KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah pada Sabtu memberi peringatan dan amaran bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas masyarakat atau individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam penganjuran majlis sosial di negeri itu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata peringatan serta amaran tindakan tegas itu susulan situasi semasa COVID-19 di Sabah yang menunjukkan peningkatan kes baharu positif semakin membimbangkan.
Jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 itu berkata pihak penguatkuasa tidak akan berkompromi dalam mengenakan tindakan kompaun sehingga RM10,000 kepada sesiapa yang didapati melanggar SOP ditetapkan.
"Masyarakat atau individu yang mengadakan majlis sosial dan keramaian seperti kenduri, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi serta sambutan hari lahir atau ulang tahun diingatkan supaya memberi kerjasama mematuhi SOP.
"Bagaimanapun, kerajaan negeri menyarankan supaya majlis-majlis seperti ini diadakan secara sederhana atau ditangguhkan buat sementara waktu," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata kerajaan negeri sekali lagi menegaskan untuk tidak membenarkan majlis sosial diadakan di mana-mana kawasan di Sabah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketatkan (PKPD).
Bagi masyarakat di kawasan selain PKP dan PKPD pula, kerajaan negeri menggalakkan pendaftaran majlis menerusi aplikasi Sabah Trace bagi memudahkan pemantauan SOP oleh pihak penguatkuasa.
Masidi juga berkata Sabah semalam melaporkan sebanyak 131 kes positif baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif jangkitan itu di negeri tersebut setakat ini ialah 55,670 kes manakala pesakit sembuh yang dibenarkan keluar hospital pula seramai 70 orang dengan jumlah kumulatif 54,481.
Mengulas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Sabah, Masidi berkata seramai 88,592 individu telah menerima suntikan vaksin setakat ini dengan 39,606 orang daripada mereka melengkapkan suntikan bagi kedua-dua dos.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 10 2021
Masidi berkata peringatan serta amaran tindakan tegas itu susulan situasi semasa COVID-19 di Sabah yang menunjukkan peningkatan. - Bernama
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Belanjawan 2023: Tingkatkan kecekapan pengurusan, kurangkan birokrasi - Masidi
Kerajaan Sabah menyarankan agar Kerajaan Pusat meningkatkan kecekapan pengurusan belanjawan yang diumumkan setiap tahun kepada negeri itu.
Hajiji pengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas rombakan Jemaah Menteri
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri pertama pada Rabu selepas rombakan kabinet minggu lalu.
Tiada cerita politik Sabah, hanya bincang Persidangan Khas DUN - Masidi
Tiada isu lain yang dibincangkan dalam perjumpaan hari ini tetapi berbincang mengenai penyelarasan perjalanan Persidangan Khas DUN.
Politik Sabah: GRS adalah parti politik maka Hajiji ada parti - Masidi Manjun
Kenyataan mengelirukan mengenai dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak berparti selepas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan kenyataan tidak berasas.
Politik Sabah: Dakwaan Bung terhadap Hajiji tidak benar - Masidi
Masidi berkata, tiada merit kepada dakwaan Bung Moktar bahawa Hajiji tidak mempunyai locus standi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.
Hajiji masih dapat sokongan majoriti ADUN Sabah - Masidi
Masidi mendakwa sokongan terhadap Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah turut diberikan oleh tujuh Adun Pakatan Harapan (PH).
Keluar parti: Empat ahli Parlimen tidak terkesan dengan Akta Anti-Lompat Parti - Masidi
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin empat ahli Parlimen gabungan itu tidak terjejas dengan Akta Anti Lompat Parti.
Keputusan untuk tumpukan pada GRS demi kepentingan Sabah, Malaysia - Masidi
Masidi berkata peningkatan retorik agama dan kaum oleh sebahagian parti dari Semenanjung pada PRU15 adalah tidak konsisten dengan nilai kepelbagaian kaum dan agama Sabah dan Sarawak.
DUN Sabah: Tambahan RM68 juta bantu empat teras KKTP
Pertambahan peruntukan RM68.92 juta kepada RM204.03 juta bagi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan menerusi Belanjawan Sabah 2023.