Pentas Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019 yang akan mengetengahkan isu-isu hal ehwal umat Islam, kini sedia menjadi tumpuan dengan para peserta berusaha menentukan hala tuju dunia Islam.
Pandangan akan terarah kepada perbincangan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula malam ini, sehingga Sabtu.
Sidang kemuncak berkenaan akan diterajui Perdana Menteri dan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terkenal dengan pandangan mengenai isu-isu mengenai dunia Islam.
Turut menyertai beliau pada persidangan itu ialah Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan serta Presiden Iran Hassan Rouhani, menurut kenyataan penganjur sidang kemuncak itu.
Erdogan dan Rouhani telah berada di sini untuk menghadiri sidang kemuncak itu manakala Sheikh Tamim dijangka tiba esok.
Indonesia akan diwakil Naib Presiden Ma'ruf Amin manakala Uzbekistan oleh Penasihat Negara kepada Presiden, Rustam Kasimov.
Kira-kira 450 wakil dari 56 negara Islam menghadiri sidang kemuncak ini yang akan melihat isu seperti kebangkitan Islamophobia, penahanan umat Islam di seluruh dunia dan penghijrahan besar-besaran umat Islam akibat perang saudara.
Para peserta sidang kemuncak itu, yang membawa tema 'Peranan Pembangunan dalam Akses Kedaulatan Negara', terdiri daripada pemikir, intelektual, ahli politik dan pemimpin masyarakat.
Sidang Kemuncak tersebut akan memberi tumpuan kepada tujuh teras utama iaitu pembangunan dan kedaulatan negara, integriti dan tadbir urus yang baik, kebudayaan dan identiti, keadilan dan kebebasan, keamanan, keselamatan dan pertahanan, perdagangan dan pelaburan serta teknologi dan tadbir urus Internet.
Sebagai pengiktirafan kepada pentingnya belia di dunia Islam, buat julung kalinya Sidang Kemuncak Belia KL 2019, diadakan untuk membincangkan peranan belia dalam pembangunan negara-negara Islam.
Bertemakan "Pemberdayaan Belia dalam Menghadapi Cabaran Global", sidang kemuncak dua hari yang berakhir hari ini membincangkan enam sesi dialog kluster.
Persidangan itu bertujuan untuk memperkukuhkan kesejahteraan belia dalam sektor pendidikan, memantapkan ekonomi digital, memperkukuhkan masa depan belia dalam politik, ekonomi dan kelestarian, cabaran IR 4.0 dan menyebarkan integriti dan ketelusan dalam memastikan tadbir urus yang baik.
Resolusi Sidang Kemuncak Belia KL akan dibentangkan kepada pemimpin menghadiri Sidang Kemuncak KL yang bermula malam ini.
Sidang Kemuncak KL dijangka mendapat liputan yang meluas daripada hampir 800 pengamal media tempatan dan antarabangsa.
Bernama
Wed Dec 18 2019

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah berada di sini untuk menghadiri sidang kemuncak itu. - fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kerjasama akademik Iran-Malaysia kukuhkan hubungan terjalin selama beberapa dekad
Kerjasama akademik dan saintifik antara Iran dan Malaysia dijangka semakin kukuh, mencerminkan hubungan diplomatik yang erat selama beberapa dekad.

Dunia Islam antara rakan Rusia paling penting, hubungan berkembang dengan mantap, kuat
Perolehan perdagangan antara Rusia dan negara OIC telah meningkat sebanyak 37 peratus dan berjumlah lebih US$156 bilion.

Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.

China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.

OIC, PM Jepun bincang situasi dunia Islam, kerjasama dua hala
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.

Piala Dunia Fifa Qatar 2022: Stadium Lusail cerminkan ciri-ciri Islam-Arab
Stadium Lusail yang terletak 20km dari ibu negara Doha direka bentuk untuk mereplikasi tanglung 'fanar'.

Dr Mahathir pemimpin sebenar dunia Islam - Imran Khan
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan hari ini menyuarakan kekagumannya terhadap rakan sejawatannya dari Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dianggapnya sebagai seorang pemimpin yang sebenar.

Isu umat Islam jadi tumpuan Sidang Kemuncak KL
Pentas Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang akan mengetengahkan isu-isu hal ehwal umat Islam, kini sedia menjadi tumpuan dengan para peserta berusaha menentukan hala tuju dunia Islam.

Hari kedua Sidang Kemuncak Belia mula dengan perhimpunan agung
Sidang kemuncak berkenaan, antara lain, membincangkan dan mencari jalan penyelesaian baharu terhadap masalah menimpa dunia Islam serta memperbaiki keadaan umat Islam dan negara Islam.