KUALA LUMPUR: Polis berjaya melumpuhkan 'Geng Tiger' dengan tertangkapnya seorang penjual sayur di Kampung Tumbok, Tanjung Sepat, Selangor disyaki saki-baki sindiket yang terlibat pelbagai kegiatan jenayah termasuk samun dan bunuh pada Ahad.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, lelaki berusia 35 tahun itu merupakan adik kepada salah seorang ahli geng berkenaan yang ditembak mati oleh polis dalam kejadian tembak menembak di sebuah kondominium di Salak Selatan di sini 18 Jun lalu.
Menurutnya, suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sekitar jam 9.30 malam.
"Selepas ditahan, suspek telah mendedahkan maklumat berkenaan tempat penyimpanan senjata api jenis Colt M-4.
"Dipandu arah oleh suspek, polis menemui senjata tersebut dalam sebuah reban ayam di belakang sebuah rumah di Jalan Kampung Tumbok, Tanjung Sepat Selangor.
"Senjata tersebut dipisahkan dan dibalut dengan plastik lut sinar serta surat khabar. Turut ditemui 69 butir peluru jenis 5.56 millimeter (mm)," katanya pada sidang media di IPK Kuala Lumpur di sini pada Selasa.
Pada 20 Jun, Sinar Harian melaporkan polis menumpaskan kumpulan yang disyaki bergiat aktif melakukan 15 kes jenayah samun dan pecah rumah selepas menahan lapan individu termasuk seorang wanita di sekitar Lembah Klang pada 18 Jun hingga 20 Jun.
Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas dua pucuk pistol semi automatik jenis CZ 75 Compact, sepucuk pistol revolver jenis Smith and Wesson, peluru hidup dan sebutir bom tangan.
Mengulas lanjut Azmi berkata, pihak polis tidak menolak kemungkinan penglibatan geng tersebut dengan kejadian serangan bersenjata dan letupan di dua buah pusat hiburan di ibu negara beberapa tahun yang lalu.
"Senjata itu dipercayai turut digunakan untuk jenayah lain termasuk dadah, samun dan bunuh. Antara tiga senjata api itu, kita percaya ada kaitan kes bunuh tetapi masih dalam siasatan.
"Kita juga percaya mereka ini ada kaitan dengan kongsi gelap dan setakat ini kita dah lumpuhkan kumpulan ini," katanya.
Beliau berkata, keseluruhannya seramai 10 suspek telah direman di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957, manakala seorang ditembak mati. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 28 2022
Azmi (dua, kiri) menunjukkan senapang jenis M4 yang disorokkan dalam sebuah reban ayam pada sidang media di IPK Kuala Lumpur pada Selasa. -Foto Sinar Harian
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
Saki-baki Geng Tiger dicekup
Suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sekitar jam 9.30 malam.