Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menjalankan siasatan mengenai punca runtuhan penebat kilat menara Umno di Jalan Macalister.

Menurut Ketua Menteri negeri itu Lim Guan Eng, siasatan dibuat bagi mengenal pasti sebab-sebab serta mewujudkan liabiliti undang-undang selepas segala-galanya kembali normal.

Beliau berkata buat masa ini tumpuan diberi untuk membersihkan kawasan dan membawa keluar kereta yang masih tertimbus.

Beliau turut berkata kerajaan berharap dapat membuka semula jalan esok.

Semalam Polis Pulau Pinang mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui di kawasan runtuhan itu sepadan dengan kereta milik penjual nasi, Lim Chin Aik.

Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.