KUALA LUMPUR: Datuk Seri Salahuddin Ayub akan dikenang sebagai pejuang rakyat terutama dalam isu kenaikan kos sara hidup dengan memperkenal pelbagai inisiatif di bawah 'Payung Rahmah.'
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam ini setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak pada usia 61 tahun.
Salahuddin meninggalkan seorang balu, Datin Seri Fatimah Taha, dan enam anak.
Dilahirkan pada 1 Dis 1961, Salahuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Serkat di Pontian, Johor dari 1967 hingga 1973 sebelum ke Sekolah Menengah Inggeris Teluk Kerang, Pontian (1974-1976).
Anak kelahiran Tanjung Piai itu kemudian menyambung pendidikan di Sekolah Menengah Sri Perhentian, juga di Pontian, sehingga tamat tingkatan lima sebelum melanjutkan pengajian dalam tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat.
Selepas menamatkan alam persekolahan, Salahuddin mengikuti program Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 1984.
Menyingkap perjalanan politik Allahyarham, beliau bukanlah nama asing dalam arena politik negara dan berjaya menempa nama sehingga dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) pada 2015.
Salahuddin juga pernah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Pontian dari 1981 hingga 1983 sebelum bergiat aktif dalam kancah politik setelah menyertai PAS pada 1983.
Beliau memegang pelbagai jawatan penting dalam parti itu bermula dengan Naib Yang Dipertua PAS Pontian (1983-1987) hingga yang tertinggi iaitu Naib Presiden PAS Pusat (2009-2015).
Pada 2004, PAS memilih Salahuddin untuk bertanding di Parlimen Kubang Kerian, Kelantan dan beliau menjadi wakil rakyat di kawasan itu selama dua penggal.
Bagaimanapun, Salahuddin bertindak keluar parti dan menyertai Amanah pada 31 Ogos 2015 selepas berlaku konflik dalaman antara ahli PAS ketika itu.
Tiga tahun kemudian, Timbalan Presiden Amanah itu menang bertanding di kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 atas tiket Pakatan Harapan (PH) serta dilantik menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum kerajaan PH tumbang pada Februari 2020.
Pengerusi PH Johor itu mengulangi kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri pada Mac 2022 dan Pilihan Raya Umum ke-15 sebelum dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Ketika memegang jawatan itu, Salahuddin melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah jenama Payung Rahmah bagi membantu rakyat menghadapi pelbagai cabaran berhubung kenaikan kos sara hidup terutama ketika negara dan ekonomi sedang pulih daripada kesan pandemik COVID-19.
Salahuddin juga dilihat sentiasa turun padang bagi memastikan bekalan barangan mencukupi dan usaha beliau itu sedikit sebanyak berjaya menurun serta menstabilkan harga barangan asas selain mengurangkan kesan inflasi terhadap pengguna di dalam negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2023
Salahuddin meninggalkan seorang balu, Datin Seri Fatimah Taha, dan enam anak.- - Gambar FB Salahuddin Ayub
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Pesara guru maut ditikam anak lelaki
Seorang pesara guru maut akibat ditikam anak lelakinya di rumahnya di Kampung Senaling, Kuala Pilah di sini, petang tadi.
Pahang rekod 1,409 kes demam denggi, lima kematian
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) merekodkan sebanyak 1,409 kes demam denggi dengan lima kematian setakat 28 Sept lepas.
'Isteri ku yang tercinta...' - Ikang Fawzi reda pemergian pelakon Marissa Haque
Ikang yang juga pelakon berusia 64 tahun masih diselubungi kesedihan selepas kematian mengejut isterinya, Marissa Haque pada Rabu.
Aktres senior Indonesia, Marissa Haque, meninggal dunia
Marissa menghembuskan nafas terakhir di bilik tidur kediamannya, dan ditemui oleh suaminya, aktor Ikang Fawzi.
Penghantar makanan maut langgar kotak kuasa TNB
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 September 2024.
Bekas pensyarah USM Prof Dr Ahmad Atory meninggal dunia
Penganalisis politik Ahmad Atory telah berkhidmat di USM sebagai pensyarah selama tujuh tahun, iaitu dari 2008 hingga 2015.
Ketua Penyelidik My #QuranTime meninggal dunia
Menurut isterinya, Rusamiah Ismail, Allahyarham Safri dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit gigi yang teruk dan pitam.
Bekas Presiden MTBC P S Nathan meninggal dunia
Berita duka itu diumumkan MTBC yang menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar buat seluruh komuniti boling.
Wanita warga emas tinggal sendirian ditemui meninggal dunia
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik utama rumahnya di Jalan Pulau Semut, Solok Duku, Masjid Tanah di sini semalam.