Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini sepadan dengan kereta milik penjual nasi, Lim Chin Aik.
Beliau berkata penemuan itu sekali gus merungkai laporan kehilangan seorang lelaki berusia 44 tahun sejak hari kejadian iaitu pada Khamis lepas.
"Polis buka kertas siasatan berdasarkan laporan orang hilang. Berdasarkan laporan yang dibuat isteri mangsa sehari selepas kejadian, kami dapati butiran yang diberikan sepadan dengan bukti-bukti yang ditemui," katanya kepada pemberita di lokasi malam Sabtu.
Isteri Lim, Lee Chai Song, 48, membuat laporan berhubung kehilangan suaminya pukul 3 petang Jumaat.
Lee berkata suaminya yang memandu kereta jenis Honda City berwarna kelabu keluar mengambil anak perempuan bongsu mereka dari Penang Chinese Girl's High School di Jalan Gottlieb kira-kira pukul 6.30 petang, Khamis lepas.
Abdul Rahim berkata mayat mangsa masih belum ditemui dan pasukan mencari dan menyelamat sedang bertungkus lumus menggali runtuhan.
Pasukan petugas kerja-kerja pembersihan lewat semalam menjumpai serpihan bangkai sebuah lagi kereta yang dipercayai tertimbus dalam lumpur.
Anggota Exco Kerajaan Negeri Phee Boon Poh berkata, beliau dimaklumkan serpihan sebahagian bangkai kereta Honda City itu dipercayai milik seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hari kejadian.
Bagaimanapun setakat ini tiada mangsa yang terperangkap ditemui dan penemuan terbaharu itu membawa kepada sebanyak lapan buah kereta disahkan terhempap dalam runtuhan itu.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai ketika dihubungi berkata serpihan kereta itu dijumpai semasa kerja menggali dijalankan.
Tinjauan di tempat kejadian mendapati kerja-kerja menggali masih giat dijalankan dan jalan di sekitar kawasan kejadian masih ditutup.
Sementara itu, suasana di tempat kejadian menjadi gamat sebentar apabila salah seorang pekerja diselamatkan dari terjatuh ke dalam lumpur dipercayai akibat diserang penyakit sawan.
Lelaki itu diselamatkan oleh petugas-petugas lain dan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Pada petang Khamis lepas, penebat kilat setinggi 20 meter yang terletak di atas Menara Umno di Jalan Macalister itu, runtuh berikutan angin kencang mengakibatkan jalan rosak selain menghempap beberapa kenderaan.
Insiden yang berlaku pada pukul 6.45 petang itu turut menyebabkan seorang lelaki pekerja asing maut selepas lori yang dinaikinya bersama rakan sekerja dihempap penebat kilat berkenaan.
Sebanyak 293 buah rumah dilaporkan terjejas dipukul ribut kencang yang melanda negeri ini pada hari berkenaan - enam di daerah Seberang Perai Selatan, 125 di Seberang Perai Tengah, 12 Barat Daya, 94 di Seberang Perai Utara dan 56 di Daerah Timur Laut.
Bernama
Sat Jun 15 2013
![Runtuhan penebat: Serpihan bangkai kereta disahkan milik penjual nasi Runtuhan penebat: Serpihan bangkai kereta disahkan milik penjual nasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/81371301915_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kerajaan P. Pinang akan siasat punca runtuhan penebat kilat Kerajaan P. Pinang akan siasat punca runtuhan penebat kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/51359621832_295x200.jpg)
Kerajaan P. Pinang akan siasat punca runtuhan penebat kilat
Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menjalankan siasatan mengenai punca runtuhan penebat kilat menara Umno di Macalister Road.
![Runtuhan penebat: Serpihan bangkai kereta disahkan milik penjual nasi Runtuhan penebat: Serpihan bangkai kereta disahkan milik penjual nasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/81371301915_295x200.jpg)
Runtuhan penebat: Serpihan bangkai kereta disahkan milik penjual nasi
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini sepadan dengan kereta milik penjual nasi.