KUALA LUMPUR: Rusia mengalu-alukan minat Malaysia terhadap BRICS dan akan membantu untuk mempromosikan minat itu, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Ahad.
"Malaysia telah menyatakan minat untuk mengukuhkan hubungan dengan BRICS.
"Kami secara aktif menyokong minat ini dan selaku pengerusi akan membantu mempromosikan minat ini," kata menteri itu semasa sidang media selepas lawatannya ke Malaysia, menurut laporan Sputnik.
Terdahulu, Lavrov melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya di mana kedua-dua pemimpin membincangkan hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi BRICS.
Beliau juga telah menghadiahkan beberapa buah buku kepada pemimpin Malaysia, termasuk karya Alexander Pushkin dan penulis Rusia lain serta karya penyair Malaysia yang diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia.
Secara berasingan, Sputnik juga melaporkan bahawa Lavrov, dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengingatkan Menteri Luar itu mengenai undangannya untuk melawat Rusia.
Mohamad dan Lavrov telah menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan selama seminggu di Laos, yang berakhir semalam.
Kementerian Luar Rusia dalam Telegram rasminya berkata semasa pertemuan itu, kedua-dua Menteri Luar turut bertukar nota mengenai penubuhan kerjasama antara Akademi Diplomatik Kementerian Luar Rusia dan Institut Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa Kementerian Luar Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) ketika menerima kunjungan hormat Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov di Kompleks Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Rusia sambut baik minat Malaysia terhadap BRICS - Lavrov
Rusia mengalu-alukan minat Malaysia terhadap BRICS dan akan membantu untuk mempromosikan minat itu, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov.