KUALA TERENGGANU: Keindahan kawasan pantai sepanjang 244 kilometer di Terengganu yang berlatarbelakangkan kepulauan Laut China Selatan sememangnya memukau setiap mata memandang.
Namun pemandangan lautan biru yang mempersonakan itu ada kalanya dicacatkan dengan 'kehadiran' sampah-sarap di pesisir pantai, angkara sikap individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati.
Kecewa dengan keadaan tersebut, kira-kira 100 ahli 'Geng Plastik Ija' (GPI) ('Ija' bermaksud hijau dalam dialek Terengganu) yang antaranya merupakan golongan profesional, sepakat mengambil inisiatif mengutip sampah dan membersihkan kawasan pantai serta pulau pada setiap hujung minggu.
Pengerusi GPI, Zulkefli Sarji berkata sejak pertubuhan itu diwujudkan pada 2017, setiap minggu sudah menjadi kebiasaan buat para ahli memakai baju t-shirt rasmi berwarna hijau dan membawa plastik sampah yang juga berwarna hijau mengutip sampah-sarap di sekitar pantai.
"Pada mulanya hanya saya dan isteri Normazita Ali, 45, sahaja yang melakukan aktiviti ini secara sukarela kerana kami selalu menghabiskan waktu petang dengan berjalan-jalan di pantai. Namun kami berasa 'sakit mata' melihat begitu banyak sampah dan sisa makanan yang ditinggalkan pengunjung jadi kami pun mula mengutip sampah.
"Selepas itu ada pula rakan-rakan kami yang berminat untuk turut serta (mengutip sampah) dan mereka menguar-uarkan aktiviti ini di media sosial. Kemudian ahli kami semakin berkembang sehinggalah tertubuhnya GPI ini," kata jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas yang berumur 52 tahun itu ketika ditemui Bernama pada program pembersihan Pantai Pandak di Chendering, di sini.
Zulkefli berkata pada peringkat awal penubuhan, aktiviti GPI lebih banyak tertumpu di pantai sekitar Kemaman dan Dungun memandangkan kebanyakan ahli berasal dari kedua-dua daerah itu.
Namun pada 2019 seiring dengan pertambahan ahli termasuk dari Kuala Terengganu, GPI telah melebarkan aktiviti mereka ke kawasan pantai sekitar Kuala Terengganu, Marang, Setiu dan Besut.
Zulkefli berkata selain menganggap apa yang dilakukan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab fardu kifayah, mereka juga berharap ia dapat menjadi contoh yang baik dan membuka mata masyarakat untuk turut sama menjaga kebersihan pantai.
"Pantai ini adalah magnet rezeki. Apabila pantai cantik dan bersih akan ramai orang termasuk dari luar Terengganu datang berkunjung. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan ekonomi penduduk tempatan kerana mereka boleh berniaga makanan dan sebagainya," katanya.
Zulkifli berkata pihaknya turut melibatkan penyertaan kumpulan pelajar termasuk daripada pusat tahfiz dan sekolah sebagai usaha melahirkan golongan muda yang lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.
Sementara itu wakil GPI dari Kuala Terengganu, Dr Mohd Arif Hafizi, 31, berkata antara kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh ahli kumpulan itu apabila mereka berjaya mengumpul 389 kilogram sampah hanya dalam tempoh beberapa jam melakukan aktiviti pembersihan di Pantai Kemasik, Kemaman pada Ogos tahun lepas.
Beliau berkata kebiasaannya sebanyak 70 hingga 80 peratus sampah yang terdapat di pesisir pantai merupakan sampah bawaan ombak seperti pukat nelayan dan botol kaca manakala selebihnya adalah sampah yang dibuang oleh pengunjung seperti sisa makanan, tisu dan plastik minuman.
"Walaupun jumlahnya banyak namun sampah bawaan ombak selalunya hanya muncul pada musim tengkujuh sahaja. Berbeza dengan sampah yang dibuang orang ramai, walaupun lebih sedikit tetapi ia ada pada setiap masa tidak kira apa sahaja musim.
