Dua sahabat hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan merompak secara berkumpulan bersenjatakan parang di tiga lokasi pada 10 dan 11 Sept lepas.
Tertuduh pertama, Mohamad Zulfikar Nazriq Mohd Zahir, 21, mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan itu, tetapi tertuduh kedua Muhammad Asmuhairyl Abas, 19, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan serentak di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.
Priscilla Hemamalini menetapkan 11 Okt depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap Mohamad Zulfikar Nazriq dan sebutan semula kes serta proses penyerahan dokumen berkaitan terhadap Muhammad Asmuhairyl.
Mengikut pertuduhan pertama, mereka berdua bersama seorang lagi yang masih bebas pada 10 Sept, kira-kira pukul 7.15 pagi di hadapan sebuah pasar raya di sini telah merompak sebuah telefon bimbit jenis iPhone 6 Plus milik seorang wanita.
Bagi pertuduhan kedua, pada kesokan hari, pada pukul 7 pagi, mereka berdua bersama seorang lagi yang masih bebas telah melakukan rompakan bertempat di sebuah kedai dobi layan diri di Puteri Jaya di sini terhadap seorang wanita iaitu dengan merompak seutas gelang emas, dua bentuk cincin emas, seutas rantai emas leher, kunci kereta, kad pengenalan, kad ATM, kad kredit dan pengecas bateri mudah alih.
Pertuduhan ketiga pula, kira-kira 15 minit selepas itu mereka didakwa melakukan rompakan bersenjatakan parang itu di sebuah kedai runcit 24 jam di Jalan Kelab Cinta Sayang di sini dengan merompak wang tunai milik kedai berkenaan sebanyak RM1,500, dua telefon bimbit dan pengecas telefon mudah alih milik seorang lelaki.
Kesemua pertuduhan ke atas kedua-dua mereka adalah mengikut Seksyen 35 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Savinder Singh Jugindar Singh manakala tertuduh kedua diwakili peguam. G. Shanmugam.
Tertuduh pertama bagaimanapun tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 26 2018
![Samun kedai dobi: Dua sahabat didakwa di mahkamah Samun kedai dobi: Dua sahabat didakwa di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81537168473_TBSAMUNDOBI.jpg)
Rakaman CCTV kejadian pada 11 Sept lalu. -Gambar fail
![Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738986676_AliffRakib.jpg)
Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama
ATLET Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sensasi apabila menumbangkan petarung dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28 pada Sabtu.
![PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738986112_tbSesimenembakPLKN.jpg)
PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
![PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738986604_TBSesimenembakPLKN.jpg)
PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.
![Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738986835_tbnanostix.jpg)
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.
![Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638418417_HIV.jpg)
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
![Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737685406_TBimigresen.jpg)
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
![Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735195919_wismaputra.jpg)
Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka.
![Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738980809_DBKLDatukSeriDr.jpg)
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
!['Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang 'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738978832_sultanpahangsambu.jpg)
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
![Sembilan lelaki menyamar anggota penguat kuasa, rompak pekerja kebun sayur ditahan Sembilan lelaki menyamar anggota penguat kuasa, rompak pekerja kebun sayur ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736574170_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Sembilan lelaki menyamar anggota penguat kuasa, rompak pekerja kebun sayur ditahan
Suspek didakwa menceroboh kawasan kebun itu dan merompak enam pekerja sehingga berlaku kecederaan terhadap mangsa.
![Polis giat buru individu terlibat kes samun bersenjata di Tanjong Malim Polis giat buru individu terlibat kes samun bersenjata di Tanjong Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717651129_HasniMohdNasir.jpg)
Polis giat buru individu terlibat kes samun bersenjata di Tanjong Malim
Polis sedang mengesan beberapa individu disyaki terlibat dalam siri kejadian samun bersenjatakan parang di kawasan perumahan di Tanjong Malim.
![Tidak sampai 24 jam, dua lelaki terlibat dalam samun berkumpulan di Iskandar Puteri ditahan Tidak sampai 24 jam, dua lelaki terlibat dalam samun berkumpulan di Iskandar Puteri ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678932892_Samunberparang.jpg)
Tidak sampai 24 jam, dua lelaki terlibat dalam samun berkumpulan di Iskandar Puteri ditahan
Polis masih menjejaki tiga lagi rakan suspek yang terlibat dalam kes samun di Iskandar Puteri, Isnin lalu.
![Emas hampir RM1 juta dilarikan enam suspek di Seberang Jaya Emas hampir RM1 juta dilarikan enam suspek di Seberang Jaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71559567336_RompakEmas.jpg)
Emas hampir RM1 juta dilarikan enam suspek di Seberang Jaya
Suspek bertindak memecahkan cermin kereta mangsa di bahagian hadapan kiri serta kanan dan menarik mangsa keluar dari kereta.
![Samun kedai dobi: Dua sahabat didakwa di mahkamah Samun kedai dobi: Dua sahabat didakwa di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81537168473_TBSAMUNDOBI.jpg)
Samun kedai dobi: Dua sahabat didakwa di mahkamah
Priscilla Hemamalini menetapkan 11 Okt depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap Mohamad Zulfikar Nazriq.