SRI AMAN: Semua Ahli Parlimen termasuk daripada blok pembangkang diminta menyokong Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana pindaan berkenaan bakal bertindak sebagai "senjata" tambahan dalam menghadapi pandemik COVID-19.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau telah memberi taklimat kepada kepada Ahli-ahli Parlimen pada Isnin lepas, mengenai garis panduan serta beberapa syarat yang perlu dipatuhi dalam pindaan itu sebelum jumlah kompaun dikeluarkan atas setiap kesalahan atau pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pandemik COVID-19.
Katanya garis panduan itu turut melindungi daripada berlakunya kompauan yang terlalu zalim kepada rakyat.
"Tak kanlah kita nak bagi kompaun RM10,000 kalau tidak pakai pelitup muka. Ada syarikat pendapatan berbilion ringgit setahun, jadi kalau akta sedia ada hanya membenarkan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) memberi kompaun RM1,000 kepada kilang yang telah banyak kali menjadi kluster, setelah kita buat penilaian kalau itu silap mereka patutlah ambil tindakan.
Jadi saya minta jangan tempangkan KKM, kalau sekiranya kita tidak dapat pindaan ini. Dari segi perhalusan atau penelitian kita ada garis panduan, ada peraturan dan saya sudah maklumkan kepada pembangkang dan juga semua Ahli Parlimen saya akan bawa garis panduan itu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas," katanya.
Khairy berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Cadangan Membina dan Menyiapkan Hospital Baharu Sri Aman Fasa 2 yang turut dihadiri oleh Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, di sini hari ini.
Pembangunan projek hospital itu terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama terdiri daripada skop Kerja Tanah yang melibatkan Kerja Rawatan Tanah dengan kos projek berjumlah RM8 juta.
Fasa kedua yang melibatkan skop Kerja Bangunan Hospital baharu, kuarters dan bangunan sokongan dengan kos kontrak semasa sebanyak RM181.4 juta.
Mengulas lanjut, Khairy turut menolak dakwaan pembangkang pindaan akta tersebut bersifat punitif.
"Kita dah ada garis panduan supaya tidak ada penyalahgunaan kuasa dan saya merayu untuk bawa pindaan ini kali ini sebab esok hari terakhir (sidang dewan rakyat) kalau tidak kena tunggu sampai bulan tiga (Mac) tahun depan, kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam dua bulan akan datang dengan Omicron dan sebagainya.
Saya tidak mahu jadi punitif...punitif ini last resort (pilihan terakhir) tetapi kita perlu ada semua senjata hadapi pandemik ini. Vaksinasi kita ada, langkah-langkah awal ada, SOP ada, kawalan tetapi tak kan soal isu denda tidak ada?," soal beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berucap pada Majlis Penyerahan Projek Hospital Sri Aman Fasa II, Sarawak hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

RUU Pindaan Akta 342: Jangan tempangkan KKM, kata Khairy
Menurut Khairy, pindaan berkenaan bakal bertindak sebagai "senjata" tambahan dalam menghadapi pandemik COVID-19.