Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias meminta semua pihak bersabar berhubung kontroversi melibatkan Bangunan Tahfiz Darul Barakah di Manjoi, Perak yang diselianya.
Melalui Facebooknya, Mohd Kazim juga meminta orang ramai tidak membuat andaian sehingga menjadi fitnah.
“Macam-macam komen daripada yang betul ditokok tambah sampai jadi macam-macam komen.
“Sedih ada, kesian pun ada...sabarlah. Bukankah besok saya (akan) bagi penjelasan. Janganlah buat andaian atau komen sampai jadi fitnah,” katanya semalam.
Beliau akan mengadakan sidang media di kompleks itu pagi ini bagi menjelaskan kedudukan sebenar susulan tahfiz itu didakwa berdepan masalah kewangan apabila sebahagian bangunan itu ditawarkan untuk dijual melalui satu iklan di sebuah laman sesawang.
Dalam pada itu, beliau yang mengesahkan iklan itu memberitahu sesiapa sahaja boleh hadir pada sidang media itu bagi mendapat penjelasan sebenar.
“Siapa pun boleh datang untuk dengar dan bertanya. Tak perlulah libatkan pihak-pihak yang tak ada kena mengena pun. Sabar ya, esok saya beritahu.
“Saya bukan orang politik, bukan dapat apa-apa kontrak pun. Saya cuma pendakwah dan ada sekolah pondok. Ramai yang sudi bantu pun dah syukur banyak-banyak,” katanya.
Bangunan Tahfiz Darul Barakah yang beroperasi sejam enam tahun lalu itu menempatkan ratusan pelajar tahfiz.
BACA: 'Tiada arahan halang berceramah'
BACA: Kompleks Al Barakah untuk dijual?
Sinar Harian
Tue Jul 10 2018

Gambar yang dikongsi Ustaz Kazim di laman Facebooknya.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Ustaz Kazim masuk pejabat walaupun belum sihat
Ustaz Kazim yang baru keluar hospital petang semalam berkata, beliau rindu sangat dengan Al Barakah.

Ustaz Kazim serah sekolah tahfiz kepada pengurusan baharu
Persetujuan bagi pengambilalihan unit Tahfiz Al-Quran telah termeterai antara kedua-dua pihak dalam satu majlis kontrak penyerahan yang diadakan di pusat tersebut hari ini.

Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah tangguh untuk dijual
Mohd Kazim berkata kerajaan negeri serta beberapa pihak menyatakan kesudian untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pusat pendidikan tersebut.

Sabarlah, jangan buat andaian - Ustaz Kazim
Melalui Facebooknya, Mohd Kazim juga meminta orang ramai tidak membuat andaian sehingga menjadi fitnah.

Kompleks Al Barakah untuk dijual?
Pendedahan terkini itu mengejutkan banyak pihak memandangkan Kompleks Al Barakah sememangnya dikenali sebagai pusat pengajian Islam dan tahfiz Al-Quran terkemuka diusahakan Mohd Kazim.