SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) hari ini, ke Jumaat kerana saksi pendakwaan terakhir kes itu dijangkiti COVID-19.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran memberitahu Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bahawa saksinya yang merupakan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memaklumkan perkara itu pada lewat malam tadi.
Raja Rozela berkata, pihaknya akan memanggil saksi pendakwaan ke-18 itu selepas dia disahkan pulih daripada jangkitan berkenaan.
"Pihak kami dimaklumkan pada lewat malam tadi, pegawai penyiasat kes ini positif COVID-19. Jadi, kami tidak dapat memanggil dia hari ini.
"Kami mohon agar tarikh bicara pada minggu ini dikekalkan. Kami ingin mengambil kira bahawa jika saksi sihat pulih semula, sudah negatif, kami ingin memanggil saksi tersebut hadir pada Jumaat (29 Julai)," katanya.
Raja Rozela, yang mengetuai pasukan pendakwaan, turut memohon tarikh perbicaraan pada Ogos dikekalkan supaya dapat meneruskan prosiding itu.
"Sudah banyak tarikh bicara ditetapkan. Kita ada beberapa lagi pada Ogos ini, jika tiada aral melintang, perbicaraan boleh diteruskan ke tarikh itu," katanya.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan tarikh sambung bicara pada 10, 11, 12 dan 24 Ogos.
Dalam perbicaraan itu, pendakwaan diwakili Raja Rozela, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob dan Zander Lim Wai Keong manakala Ahmad Zahid diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh.
Ahmad Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementerian Dalam Negeri.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1,150,000; RM3 juta; 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022

Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan perbicaraan kes Ahmad Zahid Hamidi ke Jumaat kerana saksi pendakwaan terakhir dijangkiti COVID-19. - Gambar fail BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Op Sky: Enam lagi individu direman
Enam lagi individu melibatkan pegawai dan bekas pegawai institusi perbankan, direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah.

SPRM tahan empat lagi individu disyaki terbabit kes rasuah pinjaman peribadi
SPRM menahan empat lagi individu kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukakan sebuah syarikat perunding kewangan.

Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.

Rasuah RM10,000, bekas Pengarah Maritim Tanjung Sedili diarah bela diri
Mahkamah mengarahkan Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili, membela diri atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000, empat tahun lalu.

Ahli perniagaan dilepas, dibebaskan dua pertuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan seorang ahli perniagaan daripada dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah, lima tahun lepas.

SPRM reman wanita di Melaka, kes rasuah gelaran Datuk Seri
Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pemberian gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri, dua tahun lalu.

'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.

Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.