KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 bagi bacaan kali pertama dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, rang undang-undang itu akan dikemukakan oleh Menteri Kewangan.
Selain itu, Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 turut dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri hari ini.
Pada sesi jawab lisan pula, persoalan sekiranya kerajaan bakal melanjutkan pemberian moratorium kepada individu dan perusahaan serta memperkenalkan pemberian moratorium tanpa faedah terakru bakal dibangkitkan Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) kepada Menteri Kewangan.
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) pula meminta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan sekiranya kementerian mempunyai perancangan untuk menjadikan subjek pengurusan kewangan sebagai subjek mandatori di peringkat sekolah menengah bagi mengelak lebih ramai anak muda terdedah dengan masalah kewangan pada masa depan.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) bertanyakan Menteri Pengajian Tinggi mengenai langkah kerajaan dalam memastikan kelangsungan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang kebanyakannya dilaporkan memerlukan bantuan akibat tidak dapat beroperasi seperti biasa dalam tempoh 12 hingga 18 bulan ini disebabkan pandemik COVID-19.
Selain itu, Teo Nie Ching (PH-Kulai) pula meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan bilakah bantuan bulanan RM1,000 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk golongan orang kurang upaya (OKU) akan dilaksanakan.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 32 hari hingga 16 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 27 2021
![RUU Perbekalan 2022 dijangka dibaca kali pertama di Dewan Rakyat hari ini RUU Perbekalan 2022 dijangka dibaca kali pertama di Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632876812_DewanRakyatsidang.jpg)
Selain itu, Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 turut dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama. - Foto fail/BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Rasionalisasi subsidi antara disentuh dalam perbahasan Ahli Parlimen Rasionalisasi subsidi antara disentuh dalam perbahasan Ahli Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698152274_TBDEWANRAKYAT.jpg)
Rasionalisasi subsidi antara disentuh dalam perbahasan Ahli Parlimen
Jimmy Puah berkata, pelaksanaan subdidi bersasar, akan memberi banyak penjimatan kepada kerajaan dalam aspek penguatkuasaan.
![RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Luar diluluskan RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Luar diluluskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61605658162_TBGENERICPARLIMEN.jpg)
RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Luar diluluskan
Sidang Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar, pada Selasa.
![Tempoh genting PN belum berakhir Tempoh genting PN belum berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61606719886_belanjawantengkuz.jpg)
Tempoh genting PN belum berakhir
Tugas getir pastinya menanti Saifuddin yang dijangka berdepan kritikan peruntukan RM85.5 juta untuk jabatan itu yang disifatkan terlalu besar.
![Undi Belanjawan 2021 ditangguh ke Isnin? Undi Belanjawan 2021 ditangguh ke Isnin?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604655290_TengkuDatukSeriZa.jpg)
Undi Belanjawan 2021 ditangguh ke Isnin?
Persoalan itu timbul selepas beberapa sumber memberikan pengesahan kepada pihak media.
![Sistem e-dompet perlu diperluas, tingkat keselamatan Sistem e-dompet perlu diperluas, tingkat keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51576167612_ewallet.jpg)
Sistem e-dompet perlu diperluas, tingkat keselamatan
Senator Datuk Lee Tian Sing berkata sebagai contoh di China, transaksi digital berkenaan digunakan secara meluas dengan bantuan pengendali perkhidmatan seperti Ali Pay.
![Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat dasar Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat dasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51570378470_parlimen.jpg)
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat dasar
Diumumkan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof selepas ia dibacakan dan diputuskan kali kedua melalui undian suara.