Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, yang kini menghadiri Mesyuarat Persediaan Majlis Menteri-Menteri Luar bagi Sesi ke-14 Sidang Kemuncak Islam (Sidang Kemuncak OIC) di Jeddah sehingga Jumaat, digesa mengetengahkan ketegangan antara Amerika Syarikat-Iran yang mungkin menjadi konflik serius di Timur Tengah.
Mesyuarat tiga hari di peringkat Menteri Luar bakal membincangkan situasi di Palestin, nasib Rohingya dan pelbagai isu politik yang menjejaskan dunia Islam.
Saifuddin pada Rabu menerima memorandum daripada sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung isu itu, di mana kumpulan tersebut, antara lain menyuarakan bantahan keras mereka terhadap dasar pentadbiran Trump yang sedang membangunkan duluan untuk perang di Iran.
Kumpulan itu, yang diketuai Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid, menyerahkan memorandum kepada Pegawai Tugas Khas kepada Menteri Luar Adli Zakuan Zairakithnaini, yang menerimanya bagi pihak Saifuddin, di Putrajaya.
Gabungan terdiri daripada Sekretariat Majlis Ulama Asia, Pakatan Masjid-Masjid Dunia bagi Mempertahankan Al-Aqsa, Citizens International, Pergerakan Belia Islam Malaysia, Majlis Ulama Malaysia, Sejagat Malaysia, SALIMAH Malaysia, International Relief and Humanitarian Outreach, Yayasan Ilham, G25 dan Pusat Minoriti Islam.
Mohd Azmi, yang dihubungi Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama, berkata lebih banyak NGO dijangka menyertai 'Kempen Hentikan Peperangan.'
Kumpulan itu, dalam memorandum mereka, mahu Malaysia menggesa OIC menghentikan AS daripada meningkatkan operasi ketenteraan terhadap Iran, menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)mengadakan mesyuarat tergempar bagi menghentikan AS daripada mencari alasan untuk menyerang Iran, dan bagi Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar untuk menghentikan Presiden AS daripada melakukan sebarang provokasi yang mungkin mencetuskan peperangan.
Adli Zakuan berkata kandungan memorandum itu "akan diambil kira oleh Menteri Luar dalam pendirian dan perbincangan Malaysia semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar OIC pada 29 Mei di Jeddah dan Sidang Kemuncak OIC pada 31 Mei di Makkah."
Tahun lepas, pentadbiran Trump telah menarik keluar AS daripada perjanjian nuklear antarabangsa Iran 2015 dan mengenakan semula sekatan ke atas Iran yang telah ditarik balik atau dikecualikan sebelum ini di bawah Pelan Bertindak Komprehensif Bersama (JCPOA).
Ketegangan antara kedua-dua negara baru-baru ini telah timbul selepas AS menghantar empat pengebom berat B-52 ke Timur Tengah sebagai respons kepada dakwaan terdapat ancaman Iran ke atas tentera AS di rantau itu.
AS turut mengumumkan bahawa ia akan menghantar sejumlah 1,500 tentera tambahan ke rantau itu, yang mencetuskan kebimbangan berlaku konflik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2019
![Saifuddin digesa ketengah ketegangan AS-Iran di mesyuarat OIC Saifuddin digesa ketengah ketegangan AS-Iran di mesyuarat OIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61555945691_SAIFUDDIN.jpg)
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah digesa mengetengahkan ketegangan antara Amerika Syarikat-Iran. - Gambar fail/BERNAMA
Usah galak pemilikan motosikal berkuasa tinggi, bebankan pengguna - Pakar
Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM, Profesor Dr Law Teik Hua, berpandangan pengenalan program berkenaan akan meningkatkan pemilikan motosikal berkuasa tinggi lalu menyumbang kepada peningkatan lebih 65 peratus kematian setiap tahun di jalan raya.
Infrastruktur berkualiti, pemacu utama kemajuan ekonomi negeri
Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, infrastruktur yang baik akan memudahkan pergerakan barang, perkhidmatan, dan modal insan antara negeri.
[TERKINI] Meta mohon maaf turunkan muat naik PM Anwar berhubung Ismail Haniyeh
Meta Platforms Inc (Meta) membuat permohonan maaf susulan penurunan kandungan daripada akaun Facebook dan Instagram Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, minggu lepas.
[TERKINI] Kerajaan umum kaedah kasar kenaikan gaji penjawat awam bulan ini
Kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan diumumkan secara kaedah kasar terlebih dahulu dalam masa terdekat.
[TERKINI] Perasmian Regional Southeast Asia Human Dignity Conference 2024
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan Program Regional Southeast Asia Human Dignity Conference 2024: "Dignity For Everyone, Everywhere: Best Practices & Success Stories For Building Inclusive Societies" yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni AlMarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di AEC Conference Centre, Kuala Lumpur.
