RANAU:Talian satelit atau V-Sat digunakan oleh kerajaan negeri Sabah sebagai penyelesaian jangka pendek bagi masalah akses Internet di negeri itu.
Peralatan satelit itu akan dimanfaatkan penduduk pedalaman sementara menunggu pencawang baru dibina yang dijangka siap pada tahun 2022.
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yaakub Khan berkata V-Sat yang diletakkan di bawah program Connectivity Sabah Maju Jaya itu akan membantu menyelesaikan masalah Internet khususnya bagi murid dan pelajar yang menjalani Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
"Sebenarnya kita di pihak kerajaan dan kementerian telah pun bersedia dengan perancangan untuk menaik taraf dan penambah luas perkhidmatan jalur lebar ini melalui Program Jendela.
"Namun dengan kaedah pembelajaran atas talian yang berlangsung sekarang ini, kita mengambil inisiatif mencari kaedah penyelesaian jangka pendek agar anak-anak sekolah tidak ketinggalan.
"Kerajaan menerusi Kementerian Sains Teknologi dan Inovas bersma Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan V-Sat iaitu talian melalui satelit.
"Pada hari ini kita laksanakan dan esok anak-anak ini tidak lagi perlu belajar di tempat yang kita berdiri sekarang ini," katanya yang ditemui selepas mengadakan lawatan di Kampung Waluhu, Ranau pada Khamis.
Pada lawatan tersebut Yaakub menyaksikan sendiri suasana pembelajaran pelajar dan murid sekolah yang mengikuti kelas dalam talian di sebuah pondok yang didirikan oleh badan bukan kerajaan (NGO).
Jelasnya sebanyak 300 GigaByte diperuntukkan bagi kampung tersebut dan untuk bulan pertama penggunaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
"Pihak kerajaan melalui kementerian ini juga akan memberikan penggunaan secara percuma selama sebulan mulai ia dipasang pada hari ini.
"Kerajaan akan berikan secara percuma selama sebulan dan selepas itu ia perlu ditanggung oleh ibu bapa dan ia akan menelan belanja sekitar RM10 sebulan bagi penggunaan 1GB untuk pelajar dan murid," jelasnya.
Tambah Yaakub, program tersebut yang bermula hari ini akan diselaraskan ke lima buah kampung di lima buah daerah yang telah dikenal pasti berdepan masalah jalur lebar sebelum diluaskan ke hampir 1500 buah kampung di seluruh negeri.
Katanya, kerajaan melhat serius perkara itu kerana tidak mahu ada lagi jurang penggunaan di bandar dan luar bandar.
"Program ini bukan sahaja dilaksanakan di kampung ini malah ia akan kita perluaskan ke kawsan-kawasan lain.
"Program awal ini kita laksanakan di lima buah kampung dan kita akan melihat pada keberkesanannya dan jika ia mendatangkan manfaat dan membantu menyelesaikan masalah seumpama ini, insya-Allah akan kita perluaskan ke kawasan lain.
BACA: PdPR: Panjat bukit setinggi 150 meter, 5 kali seminggu demi ikuti sesi pembelajaran
"Pihak kerajaan melihat perkara ini dengan serius di mana kita tidak mahu ada jurang perkhidmatan ini antara bandar dan luar bandar," katanya lagi.
Antara daerah terawal yang bakal menerima perkhidmatan tersebut adalah seperti Papar, Penampang dan Sandakan.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Feb 04 2021
![Sabah guna V-Sat bantu pelajar ikuti sesi PdPR Sabah guna V-Sat bantu pelajar ikuti sesi PdPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71612437314_VSATSABAHPDPR.jpg)
Peralatan satelit itu akan dimanfaatkan penduduk pedalaman sementara menunggu pencawang baru dibina yang dijangka siap pada tahun 2022. - Astro AWANI
![Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723720861_TBmerdeka.jpg)
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
Belasungkawa: Nidza Afham dikebumikan di Puncak Alam
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Masjid Puncak Alam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
![Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie' Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723720409_TBmaut.jpg)
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
![PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723451938_TBMohdAzizi.jpg)
PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan
Mohd Azizi menarik balik rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan injunksi sementara bagi menghentikan PRK Nenggiri.
![Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723720349_Kebumi.jpg)
Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Puncak Alam jam 6.30 petang tadi.
![Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi
Proses libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar.
![Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717543_tbAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri
Mahkamah Sesyen mengarahkan bekas Pengarah Urusan BNS Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, dirujuk ke bahagian psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Iran lancar tiga satelit serentak ke orbit Iran lancar tiga satelit serentak ke orbit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706437259_iransatelit.jpg)
Iran lancar tiga satelit serentak ke orbit
Satelit penyelidikan Mahda, Keyhan-2 dan Hatef-1 ditempatkan di orbit pada jarak antara 450 dan 1,100km di atas permukaan Bumi pada Ahad.
![Iran lancar satelit Noor-3 ke orbit di tengah ketegangan dengan AS Iran lancar satelit Noor-3 ke orbit di tengah ketegangan dengan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695823255_TBsatelitnoor.jpg)
Iran lancar satelit Noor-3 ke orbit di tengah ketegangan dengan AS
Bahagian aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah melancarkan Noor-3 menggunakan roket Qassed.
![Teknologi satelit, AI bantu petani perkasa pertanian digital Teknologi satelit, AI bantu petani perkasa pertanian digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693975550_TBANCOMNYLEX.jpg)
Teknologi satelit, AI bantu petani perkasa pertanian digital
Kerjasama ini akan membantu petani meningkatkan hasil mereka sambil mengurangkan kesan alam sekitar pertanian.
![SpaceX lancar 22 satelit Starlink tambahan ke orbit SpaceX lancar 22 satelit Starlink tambahan ke orbit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691390086_SpaceXFalconrock.jpg)
SpaceX lancar 22 satelit Starlink tambahan ke orbit
SpaceX berjaya melancarkan roket Falcon 9 dengan satu lagi muatan satelit Starlink ke angkasa lepas dari Florida lewat Ahad.
![Satelit A-SEANSAT-PG1 berjaya dilancarkan Satelit A-SEANSAT-PG1 berjaya dilancarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687867160_roket.jpg)
Satelit A-SEANSAT-PG1 berjaya dilancarkan
Malaysia mencatatkan sejarah baharu apabila berjaya melancarkan satelit A-SEANSAT-PG1 pada jam 7.36 malam Malaysia.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Indonesia berjaya lancar satelit Satria-1 Indonesia berjaya lancar satelit Satria-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687168173_Indonesiaberjayala.jpg)
Indonesia berjaya lancar satelit Satria-1
Satelit itu yang akan mula beroperasi pada Januari tahun depan menyediakan kualiti internet yang lebih baik ke kawasan luar bandar Indonesia.
![Korea Selatan siap sedia lancar roket buatan sendiri dengan 8 satelit Korea Selatan siap sedia lancar roket buatan sendiri dengan 8 satelit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670002601_SouthKoreaFLag.jpg)
Korea Selatan siap sedia lancar roket buatan sendiri dengan 8 satelit
Korea Selatan bersiap sedia untuk melancarkan roket buatan sendiri Nuri dalam misi menempatkan lapan satelit ke orbit.
![Turkiye lancar satelit cerapan bumi pertama ke angkasa Turkiye lancar satelit cerapan bumi pertama ke angkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681562090_TurkeyTurkiye.jpg)
Turkiye lancar satelit cerapan bumi pertama ke angkasa
Turkiye pada Sabtu berjaya melancarkan satelit cerapan Bumi resolusi tinggi yang pertama yang dikenali IMECE, ke angkasa lepas.
![India lancar 36 satelit OneWeb ke orbit - ISRO India lancar 36 satelit OneWeb ke orbit - ISRO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679821988_TBSATELITINDIA.jpg)
India lancar 36 satelit OneWeb ke orbit - ISRO
Pelancaran itu melengkapkan penggunaan OneWeb yang terdiri daripada lebih 600 satelit di orbit.