PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhasrat menggubal Rang Undang-Undang (RUU) supaya hasil perbelanjaan pengiklanan sedikit sebanyak dikembalikan demi kelangsungan organisasi media di negara ini, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
Berucap pada Perhimpunan Bulanan KKD di sini hari ini, beliau berkata penggubalan RUU itu perlu dilakukan kerana tidak mahu melihat lebih ramai pengamal media kehilangan kerja atau terpaksa hadapi keadaan Skim Pemisahan Sukarela (VSS).
Katanya hasrat kerajaan itu juga bagi menghantar isyarat kepada syarikat gergasi seperti Google, Meta dan TikTok supaya diadakan pertemuan membincangkan perkara berkaitan kerana keadaan itu sedikit sebanyak disebabkan oleh perbelanjaan pengiklanan dibawa keluar negara oleh syarikat gergasi.
"Kita lihat kesan kepada organisasi media ini sangat besar. Ramai yang terpaksa melepaskan pekerja dan ini bagi saya kerajaan tidak boleh pandang ringan.
"Maka saya berhasrat untuk memanggil dan mengusahakan penggubalan satu RUU khusus untuk mengembalikan perbelanjaan pengiklanan kepada organisasi media di Malaysia," katanya.
Sementara itu, Fahmi berkata Tabung Kasih @ HAWANA perlu dirancakkan kerana isu kebajikan khususnya pengamal media menjadi keutamaan KKD dan progam ziarah terhadap pengamal media dilakukan lebih kerap.
Katanya selain membantu kebajikan pegamal media, program ziarah itu juga membantu KKD memahami realiti isu telekomunikasi termasuk Internet serta masalah lain yang dihadapi rakyat.
Tabung Kasih @HAWANAmerupakan inisiatif KKD dan dilaksanakan menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi membantu wartawan veteran dan bekas pengamal media yang uzur serta berdepan kesukaran hidup.
Fahmi dalam pada itu juga mahu supaya RUU Majlis Media Malaysia disegerakan dan dimuktamadkan tidak lewat dari Mac tahun hadapan supaya ia dapat dibawa ke Parlimen untuk diluluskan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023

Fahmi berkata penggubalan RUU itu perlu dilakukan kerana tidak mahu melihat lebih ramai pengamal media kehilangan kerja atau terpaksa hadapi keadaan VSS. - Gambar fail/Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.

RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.

RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15
Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada sidang Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-15, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

RUU penubuhan Majlis Media Malaysia kini di peringkat akhir - Fahmi
Penubuhan majlis media itu mengambil sedikit masa kerana ia melibatkan proses dengan Jabatan Peguam Negara, dan perlu dipertimbang serta diputuskan oleh Jemaah Menteri.

RUU digubal kembalikan perbelanjaan pengiklanan kepada organisasi media
KKD berhasrat menggubal RUU supaya hasil perbelanjaan pengiklanan sedikit sebanyak dikembalikan demi kelangsungan organisasi media di negara ini.

RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang di Parlimen selewatnya Mac 2024 - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Mac tahun hadapan.