KOTA KINABALU: Kabinet Sabah hari ini memutuskan untuk mengenakan Cukai Jualan Eksport Biojisim Negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata cukai itu akan dikenakan bergantung kepada pelaksanaan Dasar Industri Biojisim Kelapa Sawit bagi mengawal eksport biojisim yang juga diluluskan oleh Kabinet Sabah, hari ini.
Hajiji berkata dasar itu akan dikuatkuasakan dalam tempoh dua tahun dari tarikh kelulusannya selepas Platform Pengumpulan Biojisim Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Sabah beroperasi sepenuhnya dan di bawah penyeliaan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.
"Satu Undang-undang Biojisim Minyak Sawit Sabah juga akan digubal untuk mengawal industri itu," katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet Jabatan Ketua Menteri Sabah di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Ketua Menteri juga memberitahu ketua-ketua jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri bahawa Kabinet Negeri telah mengambil maklum kajian semula pengurusan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Hajiji berkata cukai itu akan dikenakan bergantung kepada pelaksanaan Dasar Industri Biojisim Kelapa Sawit bagi mengawal eksport biojisim yang juga diluluskan oleh Kabinet Sabah. - Gambar Bernama
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Sabah akan kenakan Cukai Jualan Eksport Biojisim Negeri - Hajiji
Kabinet Sabah hari ini memutuskan untuk mengenakan Cukai Jualan Eksport Biojisim Negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Sabah berjaya tarik pelaburan RM100 juta dari Jepun
Sabah memeterai perjanjian pelaburan bernilai RM100 juta antara syarikat Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu dan pemain industri biomas di Jepun.