjalan bersama suaminya apabila laluan itu runtuh secara tiba-tiba.

Skrin video gergasi jatuh ketika konsert Mirror, dua penari cedera
Video tular menunjukkan skrin berkenaan menimpa tepat ke atas kepala dan badan salah seorang penari, dan terkena seorang penari lagi.

Lima cedera kereta jatuh atas landasan kereta api
Lima orang cedera ringan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh atas landasan kereta api di KM 43, Jalan Temerloh-Bahau, pagi Sabtu.

Kanak-kanak empat tahun maut jatuh kondominium
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut akibat terjatuh dari balkoni kediamannya di tingkat 18 sebuah kondominium di Jalan Danau Saujana 2, Setapak, hari ini.

Ralit dengan telefon, remaja jatuh dalam ruang simpanan 'diselamatkan' timbunan kotak
Abdullah bernasib baik kerana walaupun dia jatuh dari ketinggian kira-kira-kira tiga meter, dia tidak mengalami kecederaan kerana 'mendarat' di atas timbunan besar kotak.