KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa selepas Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan di Dewan Rakyat minggu lepas, penjual dilarang menjual produk rokok termasuk vape dan e-rokok kepada golongan bawah umur.
Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Ahmad Hanir Hambaly berkata memandangkan Rang Undang-Undang (RUU) itu telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 30 Nov lepas, mereka yang di bawah 18 tahun juga tidak boleh merokok (vape yang mengandungi nikotin dan e-rokok).
"Penjualan dan pembekalan racun termasuk nikotin kepada golongan itu adalah menyalahi undang-undang seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 13 Rang Undang-Undang tersebut.
"Sesiapa yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi setahun," katanya semasa berhujah di hadapan Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Menurut Ahmad Hanir, antara peruntukan yang terkandung dalam rang undang-undang itu termasuk larangan penjualan dan penggunaan rokok, produk tembakau, produk merokok dan produk pengganti tembakau kepada golongan bawah umur.
"Ia juga menyaksikan pemansuhan peruntukan untuk generasi penamat (GEG) iaitu larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi individu yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya," katanya.
Beliau juga berhujah bahawa Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa tidak melampaui kuasanya apabila membuat keputusan untuk mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.
Ini kerana pengecualian itu dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Racun yang membenarkan menteri meminda Senarai Racun.
"Dengan membuat pengecualian itu, nikotin yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan alat elektrik dalam bentuk cecair atau gel adalah penyediaan yang dikecualikan dan oleh itu tidak termasuk dalam maksud 'racun'.
"Oleh itu, saya berhujah bahawa permohonan ini perlu ditolak oleh mahkamah ini kerana keputusan responden pertama (Dr Zaliha) dibuat berdasarkan undang-undang," tambahnya.
Pada 14 Okt, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Pertubuhan Malaysian Green Lung (MGLA) dan Voice of the Children (VOC) sebagai pemohon mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk memulakan semakan kehakiman terhadap Kementerian Kesihatan dan kerajaan sebagai responden.
Ketiga-tiga NGO itu memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 30 Jun, untuk membatalkan sebahagian daripada Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) yang dibuat oleh responden pertama pada 31 Mac dan memohon pengisytiharan bahawa arahan itu adalah tidak sah.
Sementara itu, peguam Edmund Bon, yang mewakili ketiga-tiga NGO itu berhujah bahawa RUU baharu itu masih belum disahkan menjadi undang-undang oleh Dewan Negara, justeru belum ada undang-undang yang boleh dikuatkuasakan terhadap penjualan cecair dan produk gel yang mengandungi nikotin kepada kanak-kanak.
Beliau berkata apabila Dr Zaliha membuat keputusan nyahsenarai nikotin pada 31 Mac, tiada undang-undang pada masa itu melarang penjualan produk ini kepada golongan bawah umur.
Hakim Wan Ahmad Farid menetapkan 7 Feb tahun depan untuk keputusan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023

Ahmad Hanir berkata memandangkan RUU itu telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 30 Nov lepas, mereka yang di bawah 18 tahun juga tidak boleh merokok. - Gambar fail/Bernama

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.

Salah jual produk nikotin kepada bawah umur kerana RUU telah dilulus - SFC
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, penjual dilarang menjual produk rokok termasuk vape dan e-rokok kepada golongan bawah umur.