KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mengumumkan pelantikan semula Rusli Jaafar sebagai Pengerusi Eksekutif SKM berkuat kuasa 1 Jun hingga 31 Mei 2025.
SKM dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Seksyen 11(3)(a) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 (Akta 665).
Penyampaian watikah pelantikan telah disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Rusli yang berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berkhidmat di SKM selama 30 tahun bermula di Jabatan Pembangunan Koperasi.
"Sepanjang tempoh tersebut beliau memegang jawatan sebagai pengarah di beberapa bahagian ibu pejabat dan negeri sehingga di peringkat pengurusan tertinggi SKM.
"Dengan pelantikan ini, Ahli Lembaga Pengarah serta seluruh warga kerja SKM mengucapkan tahniah," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini Rusli dilantik memegang jawatan Pengerusi Eksekutif SKM pada 1 Dis 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023

Penyampaian watikah pelantikan Rusli (kiri) telah disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick. - Foto SKM
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Hanya 10 peratus masjid di Malaysia tubuh koperasi kariah - SKM
Hanya 10 peratus atau 657 daripada lebih 6,000 masjid di seluruh Malaysia menubuhkan koperasi kariah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Rusli Jaafar.

Rusli Jaafar dilantik semula Pengerusi Eksekutif SKM
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengumumkan pelantikan semula Rusli Jaafar sebagai Pengerusi Eksekutif SKM berkuat kuasa 1 Jun hingga 31 Mei 2025.

Rusli Jaafar dilantik Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Rusli Jaafar dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang baharu berkuat kuasa 1 Dis 2022.