KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memperoleh ganti rugi sebanyak RM600,000 dalam kes saman fitnahnya terhadap penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin berhubung beberapa siri artikel dakwaan rasuah dalam projek terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Arief Emran Arifin membuat perintah itu semasa memutuskan taksiran ganti rugi yang diperoleh Lim pada prosiding secara dalam talian hari ini.
Peguam Simon Murali, yang mewakili Lim, ketika dihubungi berkata, mahkamah memerintahkan Raja Petra membayar ganti rugi am dan teruk sebanyak RM600,000 serta kos RM10,000 kepada anak guamnya.
"Mahkamah juga memerintahkan defendan (Raja Petra) membayar faedah lima peratus setahun daripada tarikh pemfailan writ saman pada 6 Sept 2019 hingga penyelesaian penuh kes," katanya.
Semasa prosiding taksiran ganti rugi pada 14 April lepas, Lim dalam keterangannya menuntut ganti rugi am sebanyak RM20 juta susulan penerbitan 20 artikel dalam versi Bahasa Inggeris dan Melayu oleh portal Malaysia Today milik Raja Petra bermula Februari 2019.
Setiausaha Agung DAP itu juga menuntut ganti rugi teruk dan teladan masing-masing berjumlah RM500,000.
Pada 28 Februari tahun lepas, Lim, 61, memperoleh penghakiman ingkar selepas Raja Petra tidak memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan terhadapnya.
Lim memfailkan permohonan bagi mendapatkan penghakiman ingkar selepas Raja Petra gagal memberi maklum balas terhadap notis saman yang diiklankan melalui tiga akhbar pada 10 Februari 2020.
Sebelum itu, Lim cuba menyerahkan writ saman dan penyataan tuntutan kepada Raja Petra melalui perkhidmatan peribadi di alamat terakhir penulis blog tersebut yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya namun gagal.
Lim memfailkan saman fitnah berhubung penerbitan satu siri artikel 'Dari Fail SPRM' dalam versi Bahasa Inggeris dan Melayu oleh Malaysia Today antara 24 Februari dan 15 Mac 2019. - BERNAMA
Bernama
Tue May 25 2021
Pada 28 Februari tahun lepas, Lim Guan Eng memperoleh penghakiman ingkar selepas Raja Petra tidak memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan terhadapnya. - Gambar fail
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
PM ucap takziah kepada keluarga Raja Petra, Muhamad Mustafa
Perdana Menteri berdoa agar roh Allahyarham Raja Petra diberi keampunan oleh Allah SWT dan keluarganya diberi ketabahan serta tahap kecekalan.
Dituduh terlibat dalam skandal LCS, Zahid pertimbang saman Raja Petra
Zahid cabar Raja Petra kemuka bukti atas tuduhan liar itu.
Saman fitnah: Mahkamah perintah Raja Petra bayar RM600,000 kepada Guan Eng
Mahkamah memerintahkan Raja Petra membayar ganti rugi am dan teruk sebanyak RM600,000 serta kos RM10,000 kepada anak guamnya.