"Sampah seperti plastik makanan dan minuman yang paling merisaukan kerana ia susah untuk reput dan mampu mengancam hidupan laut sekiranya dibawa ombak hingga ke tengah laut," katanya yang merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
Dr Mohd Arif yang melakukan aktiviti sukarela tersebut bersama isteri Dr Fatin Nurliyana Mohd Zain, 28, berkata sampah seperti botol plastik, kertas dan sebagainya akan dihantar ke pusat kitar semula.
Seorang peserta termuda, Aufa Irdina Najmi Mohd Nazri, 12, yang berasal dari Kemaman berkata setiap hujung minggu beliau sanggup bangun seawal 5 pagi untuk mengikut bapa Mohd Nazri Abdullah, 47, dan ibu Shamni Mohamad, 45, untuk mengutip sampah di pantai.
"Kalau program pembersihan di pantai yang jauh dari Kemaman seperti Kuala Terengganu, saya dan adik-adik akan bangun lebih awal kerana kami perlu bertolak pada 5 pagi. Walaupun letih tetapi saya seronok kerana selepas pantai dibersihkan kami dapat bermain di persekitaran pantai yang cantik dan bersih," katanya.
Aufa Irdina Najmi yang menyertai aktiviti pembersihan pantai bersama adik-adiknya iaitu Mohd Dafiq Dayan Najmi, 9, dan Aissa Balqish Najmi, 6, juga ingin menjadi contoh kepada rakan-rakan seusianya untuk bersama-sama menjaga kebersihan kawasan pantai dan pulau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 03 2021
Sukarelawan Geng Plastik Ija (GPI) memungut pelbagai jenis sampah sarap seperti botol plastik di sekitar pantai Pantai Pandak, Kuala Terengganu. --fotoBERNAMA
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Netanyahu akan bertemu Trump di Washington D.C
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berada di Washington D.C. pada Selasa bagi mengadakan mesyuarat kerja dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ibu bapa tebusan Israel berterima kasih kepada Trump
Ibu bapa tebusan yang dibebaskan, Agam Berger, pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
Urus 'sampah' jadi duit dengan Pusat Komuniti Sifar Sisa
Di pusat KOSIS, petugas akan menerima sisa pepejal itu dan menimbangnya bagi menentukan jumlah yang perlu dibayar.
Sampah dibuang merata 'kembali' ke rumah tuannya
Penduduk sekitar mengetahui alamat pelaku menerusi sepucuk surat yang tertera maklumatnya yang turut dibuang bersama sampah-sampah yang lain.
Lokasi 'hotspot' sampah haram, jadi taman mini - Datuk Bandar
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, kawasan di Hala Rapat Baru itu pada asalnya merupakan 'hotspot' sampah haram.
Sampah bertimbun di Gaza timbulkan ancaman kesihatan
Membersihkan longgokan sampah di jalanan adalah sukar dan akses ke tapak pelupusan pula mustahil kerana ia berada di kawasan berbahaya.
Kuala Lumpur dicemari sampah ambang tahun baharu 2024
DBKL kesal susulan beberapa lokasi yang menjadi tumpuan sambutan tahun baharu 2024 di Kuala Lumpur dicemari sampah yang bertaburan.
Masalah sampah hantui penduduk Pulau Redang
Masalah sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi berjaya diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan.
Alam Flora jangka kumpul 10 tan sampah pada sambutan Hari Kebangsaan
Sebanyak 125 pekerja bersedia menjalankan tugas pembersihan seawal 5 pagi untuk memastikan kawasan sekitar kekal bersih.
Terowong pejalan kaki Medan Kidd 'terkubur', dipenuhi sampah sarap?
Keadaan kini sangat kotor, tidak terjaga dan dipenuhi sampah sarap selain tidak lagi digunakan dan ditutup bagi tujuan keselamatan.
Kualiti air Sungai Klang bertambah baik, jumlah sampah dikeluarkan catat penurunan
Kualiti air Sungai Klang yang sebelum ini di kelas empat dan lima, kini mencapai kelas tiga serta mencecah kelas pertama pada musim hujan.
Johor tingkatkan usaha bersihkan sungai
Ia bagi memastikan sasaran Sungai Skudai bersih, dapat dicapai sebelum bulan September ini.