KUALA LUMPUR: Empat anggota sebuah agensi penguatkuasaan antara enam individu ditahan selepas disyaki terlibat kes samun minuman keras, pada Khamis lepas.
Kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan di sekitar Dengkil dan Shah Alam, dekat sini.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata empat anggota penguat kuasa itu disyaki membantu sindiket terbabit dengan membocorkan maklumat mengenai tempat penyimpanan minuman keras yang dirampas sebelum ini.
Beliau berkata tiga suspek lelaki terbabit bertindak menaiki sebuah lori memasuki tempat simpanan barang kes milik pihak berkuasa itu pada kira-kira 2.30 pagi.
"Suspek telah mengikat pengawal keselamatan sebelum memunggah minuman keras yang berada dalam sebuah lori di tempat simpanan itu ke dalam lori yang dibawa mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini hari ini.
Mazlan berkata proses pemunggahan berkenaan mengambil masa kira-kira dua jam sebelum suspek membawa keluar barang kes pada 5 pagi.
"Hasil laporan polis yang dibuat pengawal keselamatan itu polis menjalankan siasatan dan mendapati ia melibatkan 'orang dalam' agensi penguat kuasa itu. Susulan itu, polis menahan empat anggota penguat kuasa yang disyaki memberikan maklumat kepada sindiket berkenaan," katanya.
Mazlan berkata hasil pemeriksaan, polis turut menemui dadah jenis pil captagon seberat dua kilogram, 47 biji pil eramin 5 dan 4.9 gram kokain yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM559,899.
Beliau berkata pihaknya juga merampas penimbang elektronik, telefon bimbit dan wang tunai RM111,100 dalam kenderaan penguat kuasa terbabit.
Mazlan berkata hasil soal siasat, polis menahan dua lelaki, masing-masing seorang pemandu dan kelindan lori serta merampas sebuah lori di tepi jalan di Shah Alam.
"Hasil pemeriksaan dalam lori itu, polis menemui 234 kotak minuman keras jenama Brona dipercayai dilarikan dari tempat simpanan barang kes. Kesemua suspek direman enam hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Beliau berkata polis kini sedang giat mengesan seorang lagi suspek yang disyaki dalang utama sindiket itu yang masih bebas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021

Mazlan berkata, tiga suspek lelaki terbabit bertindak menaiki sebuah lori memasuki tempat simpanan barang kes milik pihak berkuasa itu pada kira-kira 2.30 pagi. - Gambar/ Bernama
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Samun minuman keras: Empat penguat kuasa antara ditahan
Empat anggota sebuah agensi penguatkuasaan antara enam individu ditahan selepas disyaki terlibat kes samun minuman keras, pada Khamis lepas.