![Polis buka dua kertas siasatan pemandu treler rempuh rumah Polis buka dua kertas siasatan pemandu treler rempuh rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722916684_TBMaut.jpg)
Polis buka dua kertas siasatan pemandu treler rempuh rumah
Polis membuka dua kertas siasatan terhadap pemandu treler yang merempuh sebuah rumah di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722601689_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa susulan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
![Usah galak pemilikan motosikal berkuasa tinggi, bebankan pengguna - Pakar Usah galak pemilikan motosikal berkuasa tinggi, bebankan pengguna - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722915754_Motorbike.jpg)
Usah galak pemilikan motosikal berkuasa tinggi, bebankan pengguna - Pakar
Cadangan program peralihan khas bagi pemegang lesen B1, B2 mendapatkan lesen B penuh, mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding kelebihan.
![Olimpik Paris 2024: Perjuangan belum selesai, tiga sukan jadi tumpuan kem negara Olimpik Paris 2024: Perjuangan belum selesai, tiga sukan jadi tumpuan kem negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722914369_AquaticsCentreSai.jpg)
Olimpik Paris 2024: Perjuangan belum selesai, tiga sukan jadi tumpuan kem negara
Tumpuan kem Malaysia kini tertumpu ke arah sukan berbasikal trek, terjun dan angkat berat yang dipercayai mampu 'membuahkan hasil.'
![Kerajaan umum kaedah kasar kenaikan gaji penjawat awam bulan ini - PM Anwar Kerajaan umum kaedah kasar kenaikan gaji penjawat awam bulan ini - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722914566_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan umum kaedah kasar kenaikan gaji penjawat awam bulan ini - PM Anwar
Kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan diumumkan secara kaedah kasar terlebih dahulu dalam masa terdekat.
![Dunia Islam antara rakan Rusia paling penting, hubungan berkembang dengan mantap, kuat Dunia Islam antara rakan Rusia paling penting, hubungan berkembang dengan mantap, kuat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715817258_DuniaIslam.jpg)
Dunia Islam antara rakan Rusia paling penting, hubungan berkembang dengan mantap, kuat
Perolehan perdagangan antara Rusia dan negara OIC telah meningkat sebanyak 37 peratus dan berjumlah lebih US$156 bilion.
![Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715669727_tbAnwarIbrahimsya.jpg)
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
![China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714137640_tbHajiMohamad.jpg)
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
![OIC, PM Jepun bincang situasi dunia Islam, kerjasama dua hala OIC, PM Jepun bincang situasi dunia Islam, kerjasama dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689575579_FumioKishida.jpg)
OIC, PM Jepun bincang situasi dunia Islam, kerjasama dua hala
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi.
![Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61664623430_MustapaMohamed.jpg)
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
![Piala Dunia Fifa Qatar 2022: Stadium Lusail cerminkan ciri-ciri Islam-Arab Piala Dunia Fifa Qatar 2022: Stadium Lusail cerminkan ciri-ciri Islam-Arab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664899868_TBlusail.jpg)
Piala Dunia Fifa Qatar 2022: Stadium Lusail cerminkan ciri-ciri Islam-Arab
Stadium Lusail yang terletak 20km dari ibu negara Doha direka bentuk untuk mereplikasi tanglung 'fanar'.
![Dr Mahathir pemimpin sebenar dunia Islam - Imran Khan Dr Mahathir pemimpin sebenar dunia Islam - Imran Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71580826964_TunM.jpg)
Dr Mahathir pemimpin sebenar dunia Islam - Imran Khan
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan hari ini menyuarakan kekagumannya terhadap rakan sejawatannya dari Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dianggapnya sebagai seorang pemimpin yang sebenar.
![Isu umat Islam jadi tumpuan Sidang Kemuncak KL Isu umat Islam jadi tumpuan Sidang Kemuncak KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71576654095_TBERDOGAN.jpg)
Isu umat Islam jadi tumpuan Sidang Kemuncak KL
Pentas Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang akan mengetengahkan isu-isu hal ehwal umat Islam, kini sedia menjadi tumpuan dengan para peserta berusaha menentukan hala tuju dunia Islam.
![Hari kedua Sidang Kemuncak Belia mula dengan perhimpunan agung Hari kedua Sidang Kemuncak Belia mula dengan perhimpunan agung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41576634520_TBKLSUMMIT.jpg)
Hari kedua Sidang Kemuncak Belia mula dengan perhimpunan agung
Sidang kemuncak berkenaan, antara lain, membincangkan dan mencari jalan penyelesaian baharu terhadap masalah menimpa dunia Islam serta memperbaiki keadaan umat Islam dan negara Islam.
![Sidang Kemuncak KL cari penyelesaian isu dihadapi dunia Islam Sidang Kemuncak KL cari penyelesaian isu dihadapi dunia Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81576513562_PrimeMinisterTun.jpg)
Sidang Kemuncak KL cari penyelesaian isu dihadapi dunia Islam
Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya bersedia untuk mengetengahkan seruan penyatuan untuk dunia Islam berjuang mendapatkan semula kegemilangan yang pernah dikecapi dahulu.