ANDA mungkin sudah mendengar bahawa pasukan saintis dan ahli astronomi antarabangsa telah menunjukkan gambar pertama lohong hitam atau 'black hole', terletak di galaksi kira-kira 500 juta trilion kilometer dari Bumi.
Bagaimanapun, mungkin ramai tidak tahu antara ahli-ahli utama pasukan penyelidikan kajian itu adalah seorang saintis Malaysia.
Dr Kevin Koay, seorang Felo Pasca Doktoral di Institut Astronomi dan Astrofizik Akademia Sinica di Taiwan, menyertai pasukan Event Horizon Telescope (EHT) di institut tersebut ketika projek itu baru bermula.
"Saya adalah sebahagian daripada pasukan pemerhati di James Clerk Maxwell Telescope (JCMT) di Mauna Kea, Hawaii," kata Koay kepada Astro Ulagam.
Beliau juga merupakan salah satu daripada mereka yang berperanan penting dalam mengambil gambar pertama lohong hitam yang kini terkenal di seluruh dunia.
"Ia adalah satu projek yang menarik, saya tidak mampu menolaknya!" katanya ketika ditemu bual melalui emel.
"Saya menyumbang kepada pemprosesan data dari semua teleskop, mengesahkan kualiti mereka, kemudian menjadikannya sebagai gambar pertama itu. Saya berada di dalam salah satu daripada empat 'pasukan gambar' yang ditetapkan untuk membuat imej secara berasingan sebelum membandingkan hasil kami.
"Saya membantu memasukkan keputusan ini ke dalam enam kajian saintifik yang diterbitkan hari ini," katanya pada Rabu.
BACA: Ini dia imej pertama 'black hole'
Ujarnya, dia berasa sangat terharu kerana dapat menjadi antara beberapa orang pertama dalam sejarah yang dapat melihat imej lohong hitam tersebut.
Pada masa sama, dia bukan satu-satunya pautan Malaysia dengan penemuan bersejarah berkenaan. Salah satu pengarang kajian yang diterbitkan itu merupakan seorang saintis Sepanyol yang baru mula bekerja sebagai pensyarah di Universiti Malaya (UM).
"Jadi, anda boleh melihat Universiti Malaya sebagai salah satu penyertaan pada dua kajian EHT yang pertama!" Koay berkata.
Koay sendiri adalah seorang graduan tempatan yang mendapat Sarjana Muda Kejuruteraan dan Sarjana Sains Kejuruteraan dari Multimedia University (MMU) sebelum menamatkan PhD beliau di Curtin University di Australia.
Ketika ditanya mengenai impak penyertaannya dalam pasukan EHT kepada Malaysia dan saintis-saintis Malaysia yang lain, beliau berkata: "Apa yang dimaksudkan ialah 'Malaysia Boleh!' Saya hanya salah seorang daripada ahli-ahli astronomi dan saintis Malaysia di dalam atau di luar negara, yang memainkan peranan dalam memajukan sempadan sains, menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai alam semesta yang menakjubkan ini.
"Lima belas tahun yang lalu, setelah menamatkan pengajian sebagai seorang jurutera dan diilhamkan oleh buku Stephen Hawking, 'A Brief History of Time', saya tidak pernah membayangkan dapat melakukan ini. Jadi, saya selalu memberitahu pelajar Malaysia, anda takkan tahu apa akan berlaku jika anda tidak pernah mencuba!" ujarnya lagi.
Penemuan lohong hitam itu dibuat dengan menggunakan EHT yang terdiri daripada rangkaian lapan teleskop di seluruh dunia. Pasukan EHT, yang terdiri daripada 200 orang penyelidik dari kira-kira 60 institusi di 20 negara, menyifatkan lohong hitam sebagai "raksasa", dengan ukuran 40 bilion kilometer, kira-kira tiga juta kali ganda saiz planet kita.
Astro Ulagam
Thu Apr 11 2019

Dr Kevin Koay terharu kerana dapat menjadi antara beberapa orang pertama dalam sejarah untuk melihat imej 'black hole' tersebut. - Astro Ulagam
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Saintis Malaysia terlibat dalam penemuan imej 'black hole' bersejarah
Seorang saintis Malaysia merupakan antara yang terlibat dalam penerbitan gambar pertama lohong hitam.

Ini dia imej pertama 'black hole'
Imej itu diperoleh daripada analisis komputer selama dua tahun terhadap hasil pemerhatian lapan rangkaian teleskop radio yang letaknya di atas enam gunung dan empat benua.