Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau merasa sangat meluat dengan kenyataan jurucakap Kementerian Luar Israel yang menuduh Malaysia tidak mempunyai semangat Olimpik dan melabel Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai anti-Yahudi.
Saifuddin berkata selama lebih separuh abad, Israel tidak pernah mengendahkan hak tidak terpisah rakyat Palestin sambil melaksanakan dasar dan amalan tidak berperikemanusiaan yang jelas mencabul undang-undang antarabangsa.
"Israel tiada hak untuk bercakap tentang nilai moral apabila mereka sendiri adalah sebaliknya," katanya dalam kenyataan seperti dipetik Bernama pada Jumaat.
Pada Khamis, jurucakap Kementerian Luar Israel, Emmanuel Nahshon mengecam larangan penyertaan atlet Israel dalam acara sukan antarabangsa yang dianjurkan Malaysia dan berkata keputusan itu diinspirasikan oleh sikap anti-Yahudi melampau Dr Mahathir.
BACA: Malaysia tetap pendirian tidak terima penyertaan atlet Israel - Syed Saddiq
BACA: Israel naik angin Malaysia halang kemasukan atletnya
BACA: Israel hipokrit terbesar, cuba gambarkan diri sebagai mangsa - Syed Saddiq
Pada 10 Jan lalu, Dr Mahathir berkata kerajaan Malaysia kekal dengan pendirian tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching bermula 29 Julai hingga 4 Ogos depan.
Saifuddin juga mengulangi Malaysia sentiasa dan akan terus menjadi penyokong tegar perjuangan rakyat Palestin yang disokong oleh komitmen jangka panjangnya ke arah mengembalikan hak dan kebebasan rakyat Palestin.
Astro Awani
Fri Jan 18 2019
Saifuddin berkata, Israel tiada hak untuk bercakap tentang nilai moral apabila mereka sendiri adalah sebaliknya. - Gambar fail
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Presiden baharu Lubnan komited mahu berdialog dengan Syria
Dalam ucapan perasmiannya di parlimen, Aoun mengajak semua pihak untuk membincangkan dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
AWANI Ringkas: Serahan dokumen selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Seorang maut, pesawat ringan meletup di Brazil
Sebuah pesawat ringan yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di perairan pantai Sao Paulo, Brazil, pada khamis
Najib tidak pasti siapa beri nombor akaun bank peribadinya kepada pihak Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pasti siapa yang memberikan nombor akaun bank peribadinya untuk urusan kemasukan sumbangan daripada Arab Saudi.
Jurugambar mengaku tidak bersalah, cederakan pereka fesyen
Seorang jurugambar sambilan mengaku tidak bersakah atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua pereka fesyen, Rabu lalu.
Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Gombak, operasi pemadaman giat dijalankan
Operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Bukit Lagong, Gombak sedang giat dilaksanakan sejak ia berlaku 2 Jan lepas.
BMI jangka BNM kekalkan kadar OPR pada 3.0 peratus
BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.0 peratus pada mesyuaratnya 22 Januari ini.
61 unit Proton e.MAS 7 disediakan bagi Kepengerusian ASEAN 2025
Sebanyak 61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai antara kenderaan rasmi bagi delegasi utama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Malaysia, Jepun muktamad kerjasama bangun sektor tenaga hidrogen Mei ini
Malaysia dan Jepun bakal memuktamadkan kerjasama bagi membangunkan sektor tenaga baharu, hidrogen menjelang Mei ini.
Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.
KBS hasrat teruskan program 'skrin besar'
Ia bagi memberi akses tambahan kepada peminat tanah air menyaksikan acara sukan secara langsung.
Ratu Elizabeth II mangkat: Apa yang akan berlaku kepada acara sukan di UK?
Perlawanan bola sepak pada hujung minggu berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth hampir pasti akan dibatalkan.
Keputusan benarkan penyokong kembali ke stadium dijangka diketahui hari ini
Pengumuman yang dinanti-nantikan oleh penyokong sukan tanah air terutama penyokong bola sepak, dijangka dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya.
PCM mohon lebih banyak acara dipertandingkan sukan Para ASEAN di Hanoi
Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) mencadangkan agar 18 sukan dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN (APG) ke-11.
Sebelum 'mati' lebih baik pindah! Ahli gusti bertopeng Mexico cari cara lain teruskan perjuangan
Kewujudan mereka selama ini dianggap suatu yang 'legendary', namun pandemik COVID-19 telah mengubah segalanya.
Mengapa kecoh dengan banyak acara Sukan Olimpik di Sukan SEA Vietnam?
MOM bimbang kontinjen negara boleh kehilangan 18 pingat emas di Sukan SEA Vietnam berbanding dengan Sukan SEA Manila tahun lepas.
COVID-19: Dua perlawanan Liga Europa berlangsung secara tertutup
Kedua-dua pertemuan pada awal pagi Jumaat ini merupakan perlawanan terbaru yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
Kos penganjuran LTdL 2020 sekurang-kurangnya RM20 juta
Jumlah kos tersebut mungkin meningkat lebih daripada jumlah itu, ekoran faktor logistik bagi perlumbaan di Sabah dan Sarawak.
Jelajah Semenanjung: Tiada tekanan buat pelumba negara
Perlumbaan itu akan menjadi medan persediaan dan penilaian prestasi atlet sebelum Sukan SEA Filipina, November depan.