KUALA LUMPUR:Satu cadangan Rang Undang-Undang (RUU) baharu berhubung gangguan seksual diusulkan di Dewan Rakyat hari ini agar ia dibahaskan pada persidangan akan datang.
Usul berhubung RUU itu dikemukakan oleh Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto selepas lebih 17,500 menandatangi petisyen tersebut menerusi laman web Change.org, setakat Oktober lalu,
Jelas Kasthuriraani, perbahasaan berkenaan RUU tersebut penting untuk memastikan hak mangsa gangguan seksual terbela, selain menambah baik kelemahan undang-undang sedia ada.
"Saya membawa sebuah rayuan kepada Majlis Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 19. Rayuan ini adalah daripada seramai 512 rakyat Malaysia.
"Bahawa seramai 1/3 wanita dan 1 daripada enam lelaki di Malaysia mengalami gangguan seksual; bahawa terdapat kelemahan yang serius terhadap undang-undang sedia ada.
"Bagi menangani gangguan seksual akibat kelemahan undang-undang, pemandiri (mangsa gangguan) tersekat untuk mendapatkan keadilan, pemangsa dapat mengelak dari undang-undang dan undang sedia ada bukanlah penghalan kepada gangguan seksual," katanya di Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.
Jelas beliau, perayu-perayu yang mengemukakan petisyen tersebut memohon agar Dewan Rakyat mengambil maklum masalah kritikan mengenai gangguan seksual yang mengugat keselamatan rakyat negara ini.
Cadangan dikemukakan Kasthuriraani kemudian disokong oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan, menyifatkan ia sebagai usul yang baik dan melangkaui isu politik.
Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika menjawab mengenai permohonan tersebut memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima petisyen berkenaan.
Katanya, Majlis Dewan Rakyat sedang meneliti dan mempertimbangkan petisyen berkenaan.
Hasimi Muhamad
Thu Dec 17 2020
Jelas Kasthuriraani, perbahasaan berkenaan RUU tersebut penting untuk memastikan hak mangsa gangguan seksual terbela, selain menambah baik kelemahan undang-undang sedia ada. - Gambar fail
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Deklarasi Doha seru gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Deklarasi Doha dengan tumpuan pada "Diplomasi Sukan," menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Israel tidak mahu perdamaian, hanya tambah musuh
Alternatif seperti menjadikan mana-mana negara lain di Asia Barat sebagai sekutu kuat AS tidak berkesan kerana ia membawa kepada pengabaian terhadap Palestin.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.
Thailand sedia bawa keluar pekerja dari Israel susulan konflik yang semakin memuncak
Jurucakap Kementerian Luar Thailand Nikorndej Balankura menegaskan komitmen kerajaan Thailand untuk memastikan keselamatan warganya di wilayah itu.
E-Invois: LHDN pastikan semua data selamat, terpelihara
Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, LHDN memperuntukkan dana yang besar dalam membangunkan sistem itu.
Ketua tentera Myanmar seru pulihkan keamanan untuk tarik semula pelancong
Ketua tertinggi tentera Myanmar meminta pengusaha pelancongan untuk mempromosi pelancongan yang selamat dengan tema "Pelancongan dan Keamanan".
Pengundian Pilihan Raya Presiden Sri Lanka berakhir dengan aman
Kira-kira 63,000 pegawai polis ditugaskan untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar dan selamat.
Ketahui ancaman tersembunyi perbuatan merokok, hisap vape kepada orang tersayang
"Dengan vape, anak-anak muda secara tidak sengaja menjadi tikus putih dalam eksperimen yang tidak terkawal."
Diplomasi pertahanan, perbincangan peringkat global penting untuk kekalkan keamanan - Mohamed Khaled
SDD menyediakan platform untuk berkongsi cabaran ancaman keselamatan dan bertukar-tukar maklumat pertahanan antara satu sama lain.
Pastikan anak-anak dihantar ke taska berdaftar di bawah JKM - KPWKM
Orang ramai boleh memperoleh senarai taska berdaftar melalui semakan di laman sesawang JKM di www.jkm.gov.my.
Amaran cuaca buruk di wilayah utara dan selatan Thailand
Cuaca buruk itu disebabkan monsun barat daya yang kuat di Laut Andaman dan Teluk Thailand, ditambah dengan kesan limpahan daripada Taufan Yagi.
Polis mampu tangani elemen ekstremis dalam negara - Saifuddin Nasution
Walaupun terdapat petunjuk bahawa aktiviti ekstremis sedang meningkat, PDRM berkeupayaan untuk mematahkannya.
Taufan Shanshan: Rakyat Malaysia di Jepun dinasihatkan berwaspada, berhati-hati
Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo turut menggesa rakyat Malaysia supaya mengelakkan perjalanan yang tidak perlu di kawasan terjejas.