Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan identiti Kim Jong Nam ditentukan melalui sampel DNA yang diambil daripada anak lelaki mangsa di luar negara.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut atas sebab-sebab keselamatan

Selain itu, beliau turut mengesahkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bahawa keluarga mendiang Kim Jong Nam memberi kebenaran kepada kerajaan Malaysia untuk menguruskan mayat rakyat Korea Utara itu