KUALA LUMPUR: Dua wanita maut, manakala tiga lagi termasuk pemandu van kilang terselamat selepas kenderaan itu dihempap runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata semua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan sudah berjaya dikeluarkan malam ini.
"Dua wanita maut, dua lagi wanita terselamat dan seorang pemandu van iaitu lelaki turut terselamat," katanya pada sidang media di sini, malam ini.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, dalam kejadian sekitar jam 5.58 petang itu, lima mangsa yang menaiki sebuah van kilang dipercayai terperangkap dalam runtuhan berhampiran Desa Tun Razak.
Insiden itu telah menyebabkan kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.
BACA: Lima dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan binaan SUKE
BACA: Konkrit hempap kereta: Kontraktor utama, subkontraktor SUKE dikenakan penalti RM180,000
Pihak bomba dalam satu kenyataan sebelum ini, memaklumkan menerima panggilan sekitar jam 5.58 petang sebelum mengerahkan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi serta BBP Jalan Hang Tuah, Bandar Tun Razak dan Cheras ke lokasi kejadian.
Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd (PROLINTAS), pemaju bagi projek pembinaan SUKE dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa terdapat satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori treler yang membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan SUKE lewat petang tadi.
Bagaimanapun lori treler tersebut tidak terlibat di dalam pembinaan SUKE.
Astro Awani
Wed Mar 03 2021
Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Runtuhan struktur besi binaan SUKE: Mangsa sempat berhubung dengan suami ketika terperangkap
Zakiah Yaakop, 51 , merupakan seorang daripada lima mangsa yang terperangkap dalam sebuah van kilang yang dihempap runtuhan struktur besi.
Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 'Jangan buat spekulasi' - Menteri Kerja Raya
Fadillah mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan penuh berkenaan kejadian dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 2 mangsa disahkan maut, 3 selamat - Polis
Dalam kejadian sekitar jam 5.58 petang itu, empat hingga lima mangsa yang menaiki sebuah van kilang dipercayai terperangkap dalam runtuhan berhampiran Desa Tun Razak itu.