Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menegur bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat beliau mempunyai hak untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata ini berpunca daripada sikap Dr Mahathir yang percaya bahawa beliau merupakan individu yang telah berusaha keras untuk menjadikan Najib sebagai perdana menteri.
Ini, katanya sama seperti apa yang orang di Amerika Syarikat kata iaitu "If I can hire, then I can fire (Jika saya boleh ambil bekerja, oleh itu saya boleh pecat)."
"Sebenarnya ini adalah tidak benar dan merupakan salah tanggapan. Dr Mahathir bukan bos atau majikan Najib yang boleh memecat beliau sesuka hatinya," katanya menerusi catatan dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my.
Sesetengah orang, katanya mungkin mengelarnya delusi atau khayalan untuk seseorang itu fikir yang beliau boleh menentukan siapa patut dan tidak patut memimpin negara, seolah-olah sistem demokrasi tentang bagaimana pemimpin dan kerajaan dalam sesebuah negara dipilih, sudah tidak lagi wujud.
"Dr Mahathir mungkin boleh membuat dakwaan itu apabila membabitkan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Lagipun beliau yang melantik Abdullah sebagai timbalannya dan akhirnya meletak jawatan dan menyerahkan kepimpinan negara kepada Abdullah," katanya.
Salleh berkata sebenarnya Abdullah yang telah melantik Najib sebagai timbalannya, dan jika ada sesiapa yang boleh mendakwa bahawa beliau yang bertanggungjawab menjadikan Najib sebagai perdana menteri, pastinya Abdullah yang wajar membuat dakwaan itu.
Menteri itu mengambil perhatian bahawa pada 2013, Najib menerajui Barisan Nasional dalam pilihan raya umum dan parti pemerintah telah memenangi pilihan raya itu.
"Jadi, pada 2013, rakyat atau pengundi, dan bukan Dr Mahathir, yang menjadikan Najib sebagai perdana menteri. Dr Mahathir hanya seorang daripada 11 juta pengundi," katanya.
Salleh seterusnya berkata UMNO yang telah memilih Najib sebagai presiden, dengan itu menjadikan beliau pemimpin UMNO yang telah dipilih oleh anggota parti secara sah.
"Sekurang-kurangnya tiada dakwaan tentang berlakunya penipuan semasa pemilihan parti dan Najib tidak membatalkan pendaftaran UMNO untuk menutup penipuan seperti apa yang Bapa Merdeka, almarhum Tunku Abdul Rahman, dakwa Dr Mahathir telah lakukan pada 1987," katanya.
Bernama
Sat Sep 26 2015
![Salleh perjelas salah tanggapan siapa jadikan Najib perdana menteri Salleh perjelas salah tanggapan siapa jadikan Najib perdana menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81441987656_SALLEHSAIDKERUAK.jpg)
SALLEH: Dr Mahathir bukan bos atau majikan Najib yang boleh memecat beliau sesuka hatinya.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705151366_AaronAgoDagang.jpg)
Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron
Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan dalam memupuk nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.
![Pemimpin Arab, Islam seperti tiada maruah di mata dunia Barat - Tun Mahathir Pemimpin Arab, Islam seperti tiada maruah di mata dunia Barat - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699950678_Palestinian.jpg)
Pemimpin Arab, Islam seperti tiada maruah di mata dunia Barat - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, kesombongan dan kebiadaban Israel, serta sikap tidak mempedulikan hak nilai kemanusiaan, melebihi kejahatan penjajah yang lampau.
![Saman Halim Saad: Tun M, dua pihak lagi diarah fail pembelaan Saman Halim Saad: Tun M, dua pihak lagi diarah fail pembelaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690534978_TBtunm.jpg)
Saman Halim Saad: Tun M, dua pihak lagi diarah fail pembelaan
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memberi masa sehingga bulan depan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain, memfailkan pembelaan berhubung kes saman ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad.
!['Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa' 'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664267682_SyedSaddiq.jpg)
'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'
Syed Saddiq bidas dakwaan beliau adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad susulan gesaannya kepada barisan kabinet untuk mengisytiharkan harta.
![Tidak mustahil Pas kembali berkawan dengan DAP - Mat Sabu Tidak mustahil Pas kembali berkawan dengan DAP - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681623000_MohamadSabuKotaB.jpg)
Tidak mustahil Pas kembali berkawan dengan DAP - Mat Sabu
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ia berlaku kerana Pas kini berkawan dengan musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677848946_TBSaifuddinNasution.jpg)
Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin
Saifuddin tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir, berhubung kritikan yang disuarakan bekas perdana menteri itu kepada kerajaan.
![Terlalu awal untuk hakimi Kerajaan Perpaduan gagal - Fadillah Terlalu awal untuk hakimi Kerajaan Perpaduan gagal - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676699099_FadillahYusof.jpg)
Terlalu awal untuk hakimi Kerajaan Perpaduan gagal - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak menghakimi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam tempoh singkat ini sebagai 'gagal.'
![PRU15: GTA pertaruh calon di 121 kerusi Parlimen PRU15: GTA pertaruh calon di 121 kerusi Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666991417_TunMMukhrizPeju.jpg)
PRU15: GTA pertaruh calon di 121 kerusi Parlimen
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali akan mencuba nasib di kerusi parlimen Rantau Panjang.
![Isu Pulau Batu Puteh: Kemungkinan terdapat kecuaian Dr Mahathir - PM Isu Pulau Batu Puteh: Kemungkinan terdapat kecuaian Dr Mahathir - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663932315_TunDrMahathir.jpg)
Isu Pulau Batu Puteh: Kemungkinan terdapat kecuaian Dr Mahathir - PM
Ia dikemukakan oleh Pasukan Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 30 September dan 7 Oktober lalu
![Kerajaan pimpinan GTA hormat undang-undang, pemimpin bebas dari jenayah - Tun M Kerajaan pimpinan GTA hormat undang-undang, pemimpin bebas dari jenayah - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663556701_TBtunm.jpg)
Kerajaan pimpinan GTA hormat undang-undang, pemimpin bebas dari jenayah - Tun M
Tun M berpandangan GTA merupakan alternatif bagi pengundi yang sudah muak dengan UMNO dan BN.