PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa Samirah Muzaffar dan dua remaja adalah individu yang bertanggungjawab terhadap kematian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan dan bukannya orang lain.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusaini Amer Abdul Karim berkata oleh kerana ketiga-tiga responden itu adalah individu terakhir dilihat bersama Nazrin, adalah munasabah untuk dibuat inferens bahawa mereka mempunyai peluang untuk membunuhnya.
"Di dalam kes ini, tidak dinafikan bahawa tiada mana-mana saksi mata yang melihat kejadian bunuh terhadap si mati. Namun, tiga responden itu adalah orang terakhir yang dilihat bersama si mati sebelum si mati ditemui di dalam bilik yang terbakar," katanya dan menambah bahawa Samirah telah memasuki bilik si mati tiga jam sebelum kebakaran.
Beliau berkata demikian ketika berhujah dalam rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Samirah, 48, yang juga balu Nazrin, serta dua remaja yang kini berumur 20 dan 17 tahun selepas memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Samirah dan kedua-dua remaja serta seorang wanita warga Indonesia Eka Wahyu Lestari, yang masih bebas, telah didakwa membunuh Nazrin, ketika itu 45 tahun, di rumahnya di Mutiara Damansara di antara 11.30 malam pada 13 Jun 2018 dan 4 pagi pada 14 Jun 2018.
Sementara itu, Yusaini Amer berhujah hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila tidak membuat dapatan tentang siapa yang berada bersama si mati antara 11.30 malam pada 13 Jun 2018 hingga jam 12.46 tengah hari keesokan harinya.
"Merujuk keterangan saksi pendakwaan ke-28 (SP28) Muhammad Nabil Faqih Abdul Rahim iaitu pemandu si mati, SP28 menyatakan menghantar si mati pulang ke rumah pada 11.30 malam, 13 Jun 2018.
"Pada waktu itu, sudah pasti kesemua responden dan Eka berada di rumah dan tiada sebarang pertikaian oleh pihak pembelaan mengenai hal ini. Keesokan harinya, si mati telah ditemui mati di dalam rumah yang mana kesemua responden dan Eka Wahyu berada," katanya.
Yusaini Amer berhujah punca kematian si mati disebabkan kecederaan akibat objek tumpul atau impak berganda di kepala berpunca daripada senjata tumpul seperti tukul sehingga mencederakan bahagian otak si mati yang dilakukan oleh seseorang.
Katanya, keterangan pegawai penyiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Abdul Halim Zulkefeli dan pegawai penyiasat ASP Nizam Daud menunjukkan tiada sebarang kesan pecah masuk ke dalam bilik si mati dan hasil siasatan mendapati telefon Blackberry S2 milik si mati tidak meletup serta kebakaran di bilik itu disengajakan dengan menggunakan bahan bakar petrol.
Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili responden berkata tiada kebakaran atau kesan petrol di kawasan yang dikatakan mempunyai bahan api itu.
"Adalah jelas daripada gambar bahawa kawasan di belakang rangka katil dan lantai tidak menunjukkan kesan petrol," katanya.
Muhammad Shafee berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila berpendapat kebakaran itu disengajakan serta bukan kemalangan dan punca kematian adalah akibat impak objek tumpul dan bukan komplikasi kecederaan akibat letupan.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azhahari Kamal Ramli menetapkan esok untuk mendengar sambungan hujah.
Pada 23 Jun 2022, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 Jun 2022 membebaskan Samirah dan kedua-dua remaja itu daripada pertuduhan membunuh Nazrin.
Pada 30 Jun 2022, Samirah dan kedua-dua remaja turut memfailkan rayuan bagi mencabar penemuan fakta tertentu oleh Mahkamah Tinggi termasuk kebakaran yang berlaku di bilik Nazrin "dilakukan dengan sengaja."
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023

Samirah Muzaffar, balu kepada Nazrin Hassan, keluar dari Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman hari ini, selepas membuat rayuan melepas dan membebaskannya bersama dua remaja atas pertuduhan membunuh Nazrin. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.