Sabah memeterai perjanjian pelaburan bernilai RM100 juta antara syarikat Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu dan pemain industri biomas di Jepun.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, urusniaga itu melibatkan perjanjian selama 20 tahun melibatkan syarikat Blue Capital dan syarikat tempatan, Bloosom Bio Energy Sdn. Bhd. (BBE).
Malah menurutnya, pelaburan itu juga membabitkan bekalan produk berasaskan kelapa sawit.
"Alhamdulillah salah satu yang kita lakukan dalam misi ke Jepun hari ini ialah perjanjian pelaburan dari Jepun, sudah pun ditandatangani satu perjanjian dengan sebuah syarikat dari Jepun dan mereka akan meletakkan inisiatif syarikat mereka di POIC Lahad Datu serta akan mengambil masa perjanjian 20 tahun untuk membekalkan produk daripada kelapa sawit ke Jepun," katanya.
Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita Malaysia selepas majlis menandatangani perjanjian itu di Tokyo, Jepun pada Rabu.
Mohd Shafie berada di negara Matahari Terbit itu selama enam hari dalam usaha bertemu dengan pemain industri pelbagai sektor untuk membawa pelaburan ke Sabah.
Ruzaini Zulkepli
Wed Dec 04 2019
![Sabah berjaya tarik pelaburan RM100 juta dari Jepun Sabah berjaya tarik pelaburan RM100 juta dari Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41534842895_MohdShafieApdal.jpg)
Sabah memeterai perjanjian pelaburan bernilai RM100 juta antara syarikat POIC Lahad Datu dan pemain industri biomas di Jepun.
Wartawan Wall Street 'spy' di Rusia?
Proses perbicaan terhadap wartawan Amerika Syarikat, Evan Gershkovich yang didakwa sebagai 'spy' atau pengintip di Rusia bermula pada Rabu. Perbicaraan di bandar Yekaterinburg itu dilaksanakan secara digital dan tertutup atas dasar 'mengandungi maklumat sensitif', kata Kerajaan Rusia.
Mark Rutte, Setiausaha Agung NATO baharu
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dilantik sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Rabu. Berdasarkan laporan agensi berita Jerman (DPA), Rutte menggantikan Jens Stoltenberg dan bakal melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Gemerlapan Olimpik di kota cahaya menanti jutaan pengunjung
Tinggal sebulan sahaja lagi, Paris yang terkenal dengan jolokan Kota Cahaya bakal bergemerlapan dengan sinar sempena acara sukan terbesar dunia - Olimpik 2024. Penganjuran sukan berprestij itu yang dijadualkan bermula pada 26 Julai akan menghimpunkan atlet-atlet terbaik dunia berkampung di Perancis dengan harapan besar melakar sejarah buat negara masing-masing. Meninjau persiapan akhir, Paris kini bersedia buka pintu buat tetamu dari segenap pelusuk dunia.
Singapura rampas lebih AS$4 bilion wang haram sejak 2019
Perkara itu didedahkan selepas skandal pengubahan wang haram besar-besaran mencemarkan reputasi bersih negara pulau itu tahun lalu.
Al Jazeera dedah India salur senjata buat Israel
India didakwa mengeksport roket dan bahan letupan ke Israel ketika perang di Gaza sedang memuncak sehingga membawa peningkatan jumlah kematian penduduk Palestin.
Pendedahan itu dibuat Al-Jazeera menerusi dokumen penerimaan senjata kapal Borkom dari India ketika New Delhi dikatakan sedang cuba menjalinkan 'diplomasi erat' dengan negara rejim itu.
Pendedahan itu dibuat Al-Jazeera menerusi dokumen penerimaan senjata kapal Borkom dari India ketika New Delhi dikatakan sedang cuba menjalinkan 'diplomasi erat' dengan negara rejim itu.
23 disahkan terkorban dalam protes akta cukai di Kenya
Keselamatan awam Kenya tergugat selepas cadangan akta baharu untuk meningkatkan kadar cukai diutarakan oleh kerajaan. Setakat ini sekurang-kurangnya 23 rakyat terbunuh dalam pertempuran yang berlaku pada Khamis di perkarangan Parlimen Kenya di Nairobi.
Inisiatif promosi tenaga hijau perlu giat dipromosi - Rafizi Ramli
Setiap negara di ASEAN mempunyai perkembangan berbeza dalam teknologi hijau dan inisitif baharu sebegitu perlu lebih giat dipromosikan di rantau tersebut.
Tangani kos sara hidup, harga barangan tinggi - peniaga
Tinjauan Astro AWANI di DUN Sungai Bakap mendapati rata-rata peniaga meluahkan rasa terkesan dengan kos sara hidup dan harga barangan yang tinggi selain meminta pihak berwajib melihat perkara ini.
Arca Buddha di Bukit Choras lebih tua daripada Angkor Wat
Penemuan arca Buddha berbentuk manusia dari abad kelapan hingga kesembilan di kawasan Tapak Warisan Arkeologi Bukit Choras, Yan, Kedah menunjukkan kawasan itu sebagai tapak keagamaan yang penting pada ketika itu dan lebih tua berbanding Angkor Wat di Kemboja dan Borobudur di Indonesia.
Tiada pelan jadikan Langkawi pulau pilihan Islam - Sanusi
Kerajaan Negeri Kedah tidak pernah sama sekali menyatakan hasrat untuk menjadikan Pulau Langkawi sebuah pulau pelancongan Islam, tegas Menteri Besar.
![Sabah berjaya tarik pelaburan RM100 juta dari Jepun Sabah berjaya tarik pelaburan RM100 juta dari Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41534842895_MohdShafieApdal.jpg)
Sabah berjaya tarik pelaburan RM100 juta dari Jepun
Sabah memeterai perjanjian pelaburan bernilai RM100 juta antara syarikat Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu dan pemain industri biomas di Jepun.